Ahad, 29 Jun 2008

Kenyataan Media Anwar Ibrahim dari Kedutaan Turki

JUNE 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy.

Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia.

Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998.

The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections.

I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Anwar dituduh meliwat lagi!!!!

-petikan dari Malaysiakini.com -


Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bukhari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Jumaat, 27 Jun 2008

Sepi...

- Cinta tidak hanya datang sekali -

Saya berpeluang menonton filem karya pengarah Khabir Bhatia ini pada hari pertama ianya ditayangkan. Sebuah filem yang mengisahkan akan kesepian tiga insan bernama Adam, Sufi dan Imaan ini mengisahkan akan cinta yang dicari, yang hilang dan yang akhirnya berganti.

Awal cerita mengenai Adam (lakonan Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya yang masih belum menemui kekasih hati telah dipertemukan dengan Ilyana (lakonan Vanida) di sebuah majlis perkahwinan. Suasana romantis yang diwujudkan untuk dua watak ini berjaya mengusik hati saya sebagai penonton. Kehadiran Suzie (lakonan Nasha) menambahkan 'seri' akan kisah Adam dan Ilyana ini. Sufi (lakonan Tony) pula mengisahkan akan seorang suami yang hilang arah setelah kematian isterinya namun akhirnya menemui semula sebab untuk meneruskan hidup setelah bertemu dengan Marya (lakonan Eja) dan bagaimana taat dan setianya Marya sebagai isteri kepada suaminya walau hatinya telah terpaut pada Sufi. Namun di saat ada unsur 'kecurangan' di dalam watak Marya, saya agak kurang senang kerana ianya sedikit sebanyak mencemar watak 'isteri yang baik' Marya. Imaan (lakonan Baizura) yang masih dibayangi akan kekasih lamanya Khalil (lakonan Pierre) bertarung antara realiti dan fantasi apabila bertemu dengan Ean (lakonan Syed Hussein) menjadikan jalan cerita ini lebih menarik.


Saya harus memberikan pujian kepada Khabir Bhatia kerana berjaya melahirkan suasana yang cukup indah di dalam filem ini. Berlatar-belakangkan Kuala Lumpur, Khabir berjaya memberikan 'sentuhan ajaib'nya kepada seni sinematografi dengan melahirkan satu suasana yang cukup indah buat Kuala Lumpur. Syabas saya ucapkan buat Khabir. Pada saya Sepi adalah filem kedua yang benar-benar berjaya memaparkan atau mencerminkan keindahan sebenar bandaraya Kuala Lumpur selepas filem Cinta. Keseluruhan cerita ini bagus dan menyentuh hati.


Sepi - filem buat mereka yang putus cinta, belum menemui cinta atau kehilangan cinta. Buat mereka yang telah menemui cinta - Hargailah ia hingga ke akhir hayat anda.......


Selasa, 24 Jun 2008

Kesibukan...

Dalam beberapa hari minggu ini, kesibukan memenuhi jadual harian. Bebanan tugasan dan sesi pengajian sedikit sebanyak merentap semangat diri ini. Mula terasa sedikit sebanyak akan tekanan tahun akhir. Beberapa isu nasional yang berlaku sekarang ini hanya mampu saya ikuti dengan minat namun ulasan-ulasan terbaru mengenainya saya simpan kepada diri sendiri.

Ada teman yang bertanya mengenai program sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat. Sambutan berjalan lancar dan beberapa perkara yang diumumkan mengenai percapaian kerajaan PR menunjukkan betapa serius mereka ini dalam agenda merakyatkan ekonomi. Saya ucapkan syabas dan tahniah buat Tan Sri Khalid dan barisan exco kerajaan negeri kerana sedikit sebanyak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk 100 hari pertama. Namun yang menarik perhatian saya adalah mengenai OSCC atau One Stop Crisis Centre yang akan dinaik taraf untuk mengatasi masalah rogol, kesalahan seksual dan keganasan domestik. Saya rasa pihak kerajaan negeri perlu juga memikirkan apakah langkah-langkah perlu untuk mencegah jenayah-jenayah ini dari berlaku kerana bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur, tidak berguna lagi. Ada baiknya dalam 100 hari kedua ini YB Rodziah bisa memikirkan langkah-langkah preventif dalam mendepani isu-isu sosial ini.

