Rabu, 20 Ogos 2008

Ramlang Porigi - Imam Sumpah Saiful


Ingin mengenali imam sumpah Saiful Bukhari Azlan lebih dekat; klik pada link-link di bawah yang dipaut pada blog Riwayat Hayat:-



Terpulang kepada pembaca blog ini untuk menilai sejauh mana kredibiliti upacara sumpah tempoh hari - dari cara kaedah, imam, hingga individu yang bersumpah. Saya tegaskan berhentilah 'bertopeng' menggunakan Islam. Moga kita semua di Malaysia ini dijauhi dari laknat bala Allah.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...

hebat lah brader,
imam pun dikutuk dan dipertikai jawatannya sekarang. segalanya atas nama politik ya.

bagaimana saudara yakin semua sumber saudara itu betul dan benar belaka?? tak pernah terlintas ke yg segalanya boleh dimanipulasi. kalau orang pakatan kata kerajaan ada konspirasi, brader ingat pakatan tak boleh buat konspirasi ka. guna otak lah brader.

apa brader nak buat kalau ditakdirkan yang DSAI itu memang betul2 peliwat dan pengkhianat bangsa? mesti brader kecewa kan.

kalau lah brader betul2 'mengenali' DSAI itu. mungkin brader sekadar mengenali DSAI dengan melihat dia berceramah, berjabat tangan, dan membaca semua buku pasal dia. tapi brader tak kenal dia macam mana masa dalam rumah kan. brader tak tau apa anak lelaki dia rasa dan macam mana keluarga dia terseksa hanya kerana DSAI punya impian. satu keluarga dia gunakan, isteri dan anak2 dia semua dia gunakan untuk mencapai cita2. lelaki apa kah itu??

kalau lah brader kenal dia 'betul2'. mudah2an satu hari nanti brader akan 'kenal' juga DSAI sebenar. mungkin lebih bermakna kalau brader mengenali dia sendiri daripada mendengar kata2 orang dari pelbagai sumber.

r_feev berkata...

Salam,
Saya berharap tuan tanpa nama dapat kemukakan bukti sahih kepada saya bahawa Anwar seorang peliwat. Jika benar, saya dengan sendiri akan tarik balik sokongan saya pada beliau....

Saya pinta cuma sekelumit bukti.. itupun jika ada...

r_feev berkata...

Salam,

Kepada tanpa nama.. saya mohon saudara guna nama samaran boleh.. supaya saya tahu yang saya berhujah dengan orang yang sama.. saja-saja untuk menambah 'kenalan'.. bukan apa tak sedap kalau asyik panggil tanpa nama..

kalau tuan keberatan, tidak mengapa.. teruskan membuat ulasan..

terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

bagi bukti macam mana pun brader tak akan percaya juga sebab brader dah taksub dengan orang tu.

biar lah brader sendiri mengenali anwar itu. dengan cara itu saja baru lah brader akan percaya tanpa merasa bahawa semua ini adalah konspirasi bn/umno saja.

saya ni kerdil je. tak mampu nak tunjuk bukti macam saiful tu. yang dulu percaya nak mampus dengan anwar. dah rasa baru tahu.

masa akan merungkai segalanya. allah lebih mengetahui. brader akan tahu juga satu hari nanti. saya tak nak campur dengan orang tu lagi.