Rabu, 17 September 2008

16 September 2008...

Selamat Hari Malaysia


Moga dalam beberapa hari yang akan datang, satu lembaran baru dalam lipatan sejarah Malaysia akan tercipta. Rejim zalim Barisan Nasional akan ditumbangkan dan mereka yang korup, rendah moral, tiada etika dan salahguna kuasa akan dijatuhkan oleh rakyat dari kerusi pemerintahan. 16 September 2008 bukanlah tarikh dimana Anwar akan jadi Perdana Menteri, tetapi tarikh menandakan bermulanya desakan rakyat yang mahukan satu perubahan drastik dalam saf kepimpinan negara dan memindahkan kuasa pemerintahan kepada Pakatan Rakyat yang akan membawa Malaysia ke satu tahap yang baru.

Buat pejuang rakyat yang mahukan perubahan - bersabarlah. Kemenangan ini semakin hampir kepada kita. Terus perbanyakkan doa dan hajat pada Allah swt. Persiapkan mental dan fizikal kita. Sesungguhnya yang paling kuat antara kita adalah mereka yang lebih berilmu dan bertakwa. Tanggungjawab kita bukan sekadar menubuhkan kerajaan tetapi sebaliknya amanah yang diberikan kepada kita kelak adalah tanggungjawab kita pada Allah, rakyat dan generasi masa depan kita dalam mewujudkan sebuah Malaysia baru. Yakinlah dan terus berdoa.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam brader,

nampaknya tanggal 16 september dah pun berlalu. dan yang pasti anwar ibrahim tak menjadi perdana menteri seperti yang diwarwarkan sebelum ini. dan pakatan rakyat tak juga berjaya mengulingkan kerajaan sedia ada.

saya doa banyak2 kat Allah s.w.t. supaya kalau dia tu betul2 berniat baik untuk bangsa dan negara maka dia dijadikan PM kita tapi kalau dia ada agenda sendiri semata2 untuk memuaskan hati dia dan membalas dendam moga2 Allah s.w.t. tak membuka ruang untuk dia menjadi PM.

hairan juga bila brader kata kerajaan sekarang ni rejim zalim. jangan cakap sembarangan brader. benar ke kerajaan sedia ada ni zalim sangat? kenapa rata2 rakyat tak kata macam tu. ya lah memamg diakui kerajaan sekarang ni banyak kelemahan tapi tak lah sampai dikategorikan sebagai rejim zalim. itu bagaikan menyamakan dengan rejim zalim zionis. setakat ini tak ada pun rakyat negara kita dibunuh beramai2, dibom ke.

maksud saya brader, kalau tak suka pun kerajaan sekarang ni pun tak payah lah cakap sampai macam tu sekali.

dah beberapa negeri dah saya menetap setakat ini, tak kira dibawah pemerintahan kerajaan atau pun pembangkang, terus terang saya katakan tak wujud pun senario yang membolehkan saya mengkategorikan kerajaan sedia ada ini sebagai rejim zalim.

mari lah kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada. kemudian bersama2 untuk memperbaiki apa yang kurang. banyak cara boleh digunakan, tak payah sampai menjadi bangsa yang menjatuhkan bangsa sendiri. malu nanti. tak payah nak terikut2 sangat kat luar negara yang sikit2 tak puas hati terus nak mengulingkan kerajaan sedia ada.

kalau nak dibandingkan dengan kebanyakkan negara sejiran dan setaraf dengan Malaysia, sepatutnya kita banyak bersyukur. ni tak, orang kita ni cuma pandai cakap tak puas hati, semua benda tak puas hati. cuba pegi duduk kat negara2 yang disebut tadi, mungkin baru lah ada rasa syukur sikit.

satu lagi saya tengok, bangsa kita ni dah teruk sangat perangai nak memburuk2 kan orang lain. asyik nak cari kesalahan orang lain.

dan pasal isu lompat parti ni pun satu. senang2 saja nak 'membeli' MP rakyat. mana adil buat macam tu, konon nak mempromosikan demokrasi. demokrasi ke cara tu? cuba definisikan perkataan demokrasi tu? kalau ya pun anwar ibrahim tu nak jadi PM, tak boleh tunggu pilihan raya seterusnya ke? cuba pakatan rakyat gunakan masa 4 tahun setengah sebelum pilihan raya seterusnya ini untuk membuktikan kepada raykat keprihatinan diorang pada isu2 semasa, masalah rakyat. ini tak, nampaknya pakatan rakyat ni terutamanya anwar ibrahim macam tak boleh buat apa2 kecuali nak menjadi PM je, sedangkan hakikatnya dah ada 5 negeri di bawah pemerintahan diorang. cuba buat elok2 untuk ke5 negeri tu. tunjuk kat rakyat Malaysia apa pembaharuan yang boleh diberi kepada negeri2 itu. kalau benar pakatan rakyat cukup hebat, memuaskan penduduk di sana, pasti negeri lain seterusnya akan rela hatinya mengundi kerajaan pakatan. maka pada masa tu seluruh rakyat Malaysia akan rela hatinya memilih anwar ibrahim menjadi PM. tapi yang peliknya, dia macam tak sabar2 nak jadi PM, kalau boleh semalam lagi dia nak jadi PM. bagaikan hari esok tu dah tak ada...hairan.

