Khamis, 14 Februari 2008

Fikir2kan...

Kenapa pak lah perlu tipu?? kenapa dia tak jawab saja bhw tarikh itu rahsia.. kita tgk dulu ke?? kenapa harus menipu.. dlm 4 tahun yang lepas kita tgk mcmana dgn taraf ekonomi rakyat.. makin teruk.. harga barang makin mahal tapi pendapatan tetap sama dan malah berkurang.. gaji kakitangan awam naik tapi barang naik lg tinggi.. tapi tu pak lah bole perhabis duit beli jet, bot dan mcm2 lg. Apa guna hntr angkasawan abis berbillion ringgit dan akhirnya jadi model iklan sahaja..

isu perkauman terus didendang untuk menakutkan rakyat.. kenapa.. dimana katanya perpaduan nasional yang dijaja BN. Hindraf tidak pernah kata hendak melawan orang Melayu.. yang hendak dilawan adalah UMNO.. adakah orang Melayu akan pupus kalau UMNO tiada..??

Islam Hadhari yang dibawa Pak Lah tak ubah seperti omong kosong.. ciri kejujuran.. tapi Pak Lah sendiri menipu rakyat pasal tarikh pembubaran parlimen. Kembali pada ajaran Islam sebenar tapi Pak Lah sendiri menghalalkan konsert2 tahun baru dan seumpamanya yang dipenuhi arak dan pil khayal... mana Hadaharinya?? Isterinya, Islam Hadharikah??

Banyak masjid dibina?? Untuk apa kalau pengisian nya dengan tazkirah2 dan ceramah2 ke arah ajaran Islam yang sebenar disekat?? Jangan lah dibangga dengan masjid2 yang dibina.. Duit sapa tu?? Duit rakyat!!! Kenapa tak gunakan duit itu untuk meningkatkan lagi taraf pendidikan rakyat, kebajikan rakyat, kesihatan rakyat??? Apa ada pada batu2 yang dicat cantik2 tapi tak ubah seperti rumah kosong kecuali time solat Jumaat???

Bila taraf hidup makin meningkat.. kekangan ekonomi.. maka menyumbang pada peningkatan jenayah.. salah siapa ini.. salah pembangkang ke?? ko rasa selamat ke sekarang nak biar adik2 perempuan kita berjalan sorang2 di luar rumah lagi?? selamat kah kita bila berjalan di kota2 tanpa rasa takut diragut atau samun??

Isu rasuah Datuk Z di Klang.. dimanakah Pak Lah.. apa komennnya.. dimana janji ingin membanteras rasuah.. cuba kita fikirkan. skrg Datuk Z bersenang lenang dlm mahligai yang dibina atas tanah hak rakyat...

Kononnya Mr Clean.. kita lihat macamana dia bagi projek dekat Scomi.. Scomi sapa punya?? Anak dia punya jugak.. Khairy yang sekrng mengalahkan anjing gila terlepas dari kurungan apa kurangnya..

sedang rakyat Johor dilanda banjir yang dahsyat.. dimana Pak Lah..??? Di australia menghabiskan duit rakyat!!

Fikir2kan lah.. dah terlampau lama rakyat ditipu.. rakyat ditekan dan tidak diberi peluang memperoleh kebebasan berfikir dan memilih yang mutlak...

1 ulasan:

trader berkata...

bro, btul2 nye mahu perubahan ni...
sejak bile aktif berpolitik ni???
ckp2 jugak, dah daftar undi blom??
-pangkah la utk perubahan-