Kabinet baru Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional baru sahaja diumumkan semalam tanggal 18 Mac 2008 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun sekarang saya lebih berminat mengenai kerajaan negeri Barisan Rakyat namun terpanggil juga saya untuk memberi pandangan mengenai kabinet yang baru dibentuk ini. Sebagai anak muda Malaysia saya menilai berdasarkan kepada manifesto BN sempena PRU 12 yang lalu iaitu Selamat, Aman, Makmur.
Selamat - Selamatkah Umno dan Barisan Nasional dengan banyak menteri lama dan yang tewas dalam PRU 12 yang lalu disingkirkan??? Selamatkah kedudukan Pak Lah dalam pemilihan UMNO akan datang dengan menyingkirkan ramai teman-teman Najib?? Selamatkah Pak Lah dari kecaman wanita apabila polisi 30% wanita dalam jawatan pembuat keputusan dan polisi kerajaan dibelakangi?? Namun 'selamat' juga Khairy tidak jadi menteri....
Aman - Amankah negara jika pemerintahan negara terus diterajui mereka yang terbukti mempunyai salah laku moral dan etika sebelum ini seperti Tan Sri Muhammad Taib dan Tan Sri Nazri Aziz?? Amankah UMNO selepas ini apabila banyak pemimpin kanan mereka seperti Tan Sri Sheikh Radzi dan orang pertama dan kedua wanita tidak dilantik sebagai menteri?? Amankah antara semua parti komponen Barisan Nasional melihatkan pembahagian kerusi menteri?? Namun 'aman' lah juga akhirnya Perlis tanpa Shahidan Kassim...
Makmur - Makmurlah harapnya Malaysia selepas ini jika Kabinet baru ini dikatakan kabinet pembaharuan. Makmurkah hubungan di antara semua ahli Umno apabila jurang di dalam parti semakin kelihatan selepas pengumuman kabinet?? Makmurkah Barisan Nasional apabila ada ura-ura sesetengah ahli parlimen mereka berminat menyertai Barisan Rakyat?? Namun 'makmur' hendaknya seluruh rakyat yang bernaung di negeri-negeri Barisan Rakyat dengan Agenda Ekonomi Malaysia...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan