Isnin, 3 November 2008

Hari ini dalam sejarah - 2 November 2008

Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Najib Razak kerana hari ini beliau telah diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden UMNO selepas beliau menerima pencalonan yang ke 133 dari UMNO Bahagian Cameron Highlands. Hari ini dalam sejarah, anak kepada mantan Perdana Menteri bakal ditabal sebagai Perdana Menteri Malaysia (jika mengikut kepada tradisi UMNO). Ini juga merupakan kali kedua Presiden UMNO adalah seorang yang berasal dari negeri Pahang. Najib Razak juga akan menjadi Presiden UMNO yang paling kontroversi dalam sejarah dengan beberapa skandal moral yang hangat diperkatakan sekarang. Najib Razak adalah contoh kepada betapa tebalnya pengaruh feudal dalam sistem demokrasi negara kita. Hari ini dalam sejarah juga kerana tidak lama lagi UMNO dan Malaysia akan mendapat Presiden parti dan Perdana Menteri wanita yang pertama (kerana Najib sebenarnya proksi kepada Bik Mama).

Hari ini dalam sejarah - 2 November 2008


3 ulasan:

Syahir berkata...

Hari ini dalam sejarah. Meskipun Najib mempunyai kredibiliti hampas, namun dari segi pentadbiran first class. Saya rasakan beliau dapat memakmurkan negara ini dari segi ekonomi dan politik. Cuma dari segi agama...paham2 sajalah hehehe.

Akar umbi dah menyokong Najib. Mereka lebih rela dapat Najib berbanding Sultan Abdullah Menantu Dijunjung itu.

Welcome Home Tun.

Saya rasakan ini akan dipilih oleh perwakilan UMNO.

Presiden - Najib Abdul Razak

Timbalan - Muhyiddin Yassin

Naib-

1- Rais Yatim
2- Shafiee Afdal
3- Hishamuddin Tun Hussein

Ketua Pemuda - Mukhriz Mahathir Mohamad Iskandar

Timb Pemuda - Razali Ibrahim

Wanita - Rafidah Aziz

Tim Wanita - Shahrizat

Penasihat UMNO, Kerajaan dan Menteri Mentor - TUN Dr. MAHATHIR MOHAMAD

Najwan Halimi berkata...

Kenapa tiba2 nak ada penasihat UMNO dan menteri mentor pulak?

Tak relevan.

r_feev berkata...

kesian pulak tgk puak2 pro-mahathir ni.. agaknya kalu mahathir ni boleh diklon.. depa klon dah dan letak kat setiap negara kat dunia ni untuk jadi pemerintah...