Di majlis sambutan yang dihadiri oleh ribuan rakyat dan beberapa tokoh pembangkang dari PAS, PKR dan DAP ini, saya sedikit terkilan dengan cara bagaimana Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa masuk ke stadium kerana sedikit sebanyak ianya menghalang akses 'peminat' setia beliau untuk berjabat dan bertukar pandangan. Namun itu perkara kecil. Isu yang lebih menakutkan saya adalah apa akan berlaku kepada Pakatan Rakyat jika Dato' Seri Anwar Ibrahim ditakdirkan tiada lagi di muka bumi ini? Selesai sahaja Dato' Seri berucap dan perlu meninggalkan majlis lebih awal, hampir satu pertiga penonton yang hadir meninggalkan Stadium Shah Alam sedangkan masih ada dua tokoh yang akan berucap. Saya rasa kurang senang dan sedikit gusar akan kerjasama Pakatan Rakyat pada masa hadapan sekiranya ditakdirkan Dato' Seri tiada. Buat pendokong dan aktivis Pakatan Rakyat, saya cadangkan agar kita bermula dari sekarang untuk mempromosikan imej yang mampu meraih keyakinan rakyat bahawa kita ini berkerja sebagai satu pasukan dan tidak 'degil' mempertahankan ideologi masing-masing kerana Rasulullah sendiri mengajar toleransi antara semua kaum namun penuh berhikmah. Sikap kita perlu berubah dan perasaan syak wasangka itu perlu dibuang jauh-jauh.

Khamis, 19 Jun 2008

Membilang Hari...


Semalam SAPP telah mengemukakan cadangan untuk usul undi tidak percaya terhadap PM pada sidang Parlimen Isnin ini. Tahniah buat SAPP kerana berani bangkit memperjuangkan nasib rakyat Sabah. Beberapa akhbar media perdana hari ini mengelarkan tindakan SAPP ini sebagai satu pengkhianatan. Saya tidak tahu mengapa isu ini digelar sebagai pengkhianatan? Adakah apabila kabinet Pak Lah menafikan hak subsidi minyak kepada rakyat hingga menyebabkan kehidupan rakyat terus terhimpit tidak dikira sebagai pengkhianatan? Pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara negeri-negeri Pantai Barat dengan negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak tidak dikira sebagai satu pengkhianatan? Saya hairan. Siapa khianat siapa??


Tahniah buat SAPP. Usaha anda insyallah akan membuka mata ahli Parlimen BN yang lain untuk mengikut arus perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat. Buat ahli, pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya kita persiapkan diri. Kita perlu terus-menerus menganjurkan dialog-dialog diantara semua parti Pakatan Rakyat bukan hanya diperingkat tertinggi tetapi juga diperingkat akar umbi. Perasaan, impian, harapan, ketidaksenangan dan apa jua perasaan yang disimpan antara semua ahli parti perlu dikongsi dan diluahkan dengan terbuka agar satu kata sepakat dapat dizahirkan demi kebaikan kerajaan yang bakal dibentuk dan lebih penting demi mentadbir negara dan negeri menjadi sebuah negeri yang berkebajikan dan jauh lebih baik untuk rakyat.


p/s- saya sekarang hanya membilang hari......

Selasa, 17 Jun 2008

100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat...




Minggu ini menjadi antara minggu bersejarah buat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat - 100 hari BERKUASA... Saya mengucapkan Selamat Berkhidmat untuk semua wakil rakyat dan ahli kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang baru.

Beberapa langkah drastik dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat bolehlah dibanggakan. Namun begitu masih banyak ruang yang boleh diperbaharui. Dalam usaha semua Menteri Besar dan Ketua Menteri membawa perubahan untuk rakyat negeri masing-masing, pasti ada puak-puak yang akan terus menerus menabur fitnah dan mengadu domba di antara kita. Bersabar dan terus setia berada dalam satu barisan. Amatlah rugi jika pakatan yang telah dibina hancur kerana duri dalam daging. Kuasa itu diberi oleh rakyat dengan harapan namun kuasa itu juga datang dengan ancaman dan 'tarikan nafsu'nya yang tersendiri. Tetapkan iman dan terus rapatkan barisan, teruslah setia kepada pemimpin yang kita pilih selagi mereka ini tidak menyeleweng dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah kita beri sebagai rakyat. Tegurlah mereka dan suarakan pandangan dan permasalahan anda kepada mereka kerana mereka ini saya percaya jujur dan ikhlas berkhidmat untuk kita bukan seperti beberapa pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.

Teruskan usaha anda dan terus membela nasib rakyat kerana jika anda gagal, saya dan jutaan rakyat Malaysia yang lain dengan sendiri akan menurunkan anda semua dari tampuk kekuasaan seperti apa yang berlaku pada parti Barang Naik pada 8 Mac lalu.


