Rabu, 17 September 2008

Mengapa perlu kita tukar kerajaan?


Sepuluh tahun lamanya agenda pembaharuan atau reformasi dimulakan di Malaysia sejurus selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari jentera kerajaan. Begitu jugalah lamanya semangat untuk melakukan perubahan di bumi Malaysia ini membara di dalam jiwaku. Prinsip demokrasi, hak asasi dan kebebasan bersuara menjadi rukun asas kepada matlamat perjuangan yang aku dokong selama sepuluh tahun ini. Aku tertarik pada komen pengunjung blog ini dalam entri sebelum ini yang telah 'menegur'ku kerana mengatakan kerajaan BN sekarang adalah rejim yang zalim. Beliau mengambil perbandingan rejim Zionis di Israel dan menyatakan bahawa 'celaan' aku terhadap kerajaan BN sekarang adalah tidak patut kerana kita tidak berbunuh-bunuhan di Malaysia ini.

Mungkin pandangan zalim saudara hanya pabila pertumpahan darah berlaku, tapi pada aku yang mendokong prinsip demokrasi, hak asasi dan kebebasan bersuara merangkumi kebebasan media, negara kita jauh terbelakang dari Israel. Untuk makluman saudara juga, Israel tak bunuh rakyat dia sendiri, yang dibunuh adalah rakyat Palestin (saya menentang juga kekejaman ini). Jika dibanding di Malaysia, rejim kerajaan BN menangkap rakyat mereka sendiri dan ditahan dibawah ISA atau lebih tepat mereka yang tidak sebulu dengan parti pemerintah. Tahanan ISA kita dibelasah dan dilanyak sepuasnya ketika dalam tahanan. Assyahid Ibrahim Libya dan pengikutnya dibunuh oleh PDRM atas arahan kerajaan BN dalam Peristiwa Memali. Pada 13 Mei 1969, rakyat pelbagai kaum dibiarkan berbunuhan sesama sendiri selama beberapa hari sebelum askar dan polis benar-benar mengawal keadaan. Ketika tahun 1998, 'pejuang jalanan' teruk dibelasah dan ditangkap. Wanita kita dipaksa ketuk-ketampi dalam keadaan bogel dan anak-anak dara kita adanya yang dirogol oleh polis sendiri. Tidak cukup dengan itu, wanita Mongolia dibunuh oleh anggota UTK kita sendiri. Anwar Ibrahim dibelasah dan dimalukan dengan begitu teruk sekali semata-mata kerana ingin membawa perubahan dan agenda menjamin kesejahteraan rakyat. Indeks rasuah kita bagi tahun 2007 adalah pada tangga ke 44 yang mana lebih corot dari Israel. Malahan di Israel sekarang Perdana Menteri mereka sendiri disiasat berkenaan rasuah, bagaimana dengan Malaysia? Israel rampas tanah Palestin untuk bina penempatan bagi rakyatnya, tapi di Malaysia, tanah wakaf ditukar milik jadi hak persendirian untuk dibina mahligai lengkap dengan lorong bowling. Wang rakyat disalahguna dan digelapkan demi memenuhkan poket dua tiga kerat 'perompak' bertaraf menteri dan ahli parlimen yang kita miliki. Pelajar universiti diperbodohkan minda mereka dengan akta dan kursus bina negara yang tidak lebih dari satu propaganda untuk memalukan Anwar dan pembangkang. Media dikawal dan baru-baru ini blog pun disekat. Tidak cukup dengan itu, Buku Teks Sejarah pun mahu diolah bersesuaian dengan citarasa mereka. Memang benar rejim Zionis Israel membunuh orang Palestin secara fizikal, namun rejim zalim BN di Malaysia ini lebih kejam kerana bukan hanya membunuh rakyat sendiri, tetapi juga 'membunuh' minda rakyatnya dan terus menghimpit pandangan rakyat agar menjadi begitu jumud dan taksub.

Rasulullah saw ketika ingin memerdekakan umat Arab dahulu dari kejahilan, baginda ambil masa 23 tahun untuk melakukannya dan penuh dengan cabaran, ancaman dan dugaan. Cabaran dan dugaan dari dalam jamaah sendiri, munafik dan musyrik tidak pernah putus tiba ketika Rasulullah saw menyampaikan Islam pada umatnya. Itulah lumrah seorang pejuang yang ingin membawa perubahan, Allah akan terus duga dan duga semata-mata untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepadaNya. Moga Allah bakal me'merdeka'kan kita semua dari konkongan minda dan jiwa yang telah kita tanggung selama ini. Amin.....