apa pun, selamat menjalani ibadah puasa kepada brader.

Tanpa Nama berkata...

Faktanya:

Datuk Seri Anwar sendiri yang mengumumkan pada tarikh 16hb Sept 2008 akan berlaku peralihan kerajaan.

Datuk Seri Anwar sendiri sejak seminggu yang lalu telah mengatakan dengan yakin bahawa telah ada lebih 32 orang wakil parlimen Barisan Nasional yang akan menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Persoalannya:

Jika benar Datuk Seri Anwar telah mempunyai bilangan wakil parlimen BN yang cukup untuk berhijrah ke Pakatan Rakyat, apa perlunya untuk memberi masa kepada Abdullah Badawi?.

Kenapa harus memberi peluang kepada Abdullah Badawi dan BN menempelak Anwar terhadap janji 16 September yang tidak kesampaian?

Rasional:

Anwar ingin berunding dan beliau memberi masa sehingga 48 jam kepada Abdullah Badawi bermula daripada tarikh dan masa beliau membuat kenyataan akhbar petang tadi.

Sidang media Datuk Seri Anwar bermula jam 2.20 petang 16hb Sept. 2008. Bermakna jika sehingga jam 2.20 petang 18hb Sept. 2008, Datuk Seri Abdullah Badawi masih enggan berjumpa dengan Anwar, maka selepas itu kepimpinan Pakatan Rakyat akan terus mengadap DYMM Agong. Ini yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan Keadilan, saudara Tian Chua.

Pertimbangan Rakyat,

Rakyat masih dapat memahami situasi sekarang, ini perancangan politik yang besar dan hebat, memerlukan tindakan yang rapi dan hebat juga.

Tetapi jika selepas jam 2.20 petang 18hb Sept. 2008, Anwar Ibrahim tidak melakukan sesuatu yang dapat meyakinkan hati dan harapan rakyat, maka kredibiliti dan ketelusan Anwar Ibrahim bolih dipertikaikan.

p/s:Mr Anwar,rakyat Malaysia sudah muak dengan sandiwaramu.16 september tetap janji tapi anda tak tunaikan.Itulah dia PM-in-Waiting Malaysia.Syabas!

Tanpa Nama berkata...

bukak mata luas2 la bro..

belajar bersyukur..

bukan mengkomplen..

r_feev berkata...

Salam...
Mungkin konsep bersyukur kita berlainan saudara.. saya bukan mengucapkan syukur pada pemimpin yang korup dan zalim..

saya melafazkan syukur hanya pada Allah swt.. dan Allah menuntut hambanya untuk terus mencari kebenaran dan menegakkan keadilan.. dan salah satu cara saya bersyukur adalah dengan melakukan ajaranNya yang disampaikan melalui Rasulullah saw...=)

Tanpa Nama berkata...

selamat aku masih di sni..negara aku sendiri..masih dapat beribadah tanpa ad sape yg kacau or halang..mengapa ad org yg x bersyukur..masih menunggu pemimpin yg x pasti..

r_feev berkata...

Salam..
Islam bukan hanya untuk beribadat.. ingatlah wahai rakan-rakan...=)

Tanpa Nama berkata...

saudara r_feev tak dapat melihat kebenaran nampaknya....masih menganggap krjn skrg nie zalim..
padahal anda bangun pagi2 takde pun bunyi bom letup2..
gaji dibayar..
macam2 kemudahan ada..

apa takrifan zalim bagi anda??

maaf jika dikatakan di sini,
apa erti munafik?
sebetulnya munafik itu, di depan segolongan manusia membenarkan, di belakang pula mengkhianati kebenaran tersebut..

anda menikmati dengan 'penuh kebersyukuran' apa kesenangan yang diperuntukkan kerajaan pada hari ini..
tapi masih mengutuk dan mengatakan zalim?

apa maksud istilah ZALIM bg anda?

dan apakah anda tidak mengenal erti MALU?