Rabu, 24 September 2008

Revolusi '48...






Filem arahan pengarah 10 Tahun Sebelum Merdeka, Fahmi Reza, ini memang sudah lama dinantikan bagi mereka yang berminat untuk mengetahui sejarah Malaysia dari perspektif bukan norma umum. Filem dokumentari mengisahkan saat penubuhan kumpulan-kumpulan gerila bagi menentang British sekitar tahun 1948 hingga 1957 bisa menyanggah pandangan sesetengah sejarahwan dan politikus geblek tanah air yang menyatakan bahawa usaha menuntut kemerdekaan tanah air tidak disulami dengan pertumpahan darah. Filem 'panas' ini bakal menemui penonton pada 20 Oktober 2008. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.




2 ulasan:

kulupSakah berkata...

aku tunggu karya ni..
salam perkenalan juga!
kalau ada contact projek bikin filem, bgtaulah mana tahu aku bole join..

r_feev berkata...

salam..
aku hanya promosi filem ini sebagai seorang peminat.. ada baiknya dihubungi terus saudara fahmi reza..=)