17 ulasan:

tintaku berkata...

salam..
amboii..
sakan betul dr. afif nie menyapot anwar..siap nak tukar kerajaan lagi..haih tak bersyukur ke ape yg dikecapi selama nie?
belajar kerajaan bantu, kerja pun kerajaan bayar gaji..

saya dok perak nie ha, pembangkang dah ambil alih, yayasan perak sampai dah takde duit dah nak taja anak2 miskin yang kerajaan bantu selama nie..diorg dok sibuk nk ambil alih kepimpinan negara, kebajikan rakyat terabai.. tgk la, dato khalid tu sndiri ckp,pergi ziarah rakyat selangor yg ditimpa bencana tu buang masa dan duit. dia tak sedar rakyat2 tu jugak yg pangkah die..mungkin bila rakyat dah 'cukup' tertipu dan terseksa baru diorg nak celik mata kot..bahawa mereka telah diperbodoh2kan selama ini..

haih.. sibuk nak tukar kerajaan, masalahnya tak fikir ke,
ADAKAH KERAJAAN@KEPIMPINAN YG INGIN DIGANTI ITU SUDAH CUKUP MEMPUNYAI KREDIBILITI UNTUK MENTADBIR? dah sampai perihal negara pun dicanang ke negara org,, apa kes??

suruh sumpah pun takmo..kalau kita benar, kita betul, buatpe takut n cuak?sumpah jela..tak puas hati betul saya bila dia takmo bersumpah laknat!memang kebenaran berpihak pada saiful la camtu..even tuan guru sendiri pun ckp sumpah yg saiful buat tu ikut syariat, so kenapa yg dia hesitate sgt nak complementkan sumpah tu?bimbang dimanipulasi kunun.. kalau risau sgt pihak kerajaan nak manipulasi, y not guna alim ulama dalam PR tu sndri??

think la bro..

r_feev berkata...

Salam...
Menarik betul komen ini.. Rakyat majoriti dah maju ke depan namun masih ada mereka yang tertinggal ke belakang.. Saya tidak tahu mengenai di Perak.. namun yang saya tahu di Selangor Tan Sri Khalid telah mengarahkan pekerja kerajaan negeri untuk dtg membantu membaiki rumah dan menyediakan rumah kos rendah untuk didiami buat sementara waktu bukannya datang bagi beras semata-mata mcm pemimpin UMNO suka buat... Tan Sri Khalid bukan orang yang cari publisiti..

Kredibiliti??!! Nyaris terbatal puasa saya kerana nak termuntah.. Nasib baik sempat tahan.. Jika benar anda rasa pemimpin yang anda sokong cukup kredibiliti.. kenapa nak resah gelisah bila Anwar nak ambil alih kuasa.. bertenang sajalah... tak perlu hantar MP lari sampai ke Taiwan..

Sifat orang munafik adalah mereka gemar bersumpah.. Ezam pernah bersumpah keramat lagi tapi tengok apa sudahnya.. Kalau saiful rasa dia betul.. yakin sajalah.. tak perlu bersumpah..Kenapa perlu yakinkan orang lain jika kita tahu kita betul.. Tidak guna menegakkan benang yang basah... Kemukakan bukti dan saksi.. lebih mudah dan terjamin... mahkamah kan ada.. gunakanlah sistem undang-undang yang ada...

Saya menyeru saudara agar kita sama-sama berfikir untuk sebuah masyarakat Malaysia yang lebih merdeka dan maju di masa depan...=)

Tanpa Nama berkata...

penggunaan nasik kangkang anwar telah berleluasa..
cara mengelak :
1)baca kalimah shahadah..
2)tengok negaraku sendiri..
3)fikirkanlah..ape yg baik utk anak cucu d masa hadapan jika diberi kepada tgn yg xberkaliber dan suka berkata2 spt anwar..

ape yg encik afif kate tentang sumpah sy agk tidak bersetuju secara peribadi.."Sifat orang munafik adalah mereka gemar bersumpah.. " rasenye saiful hanya skali bersumpah dan die bersumpah mengikut lanas islam..

"Kalau saiful rasa dia betul.. yakin sajalah.. tak perlu bersumpah..Kenapa perlu yakinkan orang lain jika kita tahu kita betul.. "

sebab die rasa die betullah dan ingin meykinkan orglah die bersumpah..cuba saudara di tempat die..kalau org asyik mengata saudara salah..saudara fitnah DSAI..ape langkah saudara buat..??

diam dalam bilik..adakah hnya yakin dalam hati jer yg dapat meyakinkan org lain yg kita betul???

ape pon sama2lah kite bdoa agar ditemukan tuhan dengan jalan yg benar...AMIN

Tanpa Nama berkata...

penggunaan nasik kangkang anwar telah berleluasa..
cara mengelak :
1)baca kalimah shahadah..
2)tengok negaraku sendiri..
3)fikirkanlah..ape yg baik utk anak cucu d masa hadapan jika diberi kepada tgn yg xberkaliber dan suka berkata2 spt anwar..

ape yg encik afif kate tentang sumpah sy agk tidak bersetuju secara peribadi.."Sifat orang munafik adalah mereka gemar bersumpah.. " rasenye saiful hanya skali bersumpah dan die bersumpah mengikut lanas islam..

"Kalau saiful rasa dia betul.. yakin sajalah.. tak perlu bersumpah..Kenapa perlu yakinkan orang lain jika kita tahu kita betul.. "

sebab die rasa die betullah dan ingin meykinkan orglah die bersumpah..cuba saudara di tempat die..kalau org asyik mengata saudara salah..saudara fitnah DSAI..ape langkah saudara buat..??

diam dalam bilik..adakah hnya yakin dalam hati jer yg dapat meyakinkan org lain yg kita betul???

ape pon sama2lah kite bdoa agar ditemukan tuhan dengan jalan yg benar...AMIN

r_feev berkata...

Salam...
Antara sumpah dibaca Saiful dengan laporan perubatan Dr Osman dari Hospital Pusrawi... saya lebih percayakan laporan perubatan... saya seorang yang percaya pada sains.. jika ada bukti sila tunjukkan.. bukannya naik ke masjid untuk bersumpah.

Allah berfirman dalam Surah An-Nurr dari ayat 11 hingga 13, maksudnya;


"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar."

"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."

"Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang yang dusta"

Imatt berkata...

aku teringin nk tgk Anwar lak memerintah Malaysia. Dh bosan la dgn BN.

Tanpa Nama berkata...

yer laa bagus laaa ko suka fakta sains dari pada sumpah seranah nie...kan
adakah ko betul2 pasti yang laporan perubatan tu tak dimanipulasikan....

Tanpa Nama berkata...

kalau time keluar fakta bukan main habis semua hadis keluar..

solat penuh ker nie nk tunjuk alim nie..
puasa mayb penuh tp hanya dapat lapar dan dahaga jer laa...
hmmmmmmmmm

Anak Melayu berkata...

"...Malahan di Israel sekarang Perdana Menteri mereka sendiri disiasat berkenaan rasuah, bagaimana dengan Malaysia? Israel rampas tanah Palestin untuk bina penempatan bagi rakyatnya..."

Apa sekalipun tujuan anda wahai tuan, membandingkan israel yang ternyata amat kejam menindas muslim palestin, malah membangga2kannya pula, adalah satu kenyataan cukup melampau.
Sekiranya benar kerajaan telah menghimpit pandangan rakyat agar menjadi begitu jumud dan taksub, andalah produk tersebut.
Tanpa anda sedari, andalah yang jumud dan taksub itu!

Wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

teruk betul la penulis blog nie..
siap label kerajaan malaysia as zalim..
rejim zalim lak tu..

haih, kalau ak ade kuasa, dah lame ku buang negeri si r-feev nie..

r_feev berkata...

Salam...

Menyegarkan ulasan-ulasan yang hadir buat entri ini.. terima kasih pada pengunjung.. ianya menjadi indikasi buat saya bahawa terdapat ahli masyarakat Melayu hari ini yang masih dahuk. Bersesuaian dengan ajaran parti politik yang mereka dukung..

Teruskan dengan ulasan-ulasan geblek ini kerana ianya bakal menguatkan lagi semangat saya untuk terus menyatakan yang hak...

