Selasa, 20 Mei 2008

"Japanese Obsessive Disorder"


Setelah dua minggu pelajar-pelajar dari Jepun berada bersama-sama kami untuk kelas dan hampir setiap masa siang dan malam, akhirnya mereka pulang ke tanah air mereka bagi meneruskan penghidupan mereka di sana. Namun yang 'ditinggal' masih mempamerkan simptom-simptom 'kurang sihat' mungkin akibat keakraban yang dapat dibina dalam masa tak sampai dua minggu bersama pelawat-pelawat ini. Pelajar dari Jepun ini telah berjaya meninggalkan impak yang mendalam di fakulti ini. Perkenalan pasti akan menemui perpisahan jua akhirnya.

Namun, pendapat peribadi saya, alangkah baiknya jadi orang Jepun. Mengapa mereka yang tidak seagama dan sebangsa dengan kita, kita sanggup untuk berkorban masa dan tenaga demi keselesaan mereka namun untuk kita yang sama saudara seagama dan sebangsa di fakulti masih gagal untuk mempamerkan ukhuwah sebenar mereka yang bergelar Islam dan Melayu. Kita mengenali sesama sendiri sudah hampir memasuki tahun kelima tetapi 'perpaduan' yang saya harapkan untuk dilihat dalam komuniti fakulti ini masih jauh dari gapaian....


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ermmm, saya sangat2 lah bersetuju dgn isi kandungan tulisan ini... pada saya, perpaduan antara pelajar2 fakulti kite (terutama tahun 4) maseh sangat2 rapuh... ibarat seperti hubungan paklah dan tun mahathir... berhubung dgn pelajar dari jepun pula, pada saya tidak salah rapat dgn mereka, tp janganla terlalu rapat sehingga rakan2 di sekeliling di abaikan... ibarat kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan

Tanpa Nama berkata...

saya rasa,mereka2 yang dimaksudkan hanya berniat menyambut tetamu dan melayan dengan baik tetamu-tetamu itu. Itu kan perkara baik. tapi ada kebenarannya yang kita patut merapatkan ukhuwah.

Tanpa Nama berkata...

aku pn sebenarnya setuju ngan ape yg ko ckp..tp, pernah x kita melihat ke dalam diri kita pula ada x kita membuka hati kita untuk keakraban itu sesama kita. banyak antara kita selalu kata sibuk juz for a weekend together. ada pula kalau jumpa susah nak bertegur sapa. kalau nak dibandingkan cara layanan sesama kawan antara jepun ngan sesama kita macam langit dan bumi. apa yg kau belajar dari diorang is that respect your friend like you respect yourself...and that is so lacking in our faculty..
-miya-

Tanpa Nama berkata...

apa yg *aku belajar, not *kau belajar dari diorang...spelling mistake!sori!
-miya-

r_feev berkata...

Salam,
Kita pilih kepada siapa kita mahu hormati dan kepada siapa kita mahu buka hati kita.. Itu hak masing-masing...
Namun yang menyedihkan saya selama berada di fakulti ini hampir lima tahun.. ukhuwah yang saya harapkan masih gagal untuk diwujudkan.Kita masih gagal untuk membuka hati kita masing-masing yang kadangkala begitu keras mengalahkan tempurung kepala.
Saya bukan maksudkan dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang dilakukan dengan pelajar-pelajar Jepun(harap faham).. apa yang saya utarakan adalah mengenai sambutan 'luar biasa' yang diberikan kepada 'program fakulti' kali ini. adakah kerana faktor wujudnya 'daya tarikan' dari mereka ini yang menyebabkan kita semua begitu bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam 'program' fakulti kali ini. Saya sedih... kerana jika sebelum ini rancangan atau program yang diatur fakulti mahupun persatuan pelajar - gagal atau kurang mendapat sambutan yang menggalakkan seperti ini. kenapa?? mengapa perlu ada 'double standard' dalam memilih untuk mencurahkan keringat dan sumbangan buat menjayakan program fakulti. Itu adalah sebab utama saya meletakkan catatan ini di dalam blog saya.
Saya mengharapkan ada perubahan di dalam penglibatan kita di dalam aktiviti-aktiviti 'rasmi' kita selepas ini di fakulti. Biarlah kita bersama menjayakan satu-satu program itu sebagai satu kumpulan yang memiliki ukhuwah yang kuat dan yang paling penting adalah keikhlasan kerana semua program-program di masa hadapan menuntut pengorbanan kita tanpa dijanjikan sebarang balasan material mahupun insentif... janganlah salah anggap bahawa catatan ini mengisahkan tentang persahabatan semata-mata tetapi lebih kepada penglibatan kita dalam hidup bermasyarakat dan berkomuniti...

Tanpa Nama berkata...

