"Demonstrasi jalanan adalah budaya kasar dari Barat yang sama sekali tidak dapat diterima oleh masyarakat negara ini, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim." -UTUSAN MALAYSIA-
Melihat pada kenyataan menteri di hujung waktu ini memang membuktikan kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa Melayu mudah lupa. Namun ingin saya sarankan agar kata-kata itu diubah. Orang UMNO mudah LUPA... Lupa akan asal perjuangan mereka sendiri, asal usul parti mereka, kaedah asal perjuangan mereka dan yang paling sedih adalah mereka lupa apa yang mereka perjuangkan!!!
60 tahun dahulu setelah UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union, tidakkah ahli2 dan penyokong2 UMNO dan BN sekarang lupa bahawa Dato' Onn dan rakan2 telah menggunakan rapat2 umum untuk membangkitkan semangat rakyat bagi menentang Malayan Union. Setiap minggu rapat2 umum dianjurkan diseluruh negara bagi menerangkan kepada rakyat apa yang diperjuangkan UMNO ketika itu. Rapat2 umum juga dianjurkan bagi menuntut kemerdekaan negara dari British. Mengapa pemimpin2 agung Umno yang dahulu ini mengambil pendekatan rapat2 umum aka demonstrasi dalam memperjuangkan hak rakyat?? Sebabnya hanyalah satu... kerana ketika itu sudah tiada saluran lain untuk rakyat Tanah Melayu memperjuangkan hak mereka kerana semuanya dikawal British. Maka cara terakhir adalah dengan mengadakan rapat2 umum demi meraih sokongan rakyat. Maka insaflah pemimpin2 Umno dan ingatlah kembali asal usul kekuasaan anda hari ini.. semuanya bertitik-tolak dari 'budaya tidak bertamadun' yang anda kecam hari ini.. Janganlah jadi seperti kacang yang lupakan kulit.
Oleh itu dalam konteks semasa dimana media-media perdana negara terus dikawal kerajaan dan digunakan sebagai alat untuk menghentam pembangkang sehinggakan tiada ruang langsung untuk pembangkang, maka tidak hairanlah jika demonstrasi digunakan bagi meluahkan ketidakpuasan hati terhadap dasar2 yang ada sekarang. Jika kerajaan ingin mengelak dari pembangkang dan rakyat menganjurkan demonstrasi2 di jalanan, maka berikanlah peluang yang adil dan sama rata di dalam media2 perdana negara buat semua pihak di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan