Rabu, 29 Oktober 2008

Kembali ke Zaman Gelap..



Melihat kepada senario semasa politik negara, kedudukan Najib dan Muhyiddin di dalam UMNO semakin kukuh melihat kepada jumlah pencalonan yang diterima. Kedudukan Mukhriz yang jauh meninggalkan Khairy dan Khir Toyo juga menyaksikan kem yang diwakili Najib - Muhyiddin - Mukhriz bakal berjaya menguasai jumlah undian pada Pemilihan UMNO Mac depan. Momentum 'Projek 16 September' Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat juga semakin lesu diperingkat akar umbi dengan ramai yang hilang semangat dan mula mengeluh kesah. Prestasi kerajaan-kerajaan baru juga menghadapi tekanan yang cukup besar dari majoriti rakyat yang mahukan perubahan drastik berlaku. Sekarang ini juga sudah ada cakap-cakap yang mengatakan kerajaan baru sekarang tidak jauh bezanya dengan kerajaan dahulu. Selain itu suasana dalaman parti juga agak meresahkan. Pertembungan golongan populis dan akar umbi secara terang-terangan menyebabkan beberapa bahagian masih gagal mewujudkan satu rangka kerja yang kukuh. Namun aku berharap suasana kejutan budaya ini akan beransur pulih dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Perkara yang lebih merisaukan aku adalah suasana sekarang yang menyaksikan peralihan Malaysia kembali ke Zaman Gelap Mahathir. Kebebasan suara, keharmonian demokrasi dan budaya 'check and balance' yang subur sekarang ini berkemungkinan besar akan kembali ditekan, dipijak, dibenamkan, dipenjarakan dengan penggunaan akta drakonian yang masih bernyawa dan segar di Malaysia ini. Pada Mahathir, menjadi satu perkara besar yang cukup memalukan lagi menghina andai Anwar Ibrahim berjaya 'merampas kuasa' tempoh hari dan dilantik menjadi Perdana Menteri. Maka dalam beberapa bulan yang akan datang ini, Mahathir akan memastikan calon pilihannya berjaya memegang tampuk pemerintahan negara supaya segala pekong-pekong busuk dan bernanah Mahathir selama ini akan terus terkubur ditutup oleh boneka-boneka yang dikawalnya.

Saban hari aku terus berharap agar kita semua tidak akan kembali semula ke Zaman Gelap Mahathir kerana keperitan selama 10 tahun hidup diperbodohkan dan diinjak-injak minda dan fikiran tidak lagi sanggup aku hadapi. Aku akan terus berharap dan mengharap......


2 ulasan:

Syahir berkata...

Terima kasih atas komen kritis anda di blog saya. Saya amat alu-alukan. Cuma saya fikir, adalah tak molek nak katakan Tun Mahathir itu manusia gila dan nyanyuk. Saya berpendapat, pemerintahan Tun adalah paling cemerlang, gemilang dan terbilang berbanding Pak Lah yang sebenarnya kuku besi dan menolak kekebasan bersuara untuk kebenaran. Ya mungkin beliau dikatakan Bapa Demokrasi Malaysia, tetapi hanya membenarkan kekebasan bersuara mengikut apa yang mereka suka dengar saja. Mereka takut apa yang diutarakan oleh Tun sepanjang 4 tahun ini akan dirungkai ke lubang cacing berbanding 'kebenaran' yang dibawa oleh Pakatan Rasuah. Opps!

Saya rasakan era pemerintahan Tun perlu kembali dan beliau wajar diberikan Menteri Mentor supaya dapat menjana kemajuan, kesejahteraan politik, ekonomi dan sosial di negara yang kini terumbang ambing dek pengaruh menantu, kroni dan suku sakat perasuah2 ini.

Jangan risau. Mahathir akan hadir sebagai penyelamat bangsa, agama dan tanah air sekali lagi.

Welcome Home, Tun! :-)

Syahir berkata...

Terima kasih atas komen kritis anda di blog saya. Saya amat alu-alukan. Cuma saya fikir, adalah tak molek nak katakan Tun Mahathir itu manusia gila dan nyanyuk. Saya berpendapat, pemerintahan Tun adalah paling cemerlang, gemilang dan terbilang berbanding Pak Lah yang sebenarnya kuku besi dan menolak kebebasan bersuara untuk kebenaran. Ya mungkin beliau dikatakan Bapa Demokrasi Malaysia, tetapi hanya membenarkan kekebasan bersuara mengikut apa yang mereka suka dengar saja. Mereka takut apa yang diutarakan oleh Tun sepanjang 4 tahun ini akan dirungkai ke lubang cacing berbanding 'kebenaran' yang dibawa oleh Pakatan Rasuah. Opps!

Saya rasakan era pemerintahan Tun perlu kembali dan beliau wajar diberikan Menteri Mentor supaya dapat menjana kemajuan, kesejahteraan politik, ekonomi dan sosial di negara yang kini terumbang ambing dek pengaruh menantu, kroni dan suku sakat perasuah2 ini.

Jangan risau. Mahathir akan hadir sebagai penyelamat bangsa, agama dan tanah air sekali lagi.

Welcome Home, Tun! :-)