Selasa, 17 Jun 2008

100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat...




Minggu ini menjadi antara minggu bersejarah buat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat - 100 hari BERKUASA... Saya mengucapkan Selamat Berkhidmat untuk semua wakil rakyat dan ahli kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang baru.

Beberapa langkah drastik dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat bolehlah dibanggakan. Namun begitu masih banyak ruang yang boleh diperbaharui. Dalam usaha semua Menteri Besar dan Ketua Menteri membawa perubahan untuk rakyat negeri masing-masing, pasti ada puak-puak yang akan terus menerus menabur fitnah dan mengadu domba di antara kita. Bersabar dan terus setia berada dalam satu barisan. Amatlah rugi jika pakatan yang telah dibina hancur kerana duri dalam daging. Kuasa itu diberi oleh rakyat dengan harapan namun kuasa itu juga datang dengan ancaman dan 'tarikan nafsu'nya yang tersendiri. Tetapkan iman dan terus rapatkan barisan, teruslah setia kepada pemimpin yang kita pilih selagi mereka ini tidak menyeleweng dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah kita beri sebagai rakyat. Tegurlah mereka dan suarakan pandangan dan permasalahan anda kepada mereka kerana mereka ini saya percaya jujur dan ikhlas berkhidmat untuk kita bukan seperti beberapa pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.

Teruskan usaha anda dan terus membela nasib rakyat kerana jika anda gagal, saya dan jutaan rakyat Malaysia yang lain dengan sendiri akan menurunkan anda semua dari tampuk kekuasaan seperti apa yang berlaku pada parti Barang Naik pada 8 Mac lalu.


1 ulasan:

Syahir berkata...

Saya harap PKR dan Pakatan Rakyat mengotakan janji mereka. Negeri Selangor kaya. Kekayaan Selangor selama ini adalah hasil dari pemerintahan UMNO sejak merdeka lagi. Kini PR hanya dapat yang sudah tersedia. Walaupun begitu, saya harap PR dapat memerintah dengan adil. Apa yang baik dari PR saya akan sokong! Walaupun sedikit kecewa dengan BN, tapi saya suka mereka kalah 5 negeri! Padan muka! Saya tak suka pemimpin UMNO sekarang yang dah kebanyakannya perasuah, kronisma dan bobrok!!! Kalau terjumpa dengan pemimpin PR, beritahu mereka supaya jaga 5 negeri dengan baik jika mahu rakyat sokong di PR-13. Jika tak, UMNO akan kembali!

Suara Rakyat! Hidop Tun!