Khamis, 7 Februari 2008

setelah sekian lama...

Telah hampir berbulan2 blog ini kosong tanpa diisi.. namun melihatkan kepada senario kebangkitan semangat rakyat sejak akhir2 ini rasa terpanggil pula untuk menaip semula di dalam blog ini sedikit sebanyak untuk berkongsi semangat yang ada dengan rakan2 di luar sana. Media2 mainstream hari ini yang saban waktu menjadi 'tali barut' kerajaan BN tidak putus2 menghentam pembangkang dan cuba untuk menafikan beberapa isu yang dengan jelas menunjukkan kepincangan dan ketidak adilan pihak BN..
Isu kenaikan harga barang.. prosiding Lingam yang berat sebelah dan tidak adil... ketelusan SPR.. perkauman.. isu rakyat termiskin.. peningkatan kes jenayah.. semuanya cuba ditutup dengan menggunakan media mainstream yang terus menerus dikawal oleh kerajaan.. sampai bila rakyat harus ditipu.. diperbodohkan.. dihina.. disempitkan minda.. sampai bila???
Saya menyeru kepada seluruh teman2.. marilah kita sama2 bangkit melakukan perubahan demi negara kita yang tercinta ini... berubah kearah kebaikan.. hijrah untuk mewujudkan negara malaysia yang lebih maju dan aman serta berjaya di dunia...

Tiada ulasan: