Saya tertarik dengan artikel di Malaysiakini yang mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir di blognya mengenai kewujudan syarikat M-Trans yang dimiliki oleh Scomi (yang kita semua rakyat Malaysia sedia maklum anak siapa punya syarikat). Syarikat M-Trans didakwa bertanggungjawab untuk membekalkan bas kepada RapidKL dan mempunyai hak untuk mengimport bas untuk kegunaan RapidKL. Kesahihannya saya sendiri tidak pasti.
Namun apa yang menarik perhatian saya adalah Tun dengan berani mendedahkan perkara ini semata-mata untuk menjatuhkan lagi kredibiliti Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Saya tidak tahu apa dendam Tun terhadap Pak Lah tetapi dengan kenyataan terbaru Tun ini, seolah-olah menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Selama 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri, apakah tiada satu pun syarikat atau kontrak yang diserahkan kepada anak-anak dan kerabat Tun sendiri? Itu belum dikira kroni. Tidakkan isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1998 kerana DSAI tidak mahu meluluskan dana dari Petronas untuk menyelamatkan MISC - sebuah syarikat perkapalan milik seseorang yang rapat dengan Tun. Adakah ini benar? Saya tidak pasti namun ada eloknya jika Tun boleh menjawab isu ini di dalam blog beliau. Saya juga ingin bertanya bagaimana dengan penglibatan Dato' Mukhriz di dalam beberapa syarikat francais antaranya Relliance Group? Bagaimana pula dengan penglibatan Datuk Mokhzani di dalam SIC? Ada eloknya jika Tun mampu menjawab soalan-soalan ini daripada mendedahkan perkara isu bas ini kerana takut terpercik ke muka sendiri.
Tujuan saya bukanlah untuk menghina Tun. Saya menyanjung Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling unggul setakat ini kerana kebijaksanaannya dan daya pemikiran Tun. Saya sanjung. Namun bila saya melihat beberapa tindakan Tun akhir-akhir ini agak kurang elok untuk Tun sendiri kerana ianya secara tak langsung akan menjatuhkan maruah dan reputasi Tun sebagai seorang negarawan. Contoh mudah adalah dimanakah mereka yang dulu beria-ia menangis menyuruh Tun menarik balik perletakan jawatan Tun sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri? Mereka dengan sombong telah meninggalkan Tun. Bagaimana pula dengan rakyat dan generasi muda? Takut-takut satu masa nanti generasi muda akan lebih mengenali Tun sebagai 'perosak' negara (maaf untuk frasa yang digunakan) kerana telah berjaya menyebabkan negara berada dalam keadaan hutang yang bertimbun-timbun dengan kegagalan pengagihan ekonomi yang adil, merosakkan sistem kehakiman dan undang-undang dan yang paling penting menjadi Bapa Nepotisma Malaysia dan mewariskannya kepada pimpinan UMNO yang seterusnya.
1 ulasan:
Generasi muda tidak akan memandang Tun sebagai perosak jika mereka sedar apa yang Tun buat sebenarnya. Tun tidak dendam dgn Paklah tapi Tun anti dengan dasar Paklah yang menjual negara.
Jika diingati kembali sejak 2004, inilah perjuangan Tun yang cuba ditutup oleh pihak Khairy dan dolah.
1- Pembatalan Jambatan Indah yang sudah diluluskan sejak zaman Tun. Tiba2 digantikan dengan projek Iskandar Malaysia
2- Isu AP yang menjahanamkan syarikat Malaysia Proton.
3- Isu campurtangan Khairy dan budak tingkat 4dlm hal pentadbiran negara. Kuasa kementerian tidak lagi berguna sejak budak tingkat 4 yang pro Singapura dan kuasa Zionis ambil alih.
4- Rasuah RM 200 di Kubang Pasu
5- Isu ECM Libra yang terlibat dengan penipuan menerusi insider Trading
6- Wang Ehsan yang dibazirkan oleh Dolah dimana semua projek Patrick Lim dapat.
7- Isu Iskandar Malaysia atau SJER atau IDR yang ternyata merugikan Malaysia.
8- Isu kepentingan syarikat Malaysia yang dijual kepada Temasek Holdings.
Tetapi, kenapa Paklah dan Khairy tak jawab??
Negarawan sebenar akan berjuang demi bangsa, agama dan tanah air tanpa mengira tekanan luar dan dalam. Tun merupakan negarawan sebenar sebab perjuangkan nasib kita semua walaupun ada dikalangan kita membenci beliau.
tanpa mengira faktor umur, beliau tetap berjuang.
Pak Lah UNDUR SEGERA!
Lawan tetap lawan!
Catat Ulasan