Hari ini menjadi sejarah tersendiri buat diri aku apabila berpeluang berkunjung ke Hospital Bahagia Ulu Kinta. Hospital pertama seumpama ini di Malaysia telah mula beroperasi sejak tahun 1911 dan pernah dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum yang juga merupakan institut psikiatrik terbesar di Malaysia. Mampu menempatkan sehingga 2000 pesakit pada satu-satu masa, institut yang terletak di Tanjung Rambutan ini dengan keluasan kawasan melebihi 400 ekar, telah berjaya membentuk satu stigma masyarakat yang cukup tebal sehinggakan penduduk asal pekan Tanjung Rambutan pun 'segan' untuk mengaku tempat asal mereka.
Walaupun aku belum berpeluang membaca buku Madness and Civilization karangan Michel Foucault (buku yang diperkenalkan kepada aku oleh saudara Khalid Jaafar), namun hasil ulasan buku ini yang terdapat di internet, sedikit sebanyak memberi aku gambaran akan sejarah permulaan penginstitusian pesakit-pesakit mental sehinggakan mereka ini tersisih daripada masyarakat. Bermula pada pertengahan kurun ke-17, pada era klasik, bagi menggantikan kekosongan ruang yang ditinggalkan oleh pesakit-pesakit leprosi atau kusta, pesakit mental mula ditangkap dan ditempatkan dalam kurungan atau seperti yang diistilahkan oleh Michel Foucault sebagai confinement sehinggakan beliau menamakan sela masa ini sebagai 'The Great Confinement'.
Semuanya bermula di kota Paris pada tahun 1656, apabila Hospital General ditubuhkan. Pada ketika itu, penganggur, penjenayah, penduduk yang miskin dan pesakit mental ditempatkan disini sehinggakan pada ketika itu hampir 1% penduduk Paris ditempatkan di institut ini. Usaha mengurung atau confinement ini telah didukung bukan sahaja oleh kerajaan ketika itu tetapi juga disokong oleh pihak gereja. Sistem kurungan ini telah terus diperkenalkan ke seluruh Eropah dan digunapakai di hampir semua wilayah ketika itu. Ternyata peristiwa 'The Great Confinement' ini beserta dengan kelangsungannya telah berjaya membina satu tembok atau menggali satu jurang yang cukup dalam bagi memisahkan pesakit mental dengan masyarakat. Stigma yang dipupuk dan diasuh sedari mula lagi telah menyebabkan pesakit-pesakit mental hari ini, yang sememangnya masih seorang manusia biasa, masih gagal mendapat perhatian sewajarnya dari masyarakat dan penerimaan kita terhadap mereka masih mengecewakan.
"Mereka ini ganas!", "Karang dia bunuh orang karang!", "Simpan sajalah dia kat dalam tu!", "Doktor jangan hantar balik bapa saya ni. Dia gila!" - Ini adalah antara cebisan-cebisan pedih dialog yang selalu kita dengar dan paling menyedihkan, kata-kata pedas ini juga selalunya turut dilaungkan di hadapan pesakit yang memiliki hati dan perasaan. Prasangka buruk yang timbul kerana ketakutan kita kepada sesuatu perkara yang tidak langsung kita ketahui menyebabkan penyisihan terhadap pesakit-pesakit mental dalam masyarakat cukup tebal. Ini semua adalah hasil tangan 'The Great Confinement'. Mereka disisih oleh keluarga setelah harta asal mereka habis dikaut oleh ahli keluarga dan mereka dibiarkan terbiar di institut psikiatrik seperti Hospital Bahagia Ulu Kinta. Stigma ini juga menyebabkan mereka ini sering gagal mendapatkan pekerjaan kerana majikan juga turut gerun akan kerugian yang bakal timbul jika pesakit mental diambil bekerja.
Hakikatnya masyarakat tidak sedar bahawa penyakit mental seperti skizofrenia (schizophrenia), penyakit bipolar (bipolar disorder), depressi atau tekanan jiwa (depression) dan banyak lagi sebenarnya adalah sama, serupa, setara dan seangkatan dengan penyakit kronik lain seperti kencing manis (diabetes mellitus), tekanan darah tinggi (hypertension), dislipidemia atau lemak berlebihan dalam darah (dyslipidemia), sakit jantung (ischemic heart disease) dan banyak lagi penyakit kronik konvensional lain. Tanpa ubat dan kawalan berterusan, ternyata penyakit kronik konvensional ini akan mengakibatkan komplikasi yang buruk. Sama juga halnya dengan penyakit mental.
Ketika 'The Great Confinement', tempat kurungan untuk pesakit mental ini tidak lebih dari sebuah penjara kotor dan seram, dan pesakit-pesakit ini tidak diberikan rawatan perubatan yang sepatutnya. Michel Foucault di dalam karangannya menyatakan sehingga pada kurun ke 18, baru timbul usaha untuk menempatkan pesakit mental di hospital sakit jiwa seperti yang dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai asylum. Usaha ini telah dipelopori oleh Philippe Pinel dan Samuel Tuke. Tuke sendiri telah mengasaskan York Retreat dan Quaker Institution.