Rabu, 11 Jun 2008

Pabila Bapa Nepotisma tegur Bapa Nepotisma....


Saya tertarik dengan artikel di Malaysiakini yang mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir di blognya mengenai kewujudan syarikat M-Trans yang dimiliki oleh Scomi (yang kita semua rakyat Malaysia sedia maklum anak siapa punya syarikat). Syarikat M-Trans didakwa bertanggungjawab untuk membekalkan bas kepada RapidKL dan mempunyai hak untuk mengimport bas untuk kegunaan RapidKL. Kesahihannya saya sendiri tidak pasti.

Namun apa yang menarik perhatian saya adalah Tun dengan berani mendedahkan perkara ini semata-mata untuk menjatuhkan lagi kredibiliti Pak Lah sebagai Perdana Menteri. Saya tidak tahu apa dendam Tun terhadap Pak Lah tetapi dengan kenyataan terbaru Tun ini, seolah-olah menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Selama 22 tahun Tun menjadi Perdana Menteri, apakah tiada satu pun syarikat atau kontrak yang diserahkan kepada anak-anak dan kerabat Tun sendiri? Itu belum dikira kroni. Tidakkan isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1998 kerana DSAI tidak mahu meluluskan dana dari Petronas untuk menyelamatkan MISC - sebuah syarikat perkapalan milik seseorang yang rapat dengan Tun. Adakah ini benar? Saya tidak pasti namun ada eloknya jika Tun boleh menjawab isu ini di dalam blog beliau. Saya juga ingin bertanya bagaimana dengan penglibatan Dato' Mukhriz di dalam beberapa syarikat francais antaranya Relliance Group? Bagaimana pula dengan penglibatan Datuk Mokhzani di dalam SIC? Ada eloknya jika Tun mampu menjawab soalan-soalan ini daripada mendedahkan perkara isu bas ini kerana takut terpercik ke muka sendiri.

Tujuan saya bukanlah untuk menghina Tun. Saya menyanjung Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia yang paling unggul setakat ini kerana kebijaksanaannya dan daya pemikiran Tun. Saya sanjung. Namun bila saya melihat beberapa tindakan Tun akhir-akhir ini agak kurang elok untuk Tun sendiri kerana ianya secara tak langsung akan menjatuhkan maruah dan reputasi Tun sebagai seorang negarawan. Contoh mudah adalah dimanakah mereka yang dulu beria-ia menangis menyuruh Tun menarik balik perletakan jawatan Tun sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri? Mereka dengan sombong telah meninggalkan Tun. Bagaimana pula dengan rakyat dan generasi muda? Takut-takut satu masa nanti generasi muda akan lebih mengenali Tun sebagai 'perosak' negara (maaf untuk frasa yang digunakan) kerana telah berjaya menyebabkan negara berada dalam keadaan hutang yang bertimbun-timbun dengan kegagalan pengagihan ekonomi yang adil, merosakkan sistem kehakiman dan undang-undang dan yang paling penting menjadi Bapa Nepotisma Malaysia dan mewariskannya kepada pimpinan UMNO yang seterusnya.


Jumaat, 6 Jun 2008

Isu minyak Malaysia...

-petikan dari Syed Zulkarnain-

Semalam dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan harga minyak di Thailand, Singapore, Filipina dan Vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?Hujah seperti inilah yang di gunakan oleh barisan pemimpin untuk memperbodohkan orang kampung.
Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)
Malaysia RM 2.70
Iran RM 0.29

Venezuela RM 0.16

Turkemenistan RM 0.39

Arab Saudi RM 0.19

Mesir RM 0.81


Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan malaysia pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berapa kerat orang yang dapat faedah dari koridor pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion setahun.Kerajaan bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak, malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??
Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-
Allocation untuk mega projek:-
Koridor utara : RM17.5 billion
Koridor timur : RM112 billion
Wilayah iskandar :RM47 billion
Koridor sabah :105 billion
Koridor Serawak :107 billion

Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa nak tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?

Khamis, 5 Jun 2008

Terima Kasih Pengundi BN sekalian!!!


Tahniah, Syabas, Terima Kasih, Bagus!!! Tiada lagi ungkapan-ungkapan baik yang dapat saya ucapkan buat semua pengundi BN pada PRU12 yang lalu kerana telah berjaya memastikan BN membentuk kerajaan pusat. Tidak sampai 100 hari kerajaan BN yang baru ini dibentuk mereka telah berjaya melaksanakan manifesto mereka - Harga Naik!!

