Rabu, 13 Februari 2008

Sampai bila kita harus ditipu....


Akhirnya teka-teki bila piliharaya umum ke-12 hari ini terjawab jua apabila Perdana Menteri Abdullah Badawi mengumumkan pembubaran parlimen selepas kononnya mendapat perkenan dari Yang DiPertuan Agong. 13 sememangnya angka kegemaran Pak Lah.

Meneliti akan episod pembubaran parlimen pada hari ini dan semalam, memang terbukti bahawa Pak Lah seorang PENIPU BESAR. Dengan tanpa segan dan malu dia telah menipu bukan hanya para wartawan bahkan seluruh rakyat Malaysia. Adakah ini ciri seorang pemimpin yang kononnya menegakkan Islam Hadhari?? Bertamadunkah perangai Pak Lah yang dengan tanpa segan silu menipu rakyat terutamanya para pengundi?? Kenapa Pak Lah harus menipu?? Kenapa dan mengapa?? Adakah ini perkara yang pertama Pak Lah tipu kita semua?? Bagaimana dengan perkara-perkara lain yang dinafikan Pak Lah sebelum ini??

Adakah rakyat akan terus terpedaya dengan kata-kata cucu ULAMA ini?? Menipu rakyat bulat-bulat.. Adakah kita akan terus menerus terperdaya??Lakukanlah perubahan. Jangan benarkan kita terus ditipu oleh Pak Lah dan kerajaan BN.. Kita sama-sama mengajar Pak Lah dan BN dlm pilihan raya akan datang agar berhenti menipu kita semua...

Enough is enough!!!

Vote Keadilan and Pas for a better Malaysia





1 ulasan:

Najwan Halimi berkata...

Bro, satu lagi kau terlupa. DAP juga jangan dipinggirkan. Rakyat punya 3 parti yang bakal membela nasib mereka.

PAS, KEADILAN dan DAP.

Katakan tidak kepada BN, setiap undi membawa padah!