Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke tempat 39 pada tahun 2004.
Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180, berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.
Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik di dunia.!
Seperti diketahui umum, rasuah itu akan menyebabkan negara kita terjerumus ke arah kemunduran dan permasalahan sosial dalam masyarakat. Orang yang tidak layak dan lemah dalam melaksanakan projek diberikan tender hanya kerana dia mampu membayar rasuah kepada pihak berkuasa. Isu video Lingam dan pembohong2 seangkatan dengannya juga adalah salah satu bukti bahawa negara kita memiliki masalah rasuah yang kronik, bukan hanya melibatkan institusi kehakiman (sepatutnya menjaga keadilan dan kedaulatan undang2 negara) tetapi juga melibatkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) - sebuah badan yang sepatutnya menbanteras rasuah.. maka tidak hairan lah jika negara kita terus jatuh didalam ranking ketelusan negara-negara di dunia.
Maka saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara ini.. marilah kita lakukan satu perubahan pada kertas2 undi 8 Mac ini dengan memangkah parti pembangkang yang memang sudah diketahui dasar mereka untuk menentang rasuah dan menghapuskan gejala ini agar seluruh rakyat dapat menikmati kesaksamaan dalam ekonomi dan pembangunan di Malaysia ini. Kepada penyokong-penyokong BN dan Umno.. tunjukkan pada saya siapa pemimpin2 dalam Pas, Keadilan dan DAP yang ditangkap rasuah dan disabitkan.. buktikan.. Cuba banding dengan pemimpin2 di dlm BN dan Umno.. fikir2kan kerana undi kita nanti menjadi jawapan kepada segala masalah2 yang bakal timbul di kemudian hari... fikirlah anak-anak kita agar di masa depan mereka tidak perlu menampung beban rasuah dan kerosakan ekonomi Malaysia kerana kita...
UNDI UNTUK PERUBAHAN.. REFORMASI
1 ulasan:
dah berapa org ko berjaya pengaruh ngundi barisan reformasi nih?aku masih belum terpengaruh lagik..hahahh!!kamon2...sebarkan lagik dakyah2 reformasi...jgn kene isa dah laa..
Catat Ulasan