
Namun masuk minggu kedua tempoh kempen pilihanraya... selepas seminggu menghantar tokoh-tokoh bacul Umno dan BN termasuklah beberapa tokoh akademik yang telah dibeli dengan wang atau pangkat untuk 'menyerang' Anwar.. akhirnya di awal minggu ini Pak Lah mula teringat semula akan hamba Allah yang bernama Anwar Ibrahim.. maka bersuaralah Pak Lah menyerang Anwar Ibrahim.. mempertikaikan apa yang dilakukan oleh Anwar sebagai Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Itu adalah sebahagian dari usaha-usaha Anwar untuk membela nasib rakyat ketika berada di dalam kerajaan. Sesungguhnya usaha Anwar untuk memulihkan UMNO dari dalam gagal apabila diseparuh jalan beliau disingkir dari kerajaan oleh Tun Dr Mahathir demi membela aset keluarga dan kroni-kroninya.
BN diketuai Pak Lah di saat-saat terdesak ini setelah melihatkan respon rakyat terhadap Anwar Ibrahim dengan jahat telah menggunakan media-media utama negara untuk menghentam Anwar. Anwar dikatakan 'sesumpah'.. dikatakan orang yang mengkhianati bangsa dan negara.. malah mantan Presiden Gerakan juga telah mengatakan bahawa Anwarlah orangnya yang membawa politik wang ke dalam UMNO. Mungkin si tua nyanyuk ini sudah lupa bahawa Anwar lah orang yang paling diharap dalam kerajaan dahulu untuk membanteras rasuah didalam kerajaan dan parti. Anwar itu sendiri sekarang ini adalah Harapan Baru untuk Malaysia.
Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, pengundi atau bukan pengundi.. sama-sama kita berdoa dan berharap agar satu perubahan dapat dilakukan selepas 8 Mac ini. Sesungguhnya Rasulullah dalam usaha baginda menyebarkan Islam, baginda telah melakukan Hijrah yang penting 1429 tahun dahulu demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Maka sebagai rakyat Malaysia yang terpelajar dan sudah muak dengan pembohongan, marilah kita lakukan satu anjakan paradigma dari keadaan sekarang ke arah kemajuan dan kejayaan Malaysia yang lebih gemilang dengan mendoakan kejayaan Barisan Rakyat 8 Mac ini.

Undi Untuk PERUBAHAN
Undi Sebelum PARAH
Undi Demi MARUAH....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan