Khamis, 28 Februari 2008

Manifesto PKR untuk PRU12


Bertempat di Petaling Jaya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui presidennya, Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah melancarkan manifesto pilihanraya yang bertemakan Harapan Baru Untuk Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali; Ketua Penerangan, Tian Chua dan juga beberapa orang pimpinan tertinggi parti.
Manifesto tersebut antara lain menggagaskan lima tekad utama iaitu:

1. Negara Madani Untuk Semua iaitu dengan mempertahankan perpaduan, hak asasi dan integriti.

2. Ekonomi Maju Untuk Semua melalui pengagihan sama rata dan menjana daya saing yang tinggi.

3. Malaysia Yang Selamat Untuk Semua iaitu melalui pembentukan pasukan polis yang bersih untuk perlindungan rakyat.

4. Harga Rendah Untuk Semua iaitu dengan kawalan harga petrol dan barangan.

5. Pendidikan Terbaik Untuk Semua iaitu dengan menyediakan kualiti pendidikan tertinggi dan percuma.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bodoh punya melayu PKR