Isnin, 18 Ogos 2008

Sumpah Saiful

Jumaat lepas menjadi detik bersejarah buat negara kita Malaysia. Lahir lagi satu sumpahan yang datangnya daripada Saiful Bukhari Azlan. Jika lapan keturunan lepas Mahsuri telah mengenakan sumpahan ke atas Pulau Langkawi dan negeri Kedah, Jumaat lepas satu lagi sumpahan dilakukan oleh seorang 'mangsa ketidakadilan' . Mahsuri mengenakan sumpahan ke atas pelaku kekejaman ke atas dirinya, tetapi sumpah Saiful di kenakan ke atas dirinya sendiri. Islamkah cara Saiful bersumpah? Saya tidak tahu. Banyak pendapat diantara ulama dan ilmuwan Islam yang berbeda-beda hingga saya sendiri tidak tahu betulkah cara dia bersumpah.

Saya hanya sempat menonton rakaman dia bersumpah, malang juga kerana tiada tayangan secara langsung untuk 'majlis bersejarah' ini. Upacara ini cukup bersejarah kerana selepas ini Insyallah semakin ramai orang akan mengunjungi masjid untuk bersumpah. Lebih-lebih lagi yang fasik dan munafik. Mereka yang cintakan fitnah akan lebih kerap ke masjid bukan untuk bersembahyang atau beribadat tetapi untuk bersumpah. Datang pulak semakin ramai nanti imam-imam yang dibayar upah untuk menjadi 'tok dalang' acara sumpah. Pesanan saya buat mereka yang ingin jimat kos perbicaraan mahkamah boleh ke masjid dan angkat sumpah untuk membersihkan nama anda.

Sejarah lalu telah banyak mengajar kita apabila mendepani berita fasik mahupun fitnah. Nabi Allah Yusuf as, pernah difitnah ketika hidupnya oleh seorang wanita bernama Zulaikha. Baginda difitnah telah melakukan rogol namun kerna kebijaksanaan Gabenor Mesir ketika itu, baginda Yusuf as bebas dari tuduhan itu kerana dari segi rasionalnya tidak mungkin bajunya akan terkoyak belakang jika baginda yang ingin merogol Zulaikha. Dalam sejarah lain juga, isteri Rasulullah saw sendiri pernah difitnah oleh golongan munafik. Saiditina Aishah as dituduh berzina dengan seorang muslim lain ketika dalam perjalanan pulang dari satu peperangan. Fitnah itu terhapus bila baginda Rasulullah saw menerima wahyu daripada Allah swt. Allah berfirman dalam Surah An-Nurr dari ayat 11 hingga 13, maksudnya;


"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa diantara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar."

"Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata."

"Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang yang dusta"


Inkonsistensi di dalam plot fitnah ini saya lihat adalah perkara pokok yang bakal memakan semula diri tuan-tuan konspirator dalam fitnah jahat ini. Jika dilihat kepada sumpah laknat yang dilakukan, maka selepas ini hanya Allah saja dalam kekuasaanNya yang dapat menunjukkan kebenaran yang hakiki. Ianya menjadi hak Allah yang mutlak samada untuk menunjukkannya sekarang di dunia ini atau di akhirat kelak. Berdoalah kita agar kebenaran itu tertegak jua akhirnya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

tak payah lah brader susah2 pikir siapa salah siapa betul. kita tunggu je laknat daripada Allah.

kalau betul saiful salah maka terlaknat lah dia tapi kalau anwar ibrahim bersalah jangan pula brader kata laknat ke atas dia nanti tu konspirasi politik juga.

terus terang aku katakan aku makin tak pecaya kat anwar ni bila meneliti penglibatan dia dalam foundation for the future (FFF), Centre for Islamic Study and Democracy (CISD) dan pembiayaan atau lebih tepat penajaan aktiviti anwar oleh the National Endowment for Democracy (NED). nampaknya ada yang tak kena dengan anwar punya prinsip. lebih2 lagi yang berkaitan dengan hubungan dia dengan AS.

aku makin tak pecaya kat dia. tak kisah lah saiful tu sumpah betul ke tak. itu antara dia, anwar dan Allah s.w.t.

r_feev berkata...

Salam...

Kepada tanpa nama... apakah semua orang Amerika tu jahat.. Kalau McDonald dan KFC kita pegi makan... handphone kita guna.. MTV kita tgk.. filem2 Hollywood kita tgk.. kenapa bila Anwar berkawan dengan mereka kita marah...

Pada saya Anwar adalah harapan Msia sekarang untuk memperlihatkan demokrasi dan kebebasan tertegak di bumi Msia ini...