Berbekal sedikit pengalaman saya berdebat di bangku sekolah dahulu, secara jelas, jika kita bicara dari segi fakta dan realiti, Dato' Seri Anwar Ibrahim bisa diisytihar sebagai pemenang dalam perdebatan sebentar tadi. Buat mereka yang terlepas untuk menonton debat yang berlangsung tadi boleh melayari link ini untuk ulasan atau menonton secara online melalui link ini.
Serangan peribadi menjadi tema hujah sang Menteri Penerangan, manakala sang Rajawali Anwar Ibrahim dengan bijaksana mengemukakan hujah berdasarkan fakta dan angka sahih dari laporan-laporan ekonomi rasmi. Jika dilihat dari pusingan debat yang berlangsung, maka saya katakan Anwar tewaskan sang Menteri 4 berbalas 0.
Moga dari pendebatan ini, rakyat akan lebih jelas siapa yang benar-benar mengambil berat akan masalah rakyat dan berani berjuang untuk mereka walaupun maruah diri sendiri hampir tergadai dek fitnah jahat dan pembohongan yang terus-menerus ditabur demi mengelirukan lagi pemikiran rakyat.
p/s- buat pengunjung blog, sila undi pada poll yang disediakan berkaitan Debat Minyak : Hari Ini Tubuh Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak
2 ulasan:
Bagi aku debat tadi tida siapa yang menang atau kalah. Masing-masing menyuarakan pandangan masing-masing.
Bagi yang menyokong kuat dato seri mereka akan mengatakan bahawa dato seri hebat, tp bagi yg masih berpegang kuat menyokong kerajaan mereka akan mengatakan tiada perkara penting yang dikatakan oleh dato seri.
Kita tidak dapat nafikan serangan peribadi yang diberikan oleh Dato ASC agak pedas huhhh… tapi dia sendiri mau ingat dia (dato ASC) dahulu pun siapa…
Kadang-kadang kita mudah untuk berkata-kata tapi untuk melakukannya bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Apa yang menghairankan aku sekarang kenapa orang yang sanggup menyahut cabaran ini perlu dipecat…. Sedangkan dia(Dato ASC) telah membuat sesuatu perubahan yang belum pernah dibuat sebelum ini dan adakah suatu perkara penting untuk menentukan siapakah yang menang atau kalah dalam perdebatan ini……
Pihak pembangkang perlu untuk memperbiki ataupun menyedarkan pihak kerajaan yang ada sekarang dari terus dok lena dibuai mimpi dan bekerja lebih kuat….
Matlamat kedua-dua belah pihak adalah sama tetapi janganlah sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita yang diingini.
Apa-apapun kita patut memberi pujian kepada pihak yang mengganjurkan perdebatan ini…. Diharap selepas ini banyak lagi perdebatan sebegini akan diadakan. Boleh laa Dato seri memberi pendapat dan kritikan dia yang bernas tu secara terbuka…… n tak perlu laa dia nak jaja pendapat dia yang bernas tu tepi jalan…
Salam saudara/i tanpa nama,
Benar keberanian Datuk ASC harus diberi pujian. Ini adalah budaya baru dalam masyarakat Msia dan saya juga setuju dengan saudara agar diperbanykkan penganjuran debat-debat seperti ini agar rakyat lebih bebas membuat perbandingan dan penilaian yang telus.. Maklumat dan fakta tidak harus lagi disekat.. Debat seperti ini bisa menjana pemikiran rakyat untuk membentuk sebuah generasi yg lebih baik di masa depan..
Namun dalam berdebat.. kurang 'ummph'nya jika kita tidak menilai siapa menang dan siapa kalah.. ini hanyalah penilaian peribadi saya dan beberapa juta rakyat Msia.. namun pada pandangan saya, matlamat utama debat ini untuk mengumpulkan idea, langkah2 yang bisa diketengahkan untuk mentadbir ekonomi negara dgn lebih baik telah tercapai walaupun di sebelah pihak serangan peribadi menjadi pilihan..sekarang terpulang pada Kerajaan BN untuk mengambil idea ini atau masih meneruskan agenda polisi menekan rakyat...
tahniah pada Agenda Daily dan TV swasta.. namun malu untuk RTM dan menterinya kerna di hujung debat dgn tidak malunya cuba menumpang sekaki kononnya debat ini bukti keterbukaan kerajaan BN...
Yang Benar tetap Benar dan yang Salah tetap Salah.. Andai PR sendiri membuat kesilapan.. ianya wajar ditegur dan diperbetulkan secepat mungkin..
Nota untuk masa depan (andai ada lagi debat seumpamanya dianjurkan); haruslah pendebat2 melakukan kajian atau kata Inggerisnya 'homework' yang lebih mendalam dalam isu yang didebatkan.. terus-terang saya katakan bukan sebagai penyokong Anwar.. tp sebagai rakyat.. nyata Datuk ASC gagal membuat 'kerja rumah'nya dan sedikit sebanyak merencatkan aliran hujah ketika debat sebentar tadi...
Isu Pak Lah harus pecat ke tidak ini adalah rentetan pertaruhan jawatannya sendiri oleh sang Menteri andai dia gagal menerangkan dan mempertahankan kerajaan BN dalam debat tadi.. dari pemerhatian saya dia gagal kerna soalan dari Saudara Zulkipli (wakil DSAI) yang memang menyentuh mengenai dasar kerajaan, Datuk ASC gagal menjawabnya.. Saya kurang gemar untuk menyentuh mengenai hujah Datuk ASC dalam pusingan lain debat kerna serangan peribadi terus-menerus diguna sebagai hujah...
Terima Kasih atas ulasan anda Tanpa Nama...
Catat Ulasan