AUKU nama ringkas kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ini adalah salah satu isu penting di semua IPTA mahupun IPTS di Malaysia ini terutamanya kepada semua golongan mahasiswa. Mahasiswa yang rata-rata masih di umur awal dewasa ini secara fisiologinya memang berada di tahap di mana ideologi-ideologi pemikiran sedang sarat difikirkan dan ideologi mana yang bakal menjadi pilihan. Ketika peringkat umur ini jugalah mahasiswa lebih berani untuk berjuang menyatakan kebenaran dan menuntut akan keadilan dan kesaksamaan di dalam kehidupan. Suara-suara mereka lebih lantang dan mereka lebih mudah untuk bersatu dalam melakukan sesuatu perkara.
Namun di Malaysia, AUKU telah dengan terang merencatkan perkembangan mahasiswa hari ini. Kebebasan memilih dan bersuara tidak lagi menjadi keistimewaan untuk mahasiswa. Natijah dari pelaksanaan AUKU ini juga telah melahirkan generasi mahasiswa yang kebanyakannya tidak mempunyai jatidiri dan keyakinan yang mantap apabila menempuh alam pekerjaan. Hari ini jika kita lihat mahasiswa Malaysia yang berada di pasaran, komen-komen dari majikan kebanyakkannya mengatakan mereka tidak ada keyakinan diri dan takut untuk maju ke hadapan. Tidak mampu untuk berfikir secara proaktif dan lebih rela menerima arahan daripada membuat keputusan. Mengapa ini terjadi?? tak lain kerana AUKU...
Di IPTA saya sendiri yang terletak di Shah Alam, kebebasan untuk pelajar memilih MPP juga telah disalahguna oleh pihak universiti. Universiti saya ini yang tanpa gagal setiap tahun dimenangi oleh Pro-Aspirasi setiap tahun telah melaksanakan satu rencana kotor dan hina untuk merendahkan martabat pemikiran mahasiswa universiti saya. Pertama sekali semua pencalonan selain dari Pro-Aspirasi, maknanya yang tidak diluluskan oleh pentadbiran fakulti akan ditolak bulat-bulat walaupun syarat yang dikehendaki telah dipenuhi. Maknanya dalam erti kata lain, calon yang bakal bertanding telah dipilih dan telah disusun untuk bertanding. Mahasiswa tidak boleh dengan sendiri pergi mencalonkan diri sekiranya gagal mendapat label Pro-Aspirasi.
Kedua semua calon yang telah diterima untuk bertanding akan dihantar ke BTN untuk di'brainwash' bagi menjadikan mereka ini agen-agen parti pemerintah. Mereka ditipu dengan mengatakan bahawa jika Pro-Aspirasi menang di universiti, peruntukan lebih akan diberi kepada universiti berkenaan.
Ketiga pada hari pengundian, semua calon adalah mewakili Pro-Aspirasi dan mahasiswa dipaksa mengundi calon-calon 'badut' yang telah dipilih oleh pihak universiti. Maka akhirnya pilihan raya MPP menjadi pertandingan Pro-Aspirasi menentang Pro-Aspirasi. Namun tanpa segan-silu, pihak pentadbiran universiti masih mengarahkan pelajar untuk keluar mengundi, sedangkan kalau dilihat pada cara pilihan raya kampus itu dijalankan, ajar BERUK memangkah kertas undi pun dah cukup kerana pelajar tidak ada pilihan selain memilih calon-calon 'badut' ini.
Keempat, ketika diumumkan keputusan pilihanraya kampus, maka dengan bangga pihak pentadbiran universiti mengumumkan bahawa Pro-aspirasi menyapu bersih semua kerusi MPP di kampus pusat mahupun cawangan. Suratkhabar dipanggil dan tanpa segan mereka meraikan kemenangan mereka sedangkan apa yang dibuat secara terang telah memperbodohkan mahasiswa. Mereka dengan bangga mengatakan bahawa Pro-pembangkang telah tewas sedangkan sebuah pertandingan yang adil pun tidak dilaksanakan. Seterusnya 'badut-badut' yang menang ini dengan tanpa rasa malu dilantik menjadi MPP.
Maka dari senario di universiti saya ini, dapat dirumuskan bahawa pihak pentadbiran universiti dan kerajaan sendiri takut untuk memberikan kebebasan kepada pelajar untuk membuat pilihan. Menghalang mahasiswa untuk berfikir dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Martabat pemikiran mahasiswa dihina dan dilanyak dengan rasa takut dan penindasan. Hasil dari taktik kotor pentadbiran universiti saya ini juga, akhirnya wakil-wakil MPP yang dilantik gagal menjadi wakil kepada mahasiswa sebaliknya menjadi agen-agen universiti dan parti pemerintah untuk merekrut ahli-ahli cacai yang baru dan untuk buat memenuhkan program-program anjuran parti pemerintah. Begitulah hina dan jijiknya realiti politik kampus di universiti saya yang kononnya bertaraf dunia....

2 ulasan:
For a start, my personal advice to you is, to give opinion on matters that you 'really' know rather than giving your emotional generalisation ...
For the previous comment, what i wrote came from my own observations and what i've gone through.. maybe i do not know all what is going on but i feel i know much to make my own judgement and to give my emotional generalisation.. anyway thanks for your comment and looking forward to further comments in the future...
Catat Ulasan