Saya akan terus berdoa agar Allah menjauhkan umat Melayu dari terus kelamun dengan 'tongkat' yang tidak kekal abadi...

Mohd Ariff berkata...

Salam,

saudara penulis blog perlu lihat kepimpinan negara secara keseluruhan..Kes2 yang saudara 'highlight'kn hanyalah kes terpencil.Maksud saya kes terpencil ni adalah kes yang jarang-jarang berlaku.Tidak wajar dan amat kejam bila saudara labelkan kerajaan sekarang "rejim zalim".Saudara harus lihat secara keseluruhan apa yang kerajaan buat dalam 51 tahun memerintah.Apa yang mereka buat sehingga berjaya mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati.

Tentu ada sebab kenapa negara Arab letakkan Malaysia sebagai model..

Tentu ada sebab kenapa negara dunia ketiga menganggap Malaysia sebagai 'suara' mereka.

Tentu ada sebab kenapa negara kita begitu pesat membangun.(tak seperti Ghana,walaupun berkongsi tarikh kemerdekaan yang sama dengan Malaysia,namun ketinggalan 40 tahun di belakang Malaysia).

Kerana apa?
Tentulah kerana kepimpinan BN.Tahukah bahawa anda seorang yang tidak tahu mengenang budi jika anda menentang dan menafikan kerajaan yang ada kini?

Jika kerajaan zalim,tentu pihak pembangkang semua dah pun dipenggal kepala.Istilah "rejim zalim" itu amatlah kejam untuk digunakan kerana rakyat tidak ditindas.Buktikan jika rakyat ditindas!

r_feev berkata...

Salam...

Benarkah negara Arab meletakkan kita sebagai contoh? Benarkah negara dunia ketiga mengiktiraf kita sebagai suara mereka? Iraq, Palestin, Afghanistan tetap terjarah walau Malaysia kita menjadi Pengerusi OIC.. Kalau gelaran tadi setakat disebut dalam Utusan Malaysia.. tak perlulah dibangga.. tunjukkan saya keratan akhbar negara Afrika dan Arab yang menyanjung Malaysia sebagai wira mereka..=)

Tanpa Nama berkata...

saudara,

kalau saudara doa seribu tahun pun kalau yang diminta tu tak betul, pasti tak dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

mari lah kita doa banyak2 bersama2. moga2 yang baik untuk semua itu akan berkekalan dan bertambah baik, dan moga2 yang tak baik untuk semua itu dijauhkan...

cara saudara menulis blog ini amat membimbangkan, apatah lagi saudara cenderung membuat andaian dan tafsiran sendiri ke atas pelbagai perkara. jangan pula ayat2 suci pun suatu hari nanti dimanipulasikan oleh jiwa saudara yang penuh amarah itu.

saya dapat merasakan dalam jiwa saudara ini penuh dengan perasaan marah dan geram. akhirnya menjadikan isu politik sekarang bagaikan medan untk melepaskan segala rasa tidak puas hati saudara itu.

nasihat saya moga saudara ini mengambil langkah muhasabah diri sebelum berkata2. takut nanti termakan dek kata2 sendiri.

dan saya juga ingin menegaskan kepada saudara, kita umat islam tak pernah diajar untuk menjadi orang yang tak tahu bersyukur...

moga dibukakan pintu hati saudara untuk melihat kebenaran di hadapan mata dan bukannya hanya terpesona oleh kata2 indah orang2 sekeliling.

r_feev berkata...

Salam..

Sama juga saya doakan untuk saudara tanpa nama... Moga Allah buka pintu hati saudara..

Tanpa Nama berkata...

kerasnya hati penulis blog ni

r_feev berkata...

Salam..

Saya berbangga mempunyai seorang pengulas di blog ini yang memiliki kuasa nujum.. Pertama beliau dapat melihat yang mana adalah kebenaran.. beliau juga dapat 'membaca' apa yang terkandung di dalam hati kita dengan hanya membaca blog. Beliau juga hebat menafsir sendiri suasana tanpa perlu rujukan pada Al-Quran atau hadis (kerana kalau kita guna dua sumber rujukan ini kita adalah pemanipulasi - kata beliau). Beliau juga mampu tahu bahawa doa anda bakal termakbul atau tidak.

Ini lagi bahaya ini. Macam Al-Arqam bunyinya.=)