Khamis, 19 Jun 2008

Membilang Hari...


Semalam SAPP telah mengemukakan cadangan untuk usul undi tidak percaya terhadap PM pada sidang Parlimen Isnin ini. Tahniah buat SAPP kerana berani bangkit memperjuangkan nasib rakyat Sabah. Beberapa akhbar media perdana hari ini mengelarkan tindakan SAPP ini sebagai satu pengkhianatan. Saya tidak tahu mengapa isu ini digelar sebagai pengkhianatan? Adakah apabila kabinet Pak Lah menafikan hak subsidi minyak kepada rakyat hingga menyebabkan kehidupan rakyat terus terhimpit tidak dikira sebagai pengkhianatan? Pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara negeri-negeri Pantai Barat dengan negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak tidak dikira sebagai satu pengkhianatan? Saya hairan. Siapa khianat siapa??


Tahniah buat SAPP. Usaha anda insyallah akan membuka mata ahli Parlimen BN yang lain untuk mengikut arus perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat. Buat ahli, pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya kita persiapkan diri. Kita perlu terus-menerus menganjurkan dialog-dialog diantara semua parti Pakatan Rakyat bukan hanya diperingkat tertinggi tetapi juga diperingkat akar umbi. Perasaan, impian, harapan, ketidaksenangan dan apa jua perasaan yang disimpan antara semua ahli parti perlu dikongsi dan diluahkan dengan terbuka agar satu kata sepakat dapat dizahirkan demi kebaikan kerajaan yang bakal dibentuk dan lebih penting demi mentadbir negara dan negeri menjadi sebuah negeri yang berkebajikan dan jauh lebih baik untuk rakyat.


p/s- saya sekarang hanya membilang hari......

3 ulasan:

Syahir berkata...

A'kum bro! Sungguh menarik blog ini. Pertama kali saya berkunjung. Btw, sudilah lawati blog saya: www.gunungraya.blogspot.com

Saya berpendapat, jika UMNO sudah pulih dimana PakLah uNdur, saya doakan agar PAS keluar pakatan Rakyat dan berkerjasama demi Melayu dan Islam dengan UMNO. Itupun jika Ku Li atau Muhyiddin jadi PM!

Salam

Syahir berkata...

Askum bro! Saya akan add kamu di blog saya:-)! Terima kasih!

Walaupun kita berbeza perjuangan tapi kita boleh berkawan dan minum kopi spt ahli MP di Parlimen selepas sidang hehe!

r_feev berkata...

Hehe..
insyallah jika ada kelapangan dan umur