
Hari ini khutbah Jumaat mengambil sempena pilihanraya, awal tahun 2008 dan hijrah 1429, khatib telah mengajak akan perubahan sikap dari yang positif kepada negatif, dari malas kepada rajin, dari mundur kepada maju, dari lemah kepada kuat, dari jahil kepada berilmu.........
Selama 50 tahun Umno dan BN memerintah Malaysia, dimanakah tahap kemajuan kita?? Iye memang benar pembangunan infrastruktur dari segi pembinaan sekolah, rumah-rumah, bangunan tinggi, KLCC, KLIA, SIC, Putrajaya dan banyak lagi telah berjaya disediakan BN. Tetapi adakah bangunan2 tinggi dan kemajuan fizikal ini menjadi kayu pengukur sebenar akan sebuah kemajuan bangsa?? Jika kita lihat di Malaysia hari ini... apakah yang betul2 telah dicapai oleh orang Melayu dan Islam di Malaysia ini sepanjang 50 tahun hidup dibawah kuasa UMNO??

Taraf ekonomi orang Melayu?? Di Selangor, hanya 8% daripada jumlah perniagaan di negeri ini dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu... Orang Melayu terus menjadi bangsa yang termiskin dan terpinggir di tanah air sendiri.. Dimanakah pemimpin2 UMNO yang tak abis-abis melaungkan membela nasib bangsa.. Pendapatan isi rumah rakyat masih lagi di tahap yang rendah tetapi harga barang terus meningkat dibebani lagi dengan kos hidup, pendidikan (yuran sekolah pun tipu), kesihatan dan pengangkutan yang kesemuanya meningkat. Jika dibanding rakyat Malaysia dengan rakyat negara lain, rakyat Singapura adalah 500% lebih kaya dari rakyat Malaysia, dan rakyat Korea Selatan dan Taiwan adalah 300% lebih kaya dari rakyat Malaysia. Apakah tidak mengaibkan kita dari negara yang mencatat keuntungan hasil minyak melimpah sebanyak RM 70 bilion setahun, tewas teruk dengan negara-negara yang ketandusan sumber asli?

Jika dilihat pada taraf pendidikan pula memang kita jauh ketinggalan. Jika benar kerajaan BN mementingkan pendidikan, mengapa kebebasan berfikir dan memilih siswa siswi di universiti2 Malaysia disekat dengan akta AUKU. Menafikan hak mahasiswa untuk menjadi lebih dinamik dan kompetetif. Pengajian agama juga banyaknya disekat. Aktiviti-aktiviti ke arah keagamaan di universiti2 juga disekat.. Jika di Malaysia kita ada hampir 100 IPTA dan IPTS, di Jepun ada lebih 1000 universiti.. dimanakah sekarang taraf kemajuan bangsa Malaysia jika dibanding dengan negara maju lain setelah 50 tahun di bawah BN dan UMNO. Dimanakah ranking universiti-universiti kita?? Lihat berapa ramai graduan-graduan Melayu yang menganggur... 1.3 juta!!! Kenapa dan mengapa?? Tak lain kerana dari universiti lagi kebebasan berfikir secara kritis siswa disekat demi mengelakkan siswa2 mengenal perkara sebenar mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa BN dan Umno.. tak lain tak bukan kerana sistem pendidikan itu terus dipolitikkan demi kepentingan Umno dan BN!!!

Hari ini adakah masyarakat kita adalah sebuah masyarakat yang madani dan harmoni?? Dengan kadar jenayah yang makin meningkat, budaya rempit, pergaulan bebas, dadah, arak, buang bayi, video lucah, ah long, perceraian, dera anak, culik budak, rasuah, rogol, samun, bunuh dan banyak lagi.. Inikah kemajuan yang dicanang-canang BN.. 50 tahun diperintah ini yang dihadiahkan kepada rakyat Malaysia... Dimanakah Islam Hadhari Pak Lah?? Mengapa tiada usaha dari BN dan Umno untuk menyelesaikan perkara ini?? Sampai bila harus kita terus begini??
Berbalik kepada perubahan sikap.. mari kita bersama-sama kuatkan tekad dan azam untuk melakukan perubahan ke arah negara Malaysia yang lebih gemilang dan cemerlang untuk seluruh rakyat. Mari kita semua rakyat yang masih cintakan negara ini... masih sayang akan anak-anak bangsa kita.. Lakukanlah perubahan!!!!
Berubah dari BN kepada BARISAN ALTERNATIF.. Masa depan bangsa kita di tangan anda... Ubah sebelum PARAH... Ubah demi MARUAH...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan