
Apabila TG Nik Aziz melabel pemimpin Umno seperti orang utan.. maka berteriaklah pemimpin2 UMNO mengecam TG Nik Aziz. TG mengeluarkan kenyataan sedemekian kerana beliau mengatakan pemimpin2 UMNO menolak agama dan tidak menghormati undang2 tidak ubah seperti orang utan yang hanya mengikut nafsu. Jika diteliti akan kenyataan ini... ianya adalah satu kiasan untuk menunjukkan betapa meluatnya TG Nik Aziz dengan tingkah laku pemimpin2 UMNO.
Namun isu ini harus diteliti kepada apa isi yang dibawa oleh TG Nik Aziz. Label orang utan adalah perkara remeh temeh. Isu yang cuba digunakan untuk menarik undi mereka2 yang berfikiran cetek dan tidak melihat akan masalah yang lebih kronik yang sedang berlaku. Apabila dikatakan bahawa pemimpin Umno menolak agama.. adakah ianya benar?? Jika kita lihat sejak 1990 lagi apabila Pas menang di Kelantan.. mereka telah berusaha untuk melaksanakan hukum hudud bagi orang Islam tetapi telah terang2 ditolak oleh pemimpin Umno. Ceramah2 agama telah disekat. Ustaz2 yang berkaliber namun berucap tentang perkara yang haq dan mengecam dasar2 kerajaan terus dikecam dan digam. Banyak sukatan pelajaran Pendidikan Islam disekolah2 diubah agar tidak terlampau 'ekstrem' kononnya untuk mengelakkan pemikiran sempit. Isu murtad terus dipandang sepi oleh pemimpin2 Umno seolah2 meng'halal'kan ia berlaku. Mat Rempit yang terang terlibat dengan jenayah dan najis dadah diiktiraf hingga diwujudkan satu sayap dalam Umno yang dipanggil Putera untuk mengiktiraf perosak2 bangsa ini. Dilihat pula pada penganjuran konsert2 hiburan yang kadang kala melampau juga di'halal'kan oleh Umno. Permit2 menjual arak diluluskan dengan banyaknya dan hari ini tidak hairanlah jika dilihat anak2 Islam Hadhari Malaysia meminum air kencing syaitan itu dikhalayak ramai tanpa segan silu. Bahkan mereka berbangga dan menunjuk2.(tak percaya pergi ke Hartamas, Bangsar, Subang dan tempat2 seangkatan dengannya) Inilah kejayaan BN dan Umno melahirkan generasi muda Melayu Islam Hadhari yang glokal dan global.

Sampai bila penyelewengan ini akan berterusan.. Ayuh seluruh rakyat Malaysia.. Lakukanlah perubahan.. Janganlah melatah dek isu2 remeh seperti panggilan orang utan ini kerana ada isu2 yang lebih BESAR dan lebih layak mendapat perhatian kita dalam memangkah kertas undi 8 Mac ini..
Ayuh Perubahan
Ubah sebelum PARAH... Ubah demi MARUAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan