Ada teman yang bertanya mengenai program sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat. Sambutan berjalan lancar dan beberapa perkara yang diumumkan mengenai percapaian kerajaan PR menunjukkan betapa serius mereka ini dalam agenda merakyatkan ekonomi. Saya ucapkan syabas dan tahniah buat Tan Sri Khalid dan barisan exco kerajaan negeri kerana sedikit sebanyak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk 100 hari pertama. Namun yang menarik perhatian saya adalah mengenai OSCC atau One Stop Crisis Centre yang akan dinaik taraf untuk mengatasi masalah rogol, kesalahan seksual dan keganasan domestik. Saya rasa pihak kerajaan negeri perlu juga memikirkan apakah langkah-langkah perlu untuk mencegah jenayah-jenayah ini dari berlaku kerana bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur, tidak berguna lagi. Ada baiknya dalam 100 hari kedua ini YB Rodziah bisa memikirkan langkah-langkah preventif dalam mendepani isu-isu sosial ini.
Selasa, 24 Jun 2008
Kesibukan...
Dalam beberapa hari minggu ini, kesibukan memenuhi jadual harian. Bebanan tugasan dan sesi pengajian sedikit sebanyak merentap semangat diri ini. Mula terasa sedikit sebanyak akan tekanan tahun akhir. Beberapa isu nasional yang berlaku sekarang ini hanya mampu saya ikuti dengan minat namun ulasan-ulasan terbaru mengenainya saya simpan kepada diri sendiri.
Di majlis sambutan yang dihadiri oleh ribuan rakyat dan beberapa tokoh pembangkang dari PAS, PKR dan DAP ini, saya sedikit terkilan dengan cara bagaimana Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa masuk ke stadium kerana sedikit sebanyak ianya menghalang akses 'peminat' setia beliau untuk berjabat dan bertukar pandangan. Namun itu perkara kecil. Isu yang lebih menakutkan saya adalah apa akan berlaku kepada Pakatan Rakyat jika Dato' Seri Anwar Ibrahim ditakdirkan tiada lagi di muka bumi ini? Selesai sahaja Dato' Seri berucap dan perlu meninggalkan majlis lebih awal, hampir satu pertiga penonton yang hadir meninggalkan Stadium Shah Alam sedangkan masih ada dua tokoh yang akan berucap. Saya rasa kurang senang dan sedikit gusar akan kerjasama Pakatan Rakyat pada masa hadapan sekiranya ditakdirkan Dato' Seri tiada. Buat pendokong dan aktivis Pakatan Rakyat, saya cadangkan agar kita bermula dari sekarang untuk mempromosikan imej yang mampu meraih keyakinan rakyat bahawa kita ini berkerja sebagai satu pasukan dan tidak 'degil' mempertahankan ideologi masing-masing kerana Rasulullah sendiri mengajar toleransi antara semua kaum namun penuh berhikmah. Sikap kita perlu berubah dan perasaan syak wasangka itu perlu dibuang jauh-jauh.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Hence the saying 'save the best for last' ... huhuhu...
betulkah PKR ajar toleransi antara kaum? Ya, usaha itu suatu yang murni. Namun, saya perhatikan kenapa hanya Melayu saja nak give in hak sendiri, sedangkan orang Cina dan India Caunivis yang ada dlm MCA, MIC, Gerakan, DAP, PPP, SAPP mempertikaikan hak istimewa orang Melayu, menghina Islam dalam HINDRAF dan tak hormat Raja2. Apakah mereka tidak faham bahawa negara ini berbilang kaum? Sudah lupa perjanjian asal kontrak sosial bersama 3 kaum dulu? Di negara lain mana ada negara spt Malaysia yang terbukti lagi toleran kepada kaum lain semasa pemerintahan UMNO (kecuali UMYES 2004-kini)?
Toleransi ada batasnya, tidak sehingga melepaskan hak orang Melayu. Lihatlah, CINA DAP sentiasa berkeras dgn Malaysian Malaysia (PAP), memperjuangkan hak bahasa mereka dan budaya. Tetapi, Melayu dalam UMYES, PKR dan PAS lepas semuanya.
Saya harap UMNO dan PAS berkerjasama one day:-).
