Khamis, 5 Jun 2008

Terima Kasih Pengundi BN sekalian!!!


Tahniah, Syabas, Terima Kasih, Bagus!!! Tiada lagi ungkapan-ungkapan baik yang dapat saya ucapkan buat semua pengundi BN pada PRU12 yang lalu kerana telah berjaya memastikan BN membentuk kerajaan pusat. Tidak sampai 100 hari kerajaan BN yang baru ini dibentuk mereka telah berjaya melaksanakan manifesto mereka - Harga Naik!!

Rakyat terus dibebani. Hidup makin tersempit. Harga makanan semakin meningkat. Rakyat golongan bawah yang selama ini hidup sekadar cukup makan dipaksa lagi untuk mengubah gaya hidup. Kepada apa saya tidak tahu? Sekonyong-konyong pemimpin Umno dan BN masih terus hidup dalam kemewahan dan kaum kerabat dilimpahi dengan jutaan pojek dan kontrak, NAMUN rakyat masih terus tertindas.

Isu rasuah, komisyen, projek itu dan ini, penyelewengan dana kerajaan masih lagi gagal dijawab oleh Pak Lah dan kabinetnya, TAPI rakyat terus ditekan dan dibebani dengan kenaikan harga petrol dan makanan. Taraf hidup rakyat meningkatkah?? TIDAK!! Tahap pendidikan masih lemah dengan sistem pendidikan yang terbukti gagal membentuk generasi bangsa yang berfikiran kelas pertama, perkhidmatan kesihatan baik sedikit sahaja dari Indonesia dan beberapa negara Afrika, tahap perkhidmatan kerajaan juga masih tidak secekap yang diharapkan dan rasuah dari segala peringkat masih berleluasa di Malaysia ini.

Terima Kasih sekali lagi buat semua pengundi BN kerana anda hidup kami seluruh rakyat Malaysia semakin gelap. Terima Kasih dan Syabas!!

Tiada ulasan: