Sabtu, 13 September 2008

Malam yang paling Gelap 2008 - 12 September

Tahanan-tahanan ISA setakat ini....


Raja Petra
-ditahan jam 13.10 tengah hari-



Tan Hoon Cheng (wartawan Sin Chew Daily)
-ditahan jam 20.30 malam-


Teresa Kok
-ditahan jam 23.18 malam-

10 ulasan:

buy online stock berkata...

its good to know about it? where did you get that information?

free international text berkata...

thats amazing story.

Tanpa Nama berkata...

hello? tolong la.. yang diorg nie sume nak supaya azan kat masjid2 negeri selangor dimansuhkan.. n PAS bantah dorg masuk ISA.. hello ape sudah jadi nie?? islam agama persekutuan, so ape hak diorg nak bangkang azan kat masjid2??? s'gor dpt kat pembangkang, kandang babi terbesar wujud, pastu uitm nak bukak pulak kat non bumi, n now, nak setuju pulak supaya tulisan jawi n azan2 kat masjid dimansuhkan? think la bro..

r_feev berkata...

hehe... jgn cepat melatah.. bukan Pas sahaja yang menafikan malah ahli jawatan kuasa masjid pun menafikan penglibatan Teresa Kok...

pasal tulisan jawi yang duk kecoh guna kat tanda jalan buat apa.. buku teks agama Islam pakai tak bahasa jawi.. pandai tak majoriti kita baca jawi.. tulis jawi ke?? jawab periksa agama tak yah wajib pakai jawi ko tak kecoh pulak.. hehehe.. dunia2.. tu org kata jgn taksub.. buku hikayat hang tuah dan sejarah melayu pun kita tak baca, lepas tu kita lak sibuk nak pertahankan bahasa jawi konon... fikirkanlah... layakkah kita??

dalam Islam ada sebut ke pasal hak keistimewaan Melayu.. dalam quran takde pun ayat kata orang Melayu ada hak keistimewaan sendiri... apa salah kalu orang Cina dan India belajar di UiTM.. apa salahnya... dan kalu budak Melayu malas nak belajar... asyik nak merempit dan bercouple je tapi belajar tak kemana.. bagi universiti depan mata pun belum tentu dapat masuk.. tak gitu...

Nabi tak ajar kita untuk jadi assabiyah... Islam itu menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan... Baca balik sirah nabawi.. insyallah disitu kita akan mendapat jawapannya...=)

r_feev berkata...

Maaf untuk penggunaan ayat dan perkataan yang melanggar tatabahasa Bahasa Melayu dalam komen lepas...

Tanpa Nama berkata...

masalahnya india dan cina takde pun mintak nak masuk uitm..kalau dorg tak masuk uitm pun, dorg leh berjaya dah..masalahnya, org melayu nie berlemak sgt..mcm2 kemudahan, hak istimewa bagi..dorg take thing for granted..yg nk bukak kuota utk india dan cina tu, pilitik nye isu la nie..pade hal dorg mampu je nak brjaye..even skrg pun dr sudut ekonomi nk pendidikan nya dorg lagi berjaye..saje je tmbul isu nk bukak uitm..saje nak provok..saje nak jadi bahan utama..


anda faham sejarahkah?
perlembagaan dah kaji??

oleh sebab jawi tak diimplementasi secara total makanya boleh lah dimansuhkan?kalau diorg tak bg azan di masjid, anda setuju?so that azan utk qiam n subuh takde?camtu?

r_feev berkata...

Kepada tanpa nama...

Satu soalan... Sanggupkah anda andai sebuah kuil didirikan disebelah rumah anda dan tiap waktu loceng dibunyikan dengan pelbagai bahan sembahyang dibakar... Relakah anda menghormati hak mereka untuk berbuat sedemikian rupa?

Jika tidak bagaimana kaum lain boleh terima Islam dengan mudah kerana kita sendiri gagal menghormati amalan dan kebebasan mereka untuk beragama..

Tak gitu saudara??

r_feev berkata...

berkenaan sejarah... bak saya kata cuba kita baca sirah Nabawi.. ada ke hak keistimewaan Bani Hashim(keturunan Rasulullah)??? tiada kan...=) mudah dan senang...

berkenaan perlembagaan.. di dalam perlembagaan tiada pun disebut perkataan hak.. yang disebut adalah keistimewaan orang Melayu.. dan jika kita baca habis artikel ini.. jika keistimewaan ini melanggar hak kaum lain.. ianya terbatal secara automatik..itu sahaja.. namun perlembagaan ini digubal 50 tahun dulu.. adakah ianya masih relevan hari ini dengan wujudnya perkahwinan campur antara berbeza kaum.. jika seorang anak lahir kepada pasangan suami cina dan isteri melayu.. adakah anak itu Melayu?? fikirkanlah... adakah kita masih mahu mempertahankan bangsa Melayu atau membentuk satu bangsa Malaysia yang lebih berdaya saing, harmoni dan bersatu padu...=)

Orang melayu berkata...

Astaghfirullah al azim...

Tatkala kemelut berlaku, lihat siapa yang berpusu2 ke balai polis penang cuba membela Tan Hoon Cheng yang di tahan. Siapa? Orang2 cina tidak kira dari parti politik mana sekali pun.. DAP, MCA, Gerakan... Mereka melihat kemelut ini sebagai masalah perkauman yang kronik. Tapi kita orang melayu, sibuk melalak mengatakan ini agenda politik.....langsung tidak terfikir untuk bersatu demi mempertahankan maruah bangsa sendiri. Sibuk mempertikaikan perlembagaan yang kononnya dah lapuk. Sanggup menggadaikan hak keistimewaan yang telah menjadi teras pembentukan negara, kononnya atas nama perpaduan dan kesamarataan sedangkan hak keistimewaan itulah rezeki yang Tuhan berikan sehingga orang melayu boleh berdiri megah hari ini.
Cukup menghairankan, seorang yang pernah mendapat bantuan yang kerajaan berikan hasil daripada hak keistimewaan itu, sanggup berjuang bermati-matian untuk menidakkan keperluan hak tersebut. Sekadar menikmatinya untuk kepentingan sendiri. Bila sudah berjaya, langsung tidak mahu berfikir tentang keperluan orang lain untuk menikmatinya juga. Tidak ada perumpaan yang lebih tepat selain dari 'Si Tanggang' untuk menggambarkan sikap itu.

'Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnya sendiri..'
Nasib bangsa melayu memang akan berubah. Malangnya berubah dari yang baik kepada buruk..kerana telah semakin ramai 'si tanggang' bersorak-sorai berjuang membuang hak keistimewaan sendiri.

Nauzubilla min zalik.

Tanpa Nama berkata...

tidak mampu membuka MATA anda lagikah saudara penulis blog ini?