Demokrasi ada batasnya, tidak sehingga menghuru harakan keadaan. Orang Melayu bukan semua lupa hak mereka. Hak orang Melayu sudah berzaman. Apa yang mereka minta ialah supaya kaum lain hormati hak Melayu bukan menghina dan nak hapus. Saya berpendapat, memang orang Melayu yang tinggal di Bandar kebanyakannya senang. Bila senang dan berharta, mereka lupa yang bangsa Melayu lain ada yang susah di serata negeri. Mereka juga pandai dah mempertikaikan hak orang Melayu sendiri seolah-olah mengganggap orang Melayu dah maju.
Proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan memang akan ambil masa lama. Tambah2 lagi dalam culture orang Melayu yang agak slow untuk terima perubahan. DEB sepatutnya stop pada 1990, tapi diteruskan juga untuk tambah 30% kuota orang Melayu. Namun sehingga kini tak tercapai kerana ada orang UMYES khianat amanah. Mereka kayakan kronisma dan rasuah puak sendiri.
DR.M setuju DEB akan tiada by 2020 kerana orang MElayu bukan selamanya bertongkat. Apa yang unik ttg DEB ialah, orang Cina dan India bersama-sama tolong kaum Melayu supaya mereka pandai berusaha satu hari nanti. Jadi orang Melayu mesti ambil peluang itu.
Bila tiba Dolah Badawi n co, mereka kata DEB selamanya! (bodoh!) Saya sendiri tak setuju.
Konklusi, saya tak setuju Agenda Ekonomi Malaysia dilaksanakan sekarang. Ia hanya sesuai pada 2020. Melayu masih ketinggalan. Mereka kan terus ketinggalan jika Dolah n Khairy berkuasa.
salam...
Pas dan UMNO bergabung semula amatlah tidak saya persetujui... UMNO terkenal dengan pengkhianatan mereka selama ini. UMNO itu sendiri yg mengkhianati umat Melayu. terus meng-kayakan segelintir pemimpin mereka sahaja dan membiarkan beberapa aset penting melayu kepada bangsa lain. Kroni Tun pun org cina.. kroni Pak Lah pun cina.. jgn dinafikan.. saya cadangkan buat saudara syahir dan beberapa anak muda yang ada untuk keluar saja dari UMNO dan menyertai Pas..
perjuangan UMNO hanyalah perjuangan celup dari parti-parti sebelum merdeka seperti PKMM,Awas,Api dan beberapa gerakan politik lain. UMNO hanya meneruskan pemerintahan peninggalan British tidak lebih dari itu. Rakyat telah menolak UMNO 60 tahun dahulu melalui hartal. Sejarah ini yang cuba dinafikan UMNO. Jika Dato' Onn menentang Malayan Union.. tapi Tunku pula bersetuju dengan MCA dan MIC ketika itu mengenai kerakyatan Tanah Melayu. Usul kemerdekaan negara dibincangkan di kelab-kelab malam dibawah pengaruh alkohol. Jika inilah perjuangan UMNO yang dibanggakan.. Lupakan saja..
Saya tidak setuju dengan kenyataan tanpa nama. UMNO zaman dahulu bukan celup perjuangan PKMM, API-AWAS dan lain-lain. Tertubuhnya UMNO merupakan gabungan berpuluh2 Kesatuan sebelum UMNO ditubuhkan bagi menyatukan kesatuan2 ini. UMNO ditubuhkan berasaskan semangat2 nenek moyang kita yang membuak2 demi mendapatkan kemerdekaan. Semangat ini merupakan semangat yang sama diperjuangakan sebelum adanya PKMM dan lain2. PKMM tidak berjaya satukan orang Melayu, tetapi UMNO. Pada masa itu, kita kena faham situasi politik dan keadaan tanah air. British memang dah jarah khazanah tanah air ini dengan begitu dashyat. UMNO hadir untuk lepaskan pengaruh british sedikit demi sedikit tanpa pertumpahan darah. Kita kena ingat, Orang Melayu pada ketika itu telah berasakan bahawa orang Cina dan India telah mengaut kekayaan bumi mereka sejak abad ke19. Jafi, orang MELAYU ada hak untuk tuntut apa yang dirampas. Itu pendapat saya.:-)
Maaf sebab salah taip di atas.hehe
Catat Ulasan