Khamis, 22 Mei 2008

Ezam masuk UMNO...


Hari ini didalam sebuah akhbar bahasa Inggeris, satu artikel menyatakan akan penyertaan semula Ezam Mohd Nor yang juga bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat ke dalam UMNO. Beliau yang meninggalkan PKR tahun lepas kerana mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim mengamalkan politik diktator di dalam PKR dan juga pengaruh YB Azmin Ali yang mengawal Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ezam dijangka akan menyertai semula UMNO paling awal adalah 1 Jun depan.

Apakah ini satu tamparan kepada PKR? Mungkin ya. Apakah agenda beliau? Saya harap untuk cuba merubah UMNO dari dalam. Saya doakan Ezam akan berjaya. Ezam selaku pengerusi GERAK, sebuah NGO yang berjuang untuk menentang rasuah mungkin adalah 'tenaga pakar' yang sangat diperlukan UMNO di saat ini bagi memulihkan imej mereka dan menghapuskan rasuah hingga ke akar umbi.

Buat Ezam saya ucapkan Selamat Maju Jaya jika beliau benar-benar kembali ke pangkuan UMNO.

3 ulasan:

Unknown berkata...

Harap2 dier yang merubah UMNO n bukan sebaliknya...kalo sebaliknya, bukan tamparan yang akan PKR dapat tapi peti emas.

Tanpa Nama berkata...

btol ker anwar ni mengamal kan politik diktator, kalo mcm ni bahaya la kalo dier jd pm...

Tanpa Nama berkata...

Don't be naive, this is politic. Are these young 'sweet talkers'... really the fighters? Get to know them. Find out more. Ada teman berkata tanya orang yang betul2 mengenali Anwar (I mean sejak di zaman sekolah). Get to know the 'real him'.