Saudara tak pernah nampak atau tak pernah cuba cari ke apa-apa kebaikan dari sesuatu perkara ... asyik komen aje. Dan bahasa pun kasar. You seriously take so much pride in communicating the way you do. And, you get rather defensive when receiving comments not to you liking. My 'strong' comments have been deleted. Thus, I'm taking the stance of being a bit polite. takut mengguris hati saudara pulak nanti.

r_feev berkata...

Salam buat tanpa nama yang polite,
terima kasih kerana berhati mulia dengan tidak mengguris hati saya. Kalau dah blog ini memang menceritakan luahan hati saya.. mestilah 'mengomen'..hehe.. tak gitu??

bukankah saya sedang mengambil nilai-nilai positif dari sikap kami apabila berhadapan dengan bangsa asing untuk diterapkan didalam kehidupan seharian kita sebangsa.. Salahkah saya??

Apa-apa pun terima kasih atas komen anda yang membina..

p/s - bahagian mana dalam catatan dan ulasan saya yang 'defensive' yea?? yang mana??

Tanpa Nama berkata...

aku rasa benda ni simple je, x payah la kita complicated sgt... di sini aku nk buat 1 anology la..ada antara sekumpuln rakan kita yg suka sgt ttg jepun, everything la. so, walaupn diorg x sependpt seblm ni, diorg akn bersatu utk melayan rkn japanese kita tu....then ada sekumpln rakan kita ni plk yg obses sgt dgn Man U, so wlaupn diorg x sebulu tp bila bncg psl ManU atau tgk prlwanan ManU vs X, diorg ni jd mcm kwn baik la plak... so,apa yg aku nk nyatakn disini, we are diversity. so, kita xleh la nk komen if people have obsession towards sumthing becos they never bother u if u have obsession toward sumthing also...so, dont drag other people in this remeh-temeh thing...aku rsa ni lbh kpd mslh peribadi dimna aku dgr ada org tu x puas hati birthday dia x dismbt instead they celebrate the japanse birthday... have u ever ask urself why they dont do so???...maybe they dont like u???..i wonder why???

r_feev berkata...

Hehe.. menarik komen terbaru ini.. lebih peribadi.. tampaknya masih ada yang kurang jelas dengan apa yang saya cuba sampaikan.. tapi takpe..

Saya juga tidak faham apa yang complicated.. saya rasa cukup simple apa yang saya utarakan.. tapi biarkan.. saya juga tidak meminta sesiapa menyukai saya kerana saya tidak pernah paksa diri saya menyukai orang kerana seperti yang saya kata dalam ulasan sebelum ini bahawa kita pilih kepada siapa kita mahu hormati dan kepada siapa kita mahu buka hati kita.. itu hak masing-masing.. saya juga tegaskan saya tidak menyentuh langsung mengenai aktiviti-aktiviti sampingan yang dilakukan bersama tetamu kita kerana saya sendiri berani kata saya melibatkan diri lebih dari 50% daripada aktiviti-aktiviti sampingan bersama tetamu kita.. yang menjadi isu adalah tahap sambutan dan penglibatan dalam program kali ini.. yang saya jarang-jarang lihat berlaku sebelum ini dalam aktiviti-aktiviti fakulti kerana balik-balik adalah muka-muka yang sama sahaja melibatkan diri dan yang kebanyakkan yang lain tak ambil pusing pun.. itu sahaja.. dan itulah ukhuwah yang saya maksudkan.. saya mengharapkan agar sesiapa yang membaca catatan ini akan lebih faham dan memahami maksud sebenar catatan ini.

Kalau ada yang menganggap catatan ini adalah luahan peribadi kerana tiada sambutan hari lahir untuk saya.. saya hanya mampu tergelak besar kerana sedikit pun tidak terlintas di hati saya di saat mencatatkan catatan ini adalah untuk kepentingan peribadi saya.

Mungkinkah catatan saya ini telah menguris hati ramai pihak. Tapi niat saya cuma satu - untuk menyedarkan realiti apa yang berlaku di dalam komuniti kita di fakulti. Itu sahaja, tiada kepentingan peribadi mahupun serangan peribadi ke atas sesiapa..

Sekian

Tanpa Nama berkata...

I am so missing them..Japanese!!!!

Unknown berkata...

lek ar afif, ini yang dikatakan, its the mentality, not the people, jangan salahkan orang sekeliling, tapi salahkan mentaliti yang dah ditanam dalam otak2 mereka.

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya, pelajar yang terlibat didalam program menyambut sahabat-sahabat dari Jepun adalah pelajar yang sentiasa aktif dalam program fakulti. Bukan mereka-mereka yang selalu mengelak. Jadi pada saya, komen ini tidak patut ditujukan kepada mereka yang obses, sebaliknya mereka yang tidak obses. Jepun datang, buat tak layan, dinner dibuat mereka tak nak datang

Itu sajer lah pandangan saya

Tanpa Nama berkata...

saudara gang-1 pn sama jgk dgn saudara afif....
mentaliti dh rosak...

r_feev berkata...

Terima kasih buat saudara tanpa nama yang mentalitinya tak rosak...=)