Isu murtad memang sudah lama menghantui umat Islam di Malaysia semenjak pra-merdeka lagi. Kes Natrah, Lina Joy dan banyak lagi sering menjadi isu kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Isu ini juga menjadi pertembungan utama antara Islam dan agama lain di Malaysia ini.
Forum Memeluk Islam yang dianjurkan Majlis Peguam telah mencetuskan bantahan dari banyak pihak terutamanya badan Islam di Malaysia. Forum ini akhirnya ditamatkan setelah bantahan dari beberapa NGO Islam dan badan politik terutamanya dari Pas dan segelintir dari PKR di hadapan bangunan Majlis Peguam semakin tidak terkawal. Saya tidak mahu mengulas samada forum wajar diteruskan atau tidak tetapi yang pasti jika pada masa depan forum seperti ini ingin dianjurkan haruslah melibatkan semua pihak yang benar-benar alim dalam hal ini tanpa mengambil kira agama atau bangsa kerana pada saya ianya penting demi melahirkan perpaduan bangsa Malaysia yang mutlak.
Setelah mengikuti kes-kes murtad di Malaysia selama ini, saya berpendapat kesilapan utama terletak pada Perlembagaan itu sendiri. Pada hemat saya isu ini bisa diselesaikan jika usul untuk menghalang umat Islam dari murtad dibawa ke Parlimen dan semua Ahli Parlimen yang beragama Islam menyokong usul ini, kerana dari segi kuantiti ahli parlimen Islam dari BN mahupun Pakatan Rakyat cukup untuk mendapatkan 2/3 majoriti. Namun harus difikirkan komplikasi tindakan ini adalah kecaman dan ancaman dari negara-negara demokrasi Barat yang akan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini. Namun dari risaukan kecaman luar, ada baiknya kita lebih tumpu pada kesejahteraan umat di Malaysia dan membela Islam selayaknya jika benar Malaysia sebuah negara contoh Islam.

3 ulasan:
saudara,
setelah membaca penulisan saudara dalam blog ini saya yakin saudara adalah seorang yang berfikiran panjang dan ingin memajukan bangsa dan negaranya.
oleh sebab itu saya sebagai salah seorang rakyat malaysia yg bukan beragama islam terpanggil untuk berkongsi dengan saudara beberapa pendapat saya.
saya yakin orang melayu dan islam tak perlu bimbang akan agama mereka dicemari atau dimusnahkan oleh bangsa atau agama lain. sebab saya berpendapat isu nak murtad atau hilang kepercayaan dengan agamanya datang dari diri dia sendiri, kalau ada perlembagaan kata tak bagi tukar agama pun dalam hati dia dah tukar agama. jadi apa bezanya. maksud saya perlembagaan itu bukan lah penyelesaian untuk masalah2 macam ini.
salah satu cara untuk membantu mengatasi masalah2 macam ini adalah dengan cara bertoleransi. tapi saya sendiri hairan melihat orang melayu di negara kita sangat risau pasal agama dia dan bangsa dia diancam orang malaysia sendiri. saya rasa orang yang kita perl lebih risau ialah campur tangan negara luar yang besar macam amerika, diorang tu jahat dan berkuasa dan memang suka menindas orng lain. saya pecaya orang bukan melayu di malaysia rata2 tak mau negara ini huru hara dan musnah. kalau ada yg betul2 niat jahat pun mungkin segelintir.
kadang2 saya rasa sedih melihat keadaan negara kita. orang2 politik negara kita. mereka selalu bercakap pasal agama lain macam kristian dan hindu tapi tak memahami pun agama tersebut. maksud saya seperti contoh, orang cakap saiful sumpah macam orang kristian pegang al-quran macam pegang bible. tapi sebenarnya itu adalah kebiasaan orang barat macam orang2 amerika yg selalu ditunjukkan dalam tv. tapi sebenarnya itu bukan ajaran kristian berlandaskan agama itu. agama kristian walaupun banyak cabang tapi secara umum tak membenarkan bersumpah sesuka hati sambil pegang bible. itu adalah satu kesalahan besar, kecuali atas keadaan tertentu tapi bukan bersumpah sambil pegang bible macam yg orang anggap. itu adalah amalan orang2 barat.
saya tak pasti sama ada saudara tahu atau tidak hanya sebilangan kecil sahaja orang barat sekarang yang beragama kristian yg betul2 ikut amalan kristian. yang lain itu hanya atas nama. sembahyang pun tak. lagi ramai yang tak percaya tuhan. malangnya saya tengok orang melayu di negara kita ini suka menganggap orang kristian di sini sama lah macam itu orang kristian d barat. salah sama sekali.
saya cadangkan kepada saudara supaya sarankan kepada kawan2 untuk lebih memahami agama orang lain sebelum membuat kesimpulan pasal agama orang lain. jangan cakap ikut suka dan anggap semua orang sama. saya rasa orang islam di timur tengah dan orang islam di malaysia pun ada lainnya seperti layanan terhadap kaum perempuan contohnya. bukan maksud saya islam itu lain2 tapi maksud saya ada banyak faktor lain. jadi jangan samakan semua orang. kalau orang barat itu jahat tak semestinya orang kristian di malaysia pun jahat.
kalau takut isu murtad, sarankan kepada semua keluarga sepaya menjaga ahli keluarga masing2 dan juga diri sendiri. isu kepercayaan ini bukan kerajaan yg patut tentukan sama ada dia yakin sama agama dia atau tak. semua orang kan ada pendidikan agama kan.
lagi satu, kata nak perjuangkan hak bersuara tapi baru buat forum kecil sudah banyak bising. ini membuatkan kaum lain di malaysia makin rasa tergugat lah. tambahan pula ada parti politik macam pas yg macam pikir dia punya orang dan agama saja. orang lain pun mau hidup dengan aman sambil bebas mengamalkan agama masing2. saudara tahu ke, saya sendiri sudah rasa risau kami orang bukan melayu suatu hari nanti akan tertindas lah.
Saudara Tanpa Nama,
Terima Kasih atas nukilan saudara di blog saya.. Pendapat saudara saya hormati dan saya amat bersetuju dengan kenyataan saudara bahawa perlu ada toleransi yang lebih antara kita semua. Memahami agama sendiri sahaja tidak memadai untuk mengenali satu sama lain.. Di dalam Al-Quran ada menyebut bahawa manusia itu dijadikan Tuhan berlainan bangsa dan warna kulit agar mereka berkenal-kenal diantara satu sama lain..
Saya selaku seorang muslim, sebenarnya malu dengan tindakan saudara-saudara seagama saya yang mencemuh dan memaki mereka yang hadir pada forum itu.. sepatutnya forum itu diteruskan tetapi seperti saya kata melibatkan semua pihak- dari islam dan bukan islam.. barulah hujah dapat dibalas dengan hujah..
Untuk dikongsi saudara dan pembaca lain.. sepatutnya kita mengambil hikmah ajaran Rasulullah saw ketika baginda sering dilempar dengan najis oleh seorang wanita Yahudi.. Rasulullah saw tidak membalas dengan makian atau ugutan.. Baginda hanya membiarkan sehinggalah pada satu hari wanita Yahudi itu jatuh sakit.. Baginda yang tahu akan perihal itu telah melawat wanita tersebut dan cuba membantu untuk menyembuhkan wanita itu.. kerana terlampau terharu dengan keperibadian mulia baginda, wanita itu memeluk Islam akhirnya.. begitu indah ajaran Rasulullah saw dalam menyampaikan dakwahnya...
Banyak lagi yang perlu dipelajari kita sebagai umatnya dan sebagai warga Malaysia yang bebas merdeka...
Terima Kasih.....
try this top online [url=http://www.casinolasvegass.com]casino online[/url] bonus. [url=http://www.winner.li/online-blackjack.html]blackjack[/url]
Catat Ulasan