Isnin, 11 Ogos 2008

Universiti Teknologi Mara - 10% bukan Bumiputera...

Hari ini saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari seorang siswa UiTM yang mengatakan esok (12 Ogos 2008) satu demo akan diadakan di Bangunan SUK Kerajaan Negeri Selangor sebagai membantah cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim agar UiTM membuka 10% kemasukan kepada bukan Bumiputera. Cadangan ini sedikit sebanyak telah menyentuh satu lagi isu sensitif kaum Bumiputera terutamanya orang Melayu kerana UiTM dianggap sebagai hak Melayu yang masih terpelihara 'keterunaannya'.

Bila kita sebut tentang Bumiputera, saya berani jamin masih ramai mahasiswa di UiTM pada masa ini yang kita bisa ragui taraf Bumiputera mereka. Bagaimana dengan mereka yang berketurunan India Muslim, adakah mereka Bumiputera? Status sebahagian mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak, adakah semuanya Bumiputera? Bagaimana dengan anak angkat Tun Dr. Mahathir yang berbangsa Pakistan namun menuntut di bidang undang-undang di UiTM?

Dari sumber dalaman kampus, saya diberitahu bahawa trend pengambilan pelajar di UiTM mengalami perubahan sejak beberapa tahun lalu apabila Datuk Seri Ibrahim Abu Shah melancarkan misi menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti bertaraf dunia. Maksud perubahan trend ini adalah demi mencapai standard dunia, UiTM perlu memiliki pelajar antarabangsa di kalangan mahasiswanya. Maka ramai pelajar dari negara Arab, Mauritius, malah Afrika mulai didaftarkan sebagai pelajar di UiTM sedangkan mereka ini bukanlah Bumiputera tetapi dikatakan diambil atas kapasiti mereka ini Islam. Ini dari segi kesaksamaan telah menunjukkan diskriminasi kaum yang jelas. Contohnya jika ada pelajar dari Tanah Besar China yang beragama Islam ingin menyertai UiTM, adakah kita akan benarkan? Maka pada saya, kemasukan bukan Bumiputera ke UiTM selama ini telah lama berlaku. Namun ini hanya pendapat peribadi saya. Ibarat kata pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Saya secara jujur tidak bersetuju jika 10% terus dibuka kepada bukan Bumiputera kerana saya sebagai orang Melayu harus akui bahawa bangsa saya masih belum bersedia. Mengapa saya katakan belum bersedia? Ini kerana tahap pemikiran majoriti ibubapa Melayu masih tidak mementingkan pendidikan di kalangan anak-anak. Contoh mudah adalah jika kita pergi melihat akan anak-anak muda di kawasan setinggan mahupun PPRT. Mereka menjadi penyumbang utama kepada kewujudan masalah rempit dan gagal menamatkan pelajaran. Ibubapa Melayu majoritinya tidak sanggup berhabis belanja untuk pendidikan anak-anak tetapi lebih gemar menghabiskan wang untuk membeli motorsikal dan telefon bimbit untuk anak-anak mereka. Maka kewujudan UiTM masih perlu dan pada saya umat Melayu masih belum bersedia majoritinya.

Selain itu, mengikut cerita 'orang dalam', polisi UiTM menyebut bahawa pensyarah-pensyarah bukan Bumiputera di UiTM tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana (masters) mahupun kedoktoran (phD) di dalam UiTM. Saya ingin menyarankan agar polisi ini dikaji semula dengan mengambil kira jasa mereka yang sanggup untuk mengajar anak Bumiputera dan sikap prejudis mereka yang telah mereka buang jauh kerana pada saya mereka ini selayaknya diletak sama taraf dengan pensyarah Bumiputera lain di UiTM. Ini adalah salah satu cara menghargai jasa mereka dan juga melatih pensyarah yang lebih berkualiti dan berpengetahun demi kebaikan mahasiswa UiTM juga kelak.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maka tidak dapatlah UiTM memainkan peranan mereka, bila orang yang mereka cuba bela itu sendiri yang menjatuhkan martabat diri sendiri. tidakkah itu sesuatu yang kelakar?

Persoalan yang pastinya hadir adalah, bilakah akan bersedianya orang melayu? merdekanya sudah menjangkau 60 tahun, namun society semakin teruk, jurang ekonomi semakin tinggi. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengherdik orang2 melayu agar membuka mata. Jika MRSM tidak cukop, maka bukalah UiTM, selagi tidak terbukanya mata orang melayu, selagi itulah perlunya orang melayu diherdik.

Adakah kita hendak menunggu dan terus menunggu, mengharapkan agar orang melayu membuka mata mereka dengan sendirinya?

Syahir berkata...

Pendapat anda wajar diberi perhatian.

Sebenarnya, memang wujud pelajar UiTM Terdiri daripada orang luar. Pembukaan kepada orang luar hanyalah satu cara untuk memperlengkapkan UiTM sebagai Universiti yang diiktiraf dunia sahaja. Namun, pengambilan mereka hanya untuk cukup syarat dunia. Percentage mereka amat kecil.

UiTM tak perlu dibuka untuk orang lain. 17 IPTA lain serta IPTS dan kolej dibuka kepada pelbagai kaum, namun status sudah tertera di dalam perlembagaan dan Agong menjadi penaungnya. Maka, kita semua perlu hormati termasuk caunivis2 bangsa2 lain yang ada di tanah air ini ttg status UiTM. Apakah benar kerajaan rasis? Jika rasis, sudah tentu banyak lagi IPTA dan IPTS hanya dikhaskan pada bumiputra.

Orang Melayu banyak terpinggir, maka UiTM perlu bantu mereka. Untuk pengetahuan saudara, jika kerajaan tak subsidi, nilai 1 semester untuk pelajar UiTM belajar ialah RM 12,000.00. Tetapi, disebabkan kerajaan ingin bantu orang Melayu, pelajar UiTM hanya perlu bayar dalam 400-600 saja yuran setiap semester.

Sesiapa di Malaysia boleh masuk UiTM dengan syarat lahir sbg bumiputra. Kedua, jika mereka penganut agama Islam. Jika orang Cina, India mahu masuk, maka mereka perlu menjadi penganut Islam.

Itulah uniknya di Malaysia. Anda akan dapat status Islam & Bumiputra hanya dengan memeluk Islam. Lagipun Melayu dan Islam berkait rapat.

Tanpa Nama berkata...

blom berkuasa penuh dah nak memandai mandai...besok2 kalo dah berkuasa penuh nak kater aper....aper kan daya...dok bising2kt blog ni pon dah x guna lg dah...
dah kater keadilan rakyat...kalau adil itu maka hak nyer sama rata lah...bukan kan ajer uitm tu pada bkan bumiputra...aper nak pedulik org melayu bersedia atau tidak...fikir2 kan lah aper kan jadi pada bumi melayu dan warisan melayu jikalau tuan tanah sudah tidak berkuasa dan hanya tinggal nama sahaja........

r_feev berkata...

hehe.. dah lama dah pun tinggal nama jer.. sebab mamak pun nama macam melayu ka.. orang filipina di sabah pun pakai nama etnik sabah kan.. apa nak heran???

Tanpa Nama berkata...

r_feev...mamak nama bkn mcm melayu,tetapi nama islam. Saya pun hairan kenapa ada golongan mamak yg diterima dalam Uitm