Berbeza dengan sekurun sebelumnya, pesakit mental akan dipukul dan diseksa bagi mematikan sifat 'kegilaan' mereka ketika di dalam kurungan, ahli Quaker (yang dipelopori oleh penganut Protestan) pula memperkenalkan satu kaedah dimana pengawasan berterusan dilakukan terhadap pesakit dan mereka diajar dengan ajaran agama serta setiap perbuatan mereka akan diawasi, dinilai dan diperbetulkan andai mereka membuat salah. Mereka tidak bebas mencapai kesedaran mereka sendiri. Foucault menggambarkan ini sebagai menggantikan perasaan takut pesakit dengan repressi atau penindasan. Beliau juga menambah, walaupun pesakit mental dibebaskan dari kurungan fizikal ketika kurun ke 17, tetapi mereka masih terkurung dalam kesedaran mereka sendiri kerana setiap perbuatan mereka ditentukan dan dinilai oleh pengamal perubatan dan juga penjaga mereka ketika itu. Foucault berhujah bahawa ini bukanlah kebebasan sebenar. Namun sistem ini masih terus digunakan dalam dunia perubatan bagi merawat pesakit mental sehingga ke hari ini.
Beralih kepada pengalaman berharga yang aku kecapi hari ini, lawatan aku ke Hospital Bahagia Ulu Kinta telah memberi aku satu kesedaran yang cukup bermakna. Staf yang mengiringi kami sepanjang lawatan, telah menyentuh jiwa aku apabila beliau dengan bangga berkata bahawa kami di sini menjaga bakal-bakal 'ahli syurga'. Memang benar dan tidak dapat aku nafikan tugas mereka ini cukup mulia. Tidak ramai yang akan sanggup menanggung beban tanggungjawab ini. Kedamaian tempat ini dan dihiasi dengan lebih 20 kebun tanaman yang diusahakan sendiri oleh pesakit di sini membuktikan mereka ini sebenarnya lebih dari layak untuk hidup bersama kita di dalam masyarakat. Kisah kebanyakan pesakit yang hingga ke akhir hayat tinggal di hospital ini kerana disisih keluarga dan masyarakat cukup menginsafkan. Nyata keluhan mereka yang menyumbang bakti di sini bukanlah kerana keletihan melayan kerenah pesakit tetapi 'tekanan jiwa' yang mereka hadapi apabila berdepan dengan stigma masyarakat yang terus-menerus menyisih pesakit mental dan langsung menafikan hak mereka untuk menjadi seorang individu yang merdeka.
Ada benarnya hasil perbualan aku dengan saudara Khalid Jaafar beberapa bulan lepas ketika berdiskusi di Coffee Bean Bangsar, bahawa menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk menyediakan dana dan memikul beban menjaga pesakit mental kerana mereka ini tidak seharusnya ditempatkan dalam buangan tersisih dari masyarakat dan dijadikan beban kepada kerajaan. Dengan diagnosa yang betul dan patuh pada rejim ubatan yang diberi beserta sesi terapi berterusan, pesakit mental dapat berfungsi sebagai ahli masyarakat yang normal dan mampu untuk hidup dengan aman dan damai bersama keluarga dan komuniti. Pesakit mental juga dapat belajar dan mengenali diri mereka sendiri secara bebas tanpa perlu mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh pihak lain. Andai situasi ini dapat wujud di dalam masyarakat, mungkin ini adalah kebebasan hakiki yang cuba disampaikan oleh Foucault di dalam buku karangan beliau - Madness and Civilization.
Dengan usaha disentralisasi penkhidmatan perubatan psikitrik sekarang ini diharapkan penerimaan pesakit mental sebagai sebahagian dari ahli masyarakat dan pengiktirafan mereka sebagai seorang individu yang merdeka akan tercapai dalam masa akan datang. Aku meninggalkan Hospital Bahagia Ulu Kinta dengan satu pencerahan jiwa yang terang dan ungkapan di gerbang keluar institut ini cukup untuk merumuskan semuanya - Hentikan Pengasingan, Berikan Penjagaan.

3 ulasan:
Salam,
Satu pengalaman menarik. Saya dah baca sikit la satu bab dalam Madness Foucaul tu.
Tapi Foucault ni banyak cakap dari aspek sosiologi. Maka penyelasaiaan, dan analisa masalah semua ditumpukkan pada aspek kemasyarakatan.
Tidak salah tapi bukan ITU SAHAJA.
Saya berminat dengan Foucault berkenaan cara beliau faham bagaimana sesebuah idea dijadikan norma macam Gramsci cakap "common sense".
Tapi untuk lihat dari sudut itu sahaja xcukup. Sbb dalam Islam, kita juga accountable nanti secara individu.
Teruskan menulis pasal foucault!
aku teringat buku ken kessey, one flew over the cuckoo's nest. bukan smua yg masuk hopital bahagia gila, tp di situ bagai tempat untuk lari dari realiti, dr kesalahan yg lalu. ada yg memang bahagia di sana.
Assalamualaikum. Terima kasih atas tulisan ini. Saya mencari2 info pasal gambaran hospital ulu kinta. Sbb adik OKU autisme yg sering agresif keluar masuk wad psikiatri selalu cerita. Seboleh mungkin tak mau adik masuk sini. Pesakit mental perlu keluarga. Bukan penjara. Tp yg masuk sini mmg dah ditakdir ke syurga agaknya. Sayang kita orang islam suka menjadi 'tuhan manusia'. Nampak islam tp realiti bukan islam.
Catat Ulasan