Rakyat terus dibebani. Hidup makin tersempit. Harga makanan semakin meningkat. Rakyat golongan bawah yang selama ini hidup sekadar cukup makan dipaksa lagi untuk mengubah gaya hidup. Kepada apa saya tidak tahu? Sekonyong-konyong pemimpin Umno dan BN masih terus hidup dalam kemewahan dan kaum kerabat dilimpahi dengan jutaan pojek dan kontrak, NAMUN rakyat masih terus tertindas.

Isu rasuah, komisyen, projek itu dan ini, penyelewengan dana kerajaan masih lagi gagal dijawab oleh Pak Lah dan kabinetnya, TAPI rakyat terus ditekan dan dibebani dengan kenaikan harga petrol dan makanan. Taraf hidup rakyat meningkatkah?? TIDAK!! Tahap pendidikan masih lemah dengan sistem pendidikan yang terbukti gagal membentuk generasi bangsa yang berfikiran kelas pertama, perkhidmatan kesihatan baik sedikit sahaja dari Indonesia dan beberapa negara Afrika, tahap perkhidmatan kerajaan juga masih tidak secekap yang diharapkan dan rasuah dari segala peringkat masih berleluasa di Malaysia ini.

Terima Kasih sekali lagi buat semua pengundi BN kerana anda hidup kami seluruh rakyat Malaysia semakin gelap. Terima Kasih dan Syabas!!

Rabu, 4 Jun 2008

Harga petrol naik lagi..


Harga petrol diumumkan naik oleh kerajaan pusat hari ini - 78 sen untuk petrol dan 92 sen untuk diesel. Maka terbukti sudah ramalan bahawa jika BN menang pilihanraya, harga petrol akan naik. Namun begitu bolehkah BN dipersalahkan? Mungkinkah ini kerana desakan harga pasaran global? Atau kurangnya produksi petrol oleh negara-negara pengeluar?

Dalam sibuk saya memikirkan kemungkinan sebab kenaikan harga ini, ada lebih banyak perkara yang merunsingkan menerjah kotak fikiran saya. Bagaimana dengan harga bahan mentah selepas ini? Harga makanan? Harga pengangkutan? Harga perkhidmatan? Takut-takut semakin bertambah besar jurang antara golongan kaya dan miskin...

Nak isi 'full' ke malam ni??!!

Selasa, 3 Jun 2008

Tahun terpenting dalam hidupku..


Semalam sebenarnya telah bermula tahun terpenting dalam hidup ini - Tahun Akhir pengajianku di universiti. Insyallah dalam masa tidak sampai 10 bulan lagi peperiksaan akhir akan bermula. Demi mengenggam segulung ijazah dan mencapai apa yang dicita-citakan selama ini, aku perlu lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

"KepadaMu Allah, aku bermohon agar Kau tetapkan imanku dan kuatkan semangatku untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan yang bakal kutempuhi. Kau peliharalah diriku ini dari semua perkara-perkara yang melalaikan dan lindungilah diriku ini dari segala musibah. Kau berikanlah aku kesihatan dan daya tumpuan agar dapat aku pertajamkan ilmu-ilmu yang sedia ada dan yang bakal diterima. Hanya kepadaMu Ya Allah, aku berdoa dan berharap dan hanya kerana keredhaanMu jua yang kutagih dengan segala usaha yang bakal aku kerahkan ini... Amin"

Salam Kembali...


Enam hari berada di luar Malaysia benar-benar menyeksa jiwa ini kerana ketiadaannya berita mutakhir dari tanah air. Barulah terasa benar diri ini akan perasaan cinta dan rindu yang amat mendalam akan tanah airku Malaysia dan mereka yang bernaung di bumi bertuah ini.

Pengembaraan ku ke 'pesisiran emas' di benua yang terletak di hemisfera selatan baru-baru ini telah mengajar ku beberapa perkara tentang tamadun hidup manusia dan cara sebuah kerajaan yang baik tentang bagaimana mereka menjaga kebajikan rakyat mereka yang memang terlampau jauh standardnya jika dibandingkan dengan Malaysia. Dari segi pendidikan, kesihatan dan juga ekonomi. Keadilan dan ketegasan bergerak seiringan di benua ini dan kestabilan tetap tercapai.

Namun begitu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Insyallah dengan beberapa perubahan yang berlaku sekarang di Malaysia, kita yang bakal menerajui negara menjelang 2020 akan mampu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih baik dan bertamadun dengan mentaliti rakyatnya yang kelas pertama. Insyallah dan saban hari saya berdoa.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali bangsa itu sendiri mengubahnya"