Sabtu, 19 Julai 2008

Isu Pas - UMNO...

Umno disaat ini kelihatan semakin terdesak dengan cuba melaga-lagakan antara ahli Pakatan Rakyat dalam usaha mempertahankan kekuasaan dan kekejaman mereka. Pendedahan yang dibuat pada blog Malaysia waves ada baiknya kita perhalusi dan siasat sebaik mungkin kerana jika benar Pas akhirnya menyertai BN, maka segala usaha rakyat selama ini hancur dan para pimpinan Pas yang terlibat dalam usaha penggabungan ini saya katakan (secara peribadi) bahawa ianya satu pengkhianatan terbesar yang mereka pernah lakukan terhadap orang Melayu Islam di Malaysia.

Pada ketika ini, BN dan UMNO terutamanya, semakin tertekan dan kelemasan. Kuasa mereka sekarang sudah berada di hujung perjalanan. Melihat kepada beberapa langkah mereka akhir-akhir ini semakin membuktikan akan keterdesakan mereka untuk mempertahankan kuasa. DSAI ditangkap, Shabery Cheek tewas dalam debat, BTN terus disalahguna untuk memburukkan DSAI, malah diperingkat universiti juga ada usaha untuk memaksa pelajar memberi sokongan kepada UMNO dengan anjuran 'program-program pencerahan' bertopengkan nama Ketuanan Melayu. Media terus disalahguna. Nasihat saya pada media yang bodoh dan buta tuli dan juga membabi buta ini, lebih baik tak payah datang sidang media pembangkang kalau terus-menerus melakukan penipuan dan fitnah. Rakyat dah jijik!

Saya berdoa saban hari moga pengabungan Pas dan UMNO tidak akan berlaku kerana saya masih teringat pesanan TGNA dimana Rasullulah saw pernah berpesan bahawa jika kamu memasukkan tangan kamu ke dalam satu lubang dan kemudian dipatuk, janganlah kamu masukkan tangan kamu ke lubang yang sama dua kali. Ingatlah wahai pimpinan Pas yang terlibat dalam usaha seperti ini - anda adalah PENGKHIANAT kepada Islam dan Melayu andai perjuangan kami rakyat selama ini terkubur dek kerakusan dan ketamakan anda sekalian.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haaa kadang2 nk gelak pun ada kepada puak xtream cm ko nie.. lek ahh beb kalau penggabungan itu memberi kebaikkan apa salahnya kan...

jangan terlalu cepat melatah... selalu berfikiran positif laa..

inikan politik ko br ja nk kenal politik dlm politik apa2 pun boleh berlaku.. musuh boleh jd kawan n kawan pun boleh jd musuh jd kita hanya tunggu dan lihat sahaja laa..

aku bukan laa belajar medik ka psyco ka.. bahagian enjin aku tau laa tp aku ada satu rahsia nk bagi tau ko.. sebenarnya DSAI ada sejenis penyakit dlm kata lain "Histrionic Personality Disorder"
ko budakmedik lagi tau kalau xtau ko search jaa mudah..

Tanpa Nama berkata...

Bagi mereka yang benar-benar mengenali DSAI, memang giling kepala tengok fe'el dan perangai bebudak sekarang ni. Membuta tuli mempercayai... Mengapa mereka tak pergi siasat betul-betul.