Isnin, 11 Februari 2008

Filem "CUCI" buat mereka yang bercita-cita...


Filem pertama arahan Hans Isaac ini berjaya juga aku tonton bersama rakan-rakan, Naim, PoBear, Awie, Nasrun dan Hazim. Selayang Capitol menjadi tempat kami menonton filem yang gila kelakar TAPI dalam mesejnya.

Filem yang dibintangi Hans(Khai), Awie(Jojo), Afdlin(Fairil), AC Mizal(C'Tan), Erra, Umie Aida, Khir Rahman, dan juga Dato' Rahim Razali mengisahkan empat anak yatim dari Kuala Selangor yang dari kecil dibesarkan bersama berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka sebuah syarikat mencuci bangunan bernama Cuci-Cuci Services. Dari mencuci di premis-premis perniagaan kecil, mereka menjumpai peluang untuk mendapatkan kontrak bagi mencuci KLCC yang memang menjadi idaman mereka. Pertandingan Window Washing Olympic menjadikan empat anak Malaysia ini bercita-cita untuk menjadi juara seterusnya mengondol kontrak membasuh KLCC .


Cerita yang sarat dengan humor, isu persahabatan dan kekeluargaan, semangat bangga akan tanahair sendiri dan cerita mengenai jatidiri dan tekad anak muda dalam mencapai impian mereka. Sebuah filem yang sedikit sebanyak mampu memberi inspirasi buat semua yang masih berjuang untuk mencapai impian masing-masing. Humor dan kelakarnya bukanlah gelak kosong (tak macam sesetengah filem arahan Prof Madya lagi). Penglibatan Air Asia dan beberapa syarikat korporat dalam filem ini juga harus dipuji bagi membolehkan lebih ramai pengarah-pengarah yang mampu berkarya dengan baik dan mampu mendidik masyarakat melalui filem lahir di dalam industri filem Malaysia.

Syabas buat Hans Isaac dan rakan-rakan. Teruskan menghasilkan karya-karya yang bermutu dan mampu memberi input yang baik pada minda masyarakat. TAHNIAH!!!

p/s- tak sabar nak tgk Papadom pulak...

Tiada ulasan: