Rabu, 5 Mac 2008

SPR - Suruhanjaya Penipu Rakyat


Hari ini dalam sejarah, Suruhanjaya Penipu Rakyat melalui pengerusinya yang berat sebelah telah mengumumkan akan pembatalan penggunaan dakwat untuk ditanda pada setiap pengundi 8 Mac ini. Memetik kata Naib Presiden Pas, Datuk Haji Husam Musa, ianya adalah satu tindakan yang tidak memeranjatkan. Ini mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi amat terdesak untuk mendapat mandat yang beliau anggap selesa bagi meneruskan pemerintahan beliau. Tindakan itu juga sekaligus menyebabkan ramai pihak semakin yakin bahawa kad-kad pengenalan palsu telah dikeluarkan secara besar-besaran untuk membolehkan seseorang pengundi mengundi sehingga berkali-kali.

Memang terbukti sudah bahawa kata-kata Tun Dr. Mahathir ada asasnya. Beliau menjangkakan bahawa pilihanraya kali ini adalah yang paling kotor dalam sejarah Malaysia. Kepincangan didalam SPR memang terserlah walaupun belum tiba hari pengundian lagi. Bermula dengan sebelum penamaan calon dimana SPR menuntut duti setem pada borang pencalonan namun pada saat akhir di hari pencalonan perkara itu dimansuhkan demi meng'halal'kan pencalonan beberapa calon BN yang tak sempat mematikan setem. Tindakan menggunakan pelbagai kemudahan kerajaan untuk tujuan kempen BN yang jelas melanggar akta pilihanraya langsung dibiarkan berleluasa di seluruh negara. Yang terbaru hari ini adalah apabila diumumkan pembatalan penggunaan dakwat kekal pada kuku pengundi. Pengumuman yang dilakukan oleh Tan Sri Rashid, sang penipu BESAR dengan ditemani Tan Sri Musa Hassan (Kaki Pukul Negara) dan juga Abdul Ghani Patail (Penipu Negara) jelas menunjukkan bahawa BN semakin terdesak menyaksikan kebangkitan rakyat yang terus menerus memenuhi ceramah-ceramah pembangkang dan tanpa takut menyatakan sokongan akan angin perubahan yang dibawa PKR, PAS dan DAP.

Dengan senarai daftar pemilih yang masih tidak BERSIH dan dicemari dengan hantu-hantu polong BN, memang tidak hairanlah jika BN boleh menang selama ini dalam pilihanraya-pilihanraya yang diadakan. Kesahihan dan ketelusan undi pos juga diragui memandangkan jumlah pengundi pos dikawasan-kawasan tertentu semakin meningkat dengan mendadak di beberapa kawasan yang fragile untuk BN. Demokrasikah negara ini jika satu-satunya saluran untuk rakyat mempertahankan hak mereka terus dicemari dan digunakan BN untuk memastikan terus kekuasaan mereka.

Marilah kita terus menguatkan tekad untuk melakukan satu perubahan yang tidak pernah terlihat lagi dalam sejarah Malaysia selama ini. Saya menyeru kepada semua pengundi agar kita terus menolak BN dan mengundi untuk Barisan Rakyat yang terus terang berjanji untuk membersihkan kerajaan dari rasuah dan salahguna kuasa yang selama ini terus bernanah dalam sistem pemerintahan negara kita. Jika dilihat pada iklan BN di media BN dalam dua minggu ini, kita semua memang berada di landasan yang betul.. landasan ke arah kehancuran dan kemunduran jika rakyat terus tertipu akan propaganda BN yang terus menerus memperbodohkan rakyat.



Undi untuk PERUBAHAN ke arah Negara Malaysia yang BERKEBAJIKAN, AMAN, BERSIH dan ADIL.




Tiada ulasan: