Muhriz yang dengan angkuh telah mengkritik DSAI dengan berbagai tohmahan yang memang jelas datang dari mulut bapanya sendiri. Keluarga ini yang tidak kurang 'hebatnya' dari keluarga Badawi dalam membolot harta negara selama ini cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap mereka. Semua pekung mereka sekeluarga akan terbuka jua satu persatu untuk tatapan rakyat Malaysia seluruhnya. Ada eloknya rakyat Malaysia disedarkan dengan apa yang sedang dilakukan oleh DSAI dengan penglibatannya dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang aktif dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia dan mempromosi keamanan sejagat.
Sila klik sini bagi mendapatkan penjelasan bertulis Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat.
2 ulasan:
Juma nak tanya bodoh je, saudara sentiasa menempelak dan mengeluarkan komen kesat mengenai pemimpin-pemimpin (referring to your blog la. Saya tak tau lah samada mereka yang saudara sebut dan kenal atau tau rapat tu, memang layak ditempelak atau diberikana komen kesat sebegitu. Saya tak pasti. Mungkin mereka memang jahat kot. Cuma satu isu saya, mengapa asyik mengata pemimpin Melayu. Orang tua kat kampung kata, bodoh-bodoh mereka pun, orang Melayu. Pemimpin lain tu baik betul kot. saudara tak pernah usik pun. Kesian pemimpin Melayu. Orang bangsa asing kata mereka bodoh, dsb, orang Melayu pun lagi hebat mengenengahkan semua. Melayu memang hebat dan saudara memang hebat dan dahsyat.
Terima Kasih kepada tanpa nama yang bertanya bodoh..
mungkin saudara atau saudari(maaf saya tak tahu jantina anda) perlu tahu bahawa apa yang saya paparkan di blog ini adalah luahan hati saya tentang pemimpin-pemimpin Melayu Islam dalam UMNO yang memang mengamalkan politik rasuah dan salah guna kuasa.. salahkah saya?? Mungkin ianya mengguris hati saudara/saudari.. Saya terus-terang seperti yang saudara/saudari sendiri tahu bahawa saya menyokong sepenuhnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak kira agama atau bangsa selagi mereka tidak lari dari asas perjuangan mereka untuk membela nasib rakyat Malaysia. Perlukah saya puji lagi pemimpin-pemimpin yang memang korup dan sombong dengan harta kekayaan rampasan dari hak rakyat. Tidak Perlu!! Prinsip saya jelas, raja adil - raja disembah dan raja zalim - raja disanggah. mungkin ada eloknya saudara/saudari rujuk kembali catatan petikan dari blog riwayat hayat pada febuari lepas bertajuk bolehkah mengundi calon bukan Islam?? sila layari alamat ini http://qanunfiatdunia.blogspot.com/2008/02/bolehkah-kita-mengundi-calon-bukan.html
Buat ingatan tanpa nama yang bertanya bodoh,
apa yang saya paparkan di blog ini semata-mata untuk membuka mata orang Melayu kembali untuk memilih yang mana sebenarnya berlian dan yang mana sebenarnya kaca. Kerana saya sayangkan bangsa sayalah saya dengan sendiri tergerak hati untuk mengaktifkan blog ini. Jangan kita lupa, Kesultanan Melaka itu jatuh disaat kemuncaknya kerana pemimpin-pemimpin Melayu ketika itu yang korup dan tidak berfikir untuk rakyat. Sultannya yang sibuk berfoya-foya menyebabkan umat Tanah Melayu dijajah hampir lebih 400 tahun. Kerana ingin selamatkan bangsalah semua pekung-pekung pemimpin dalam UMNO dan BN yang rasuah, tipu rakyat dan salahguna kuasa perlu terus didedahkan dan ditentang habis-habisan..
Buat tanpa nama yang bertanya bodoh,
Saya minta maaf seikhlas hati sekiranya apa yang saya nukilkan didalam blog ini berstatus 'kesat'. Saya akan cuba mengurangkan bahasa-bahasa 'kesat' yang ada dan diharapka selepas ini saudara/saudari dapat 'highlight' kepada saya mana-mana perkataan yang 'kesat' dan akan saya ubah kepada perkataan yang lebih 'manis' namun maksud yang ingin saya sampaikan takkan sekali saya ubah melainkan ada fakta dapat menyangkalnya..
p/s- bodoh itu perkataan kesat ke? (sila jawab untuk rujukan masa hadapan)
Sekian...
Catat Ulasan