ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... ALLAHUAKBAR... REFORMASI... REFORMASI... REFORMASI... KUASA RAKYAT... MAKKAL SAKTI... PEOPLE'S POWER...!!!!
Alhamdulillah... segala syukur hanya kepada Allah.. yang telah membukakan pintu hati rakyat Malaysia pada 8 Mac untuk melakukan satu perubahan yang tidak pernah terlihat lagi setakat ini di dalam sejarah penubuhan Malaysia hampir 47 tahun dulu. Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor akhirnya jatuh ke tangan Barisan Rakyat... Kelantan terus dikuasai Pas untuk 5 tahun yang akan datang... hampir menyapu bersih kerusi Parlimen di Kuala Lumpur dan lebih penting majoriti 2/3 BN di Parlimen berjaya dinafikan dengan bergaya sekali oleh Barisan Rakyat.
Melihatkan kepada keputusan yang mengagumkan ini... maka terbukti sekarang bahawa rakyat sudah muak dan jijik dengan tipu helah BN selama ini yang terus menerus menipu dan menyalahguna kuasa demi mengumpul kekayaan mereka sendiri hasil dari wang rakyat. Melihat kepada negeri-negeri yang berjaya ditawan Barisan Rakyat adalah di negeri-negeri Pantai Barat Malaysia yang kebanyakkan negeri mempunyai penduduk dari semua kaum utama Melayu, Cina dan India. Kebanyakkan kemenangan pembangkang juga adalah di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi. Melihatkan trend ini membuktikan bahawa isu pembangunan bukanlah isu yang mampu untuk menarik undi pengundi bandar. Mereka ini lebih fokus akan dasar-dasar asas politik contohnya rasuah dan salah guna kuasa, pembahagian peluang ekonomi yang adil dan juga isu sosial dan jenayah lebih menarik perhatian pengundi di bandar dan mereka dengan berani telah menunjukkan kuasa rakyat yang sebenar.
Ini adalah satu pengajaran yang cukup pahit buat BN dan semua penyokong mereka. Hanya dengan berbekalkan kemenangan dari negeri-negeri Selatan dan Timur Malaysia dan tidak lupa negeri mundur Perlis, BN berjaya juga membentuk kerajaan Malaysia. Tamparan ini mungkin bakal menjadi positif ataupun negatif buat BN dan UMNO khususnya. Positif dari segi ianya akan menyatukan semula ahli UMNO yang berpecah-belah sekarang ini atau Negatif dari segi dimana dua puak di dalam UMNO akan mula menuding jari untuk dipersalahkan. Namun buat orang Melayu janganlah melatah. Hak istimewa Melayu tetap terpelihara bukan seperti tuduhan-tuduhan rambang media yang sengaja ingin mewujudkan suasana ketegangan kaum. Pemimpin de facto PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan sendiri telah menyatakan bahawa hak Melayu dan agama rasmi Islam tidak akan diganggu gugat setelah pembangkang menang bahkan akan terus dikekalkan namun pengurusannya akan diperbahurui dengan lebih adil dan berhemah. Janganlah orang Melayu takut kerana ketuanan Melayu dan Islam tidak akan diganggu-gugat. Barisan Rakyat dalam manifesto mereka juga meletakkan janji bahawa Majlis Hal Ehwal antara kaum dan agama akan diwujudkan agar perhubungan antara kita semua lebih harmoni. Janganlah kita risau kerana Barisan Rakyat bukannya menang untuk menghancurkan negara tapi untuk menyelamatkan negara.
Buat semua Yang BerHEMAH yang telah dipilih rakyat SYABAS dan sesungguhnya tanggungjawab ini besar dan amat berat buat kita semua di Barisan Rakyat. Namun dengan tekad dan usaha Insyallah kita akan berjaya menunaikan janji kita kepada rakyat. Diingatkan juga janganlah kita mengulangi kesilapan ahli-ahli YB BN dahulu yang terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa kerana kita tidak mahu parti kita ditolak pula oleh rakyat kerana sebab yang sama.
TAHNIAH buat Rakyat Malaysia BARU...
Harapan BARU untuk semua demi MARUAH MALAYSIA....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan