Jumaat, 4 Julai 2008

Minggu yang panjang...


Liwat, Akuan Bersumpah, Fitnah, Nafi, Drama, Protes, Anwar, Saiful, Najib, Musa Hassan, Ghani Patail - antara perkataan-perkataan dan nama yang memenuhi dada-dada akhbar, blog dan juga media massa Malaysia dalam minggu yang cukup panjang ini. Isu-isu panas yang melanda negara hari ini sedikit sebanyak 'merentap jiwa' saya selaku rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Jika 10 tahun lalu negara digemparkan dengan isu liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim hingga menyebabkan kepada kebangkitan gerakan Reformasi di kalangan rakyat Malaysia, minggu ini negara digemparkan sekali lagi dengan isu yang sama. Pendirian saya mengenai isu ini jelas. Siapa juga yang benar akan Allah lindunginya dan saya yakin janji Allah bahawa kebenaran jua yang akan mengatasi kebatilan. Maka saya menyeru kepada pembaca-pembaca blog ini agar terus bersabar, berdoa dan berhajat pada Allah agar kebenaran akan terserlah jua.

Reformasi yang dituntut (seperti yang diperkatakan dalam Riwayat Hayat) bukanlah hanya untuk seorang individu bernama Anwar Ibrahim. Memang beliau adalah pencetus kepada kebangkitan ini namun harus diingat apakah matlamat utama gerakan Reformasi itu. Reformasi menuntut akan perubahan drastik dalam sistem politik negara yang menjulang hak rakyat dan terus membela nasib rakyat. Reformasi juga adalah untuk menjamin demokrasi dan perlembagaan negara dihormati. Reformasi adalah untuk mengubah daya pemikiran rakyat agar menjadi lebih kritis dan maju seterusnya mencapai tahap sebagai warganegara berfikiran kelas pertama. Reformasi juga menuntut kepada perpaduan hakiki antara semua kaum di Malaysia demi mewujudkan sebuah masyarakat madani.

Sedarlah wahai pejuang Reformasi sekalian. Perjalanan kita masih jauh. Matlamat kita bukanlah Putrajaya semata-mata. Matlamat kita adalah mewujudkan kerajaan adil, berkebajikan dan telus demi melahirkan satu bangsa Malaysia yang lebih dinamik, maju dan bertamadun dan juga mempunyai tahap akhlak dan ilmu yang tinggi agar kita semua mampu hidup sebagai satu masyarakat yang aman dan madani seterusnya maju seiring dengan pembangunan dan kemakmuran negara. Itulah matlamat kita.


8 ulasan:

Syahir berkata...

Keadilan apa jika Pakatan Rakyat dibawah teraju PKR lebih menyerahkan hak orang Melayu kepada DAP? Melayu hari2 tergadai kerana orang Melayu sendiri. Saya tak nafikan UMNO dibawah pemimpin Dollah dan Keri turut gadaikan hak orang Melayu.

r_feev berkata...

Salam saudara Syahir...
Saya tertanya hak apa orang Melayu yang benar-benar telah tergadai ni??

Syahir berkata...

Sampai bila2 pun DAP konsisten dengan semangat Malaysian Malaysia yang diwarisi melalui PAP. Mereka tidak langsung faham akan sejarah atau sirah orang Melayu sebelum 1957, sebelum 1947, 200 tahun sebelumnya, 300, 500, 1000, 1500 tahun sebelumnya..

Hanya UMNO (UMNO sebelum Dolah) yang pertahankan hak istimewa. Kita kena faham, perpaduan kaum di Malaysia bergantung kepada Melayu. Tetapi bukan Cina dan India. Jika Melayu berasa terancam di mana hak mereka tergadai spt hak Raja, Hak Bahasa, Islam dan lain2..mereka akan memberontak.

Kita tidak boleh ingat semua pemikiran orang bandar sama dengan luar bandar. Melayu bandar berapa kerat saja..Mereka tidak seharusnya lupa bila mereka dah kaya, pandai dan bijaksana, mereka yang mula2 nak hapuskan hak bangsa sendiri.

Malaysia merupakan negara yang unik di dunia. Suasana politik kita berbeza dengan suasana negara lain. Kehidupan kita berbeza...

r_feev berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
r_feev berkata...

Salam...

Saya menganggap pandangan saudara syahir adalah lebih kepada sebuah sentimen yang memang telah ditanam selama ini kedalam minda kita oleh puak2 UMNO.

Sejarah membuktikan- UMNOlah yang telah secara lansung menerima pembukaan kerakyatan kepada orang Cina dan India pada saat penubuhan persekutuan. Pemimpin UMNO jugalah yang menyimpan sekonyong-konyong kroni dikalangan bukan bangsa Melayu. Ketua-ketua bahagian UMNO jugalah selama ini sebelum Pak Lah lagi telah mengALI BABAkan projek-projek kerajaan kepada orang Cina. Menteri UMNO jugalah yang telah mengarahkan pembunuhan orang Islam Melayu di Kampung Memali satu masa dahulu. Setinggan Melayu dirampas dengan zalim oleh pemimpin UMNO jugalah. Pemimpin UMNO jugalah yang menghalalkan arak dijual dimana-mana sahaja dan membiarkan judi berleluasa. Pemimpin UMNO jualah yang terus menerus rasuah dan gelapkan duit rakyat. Pemimpin UMNO jugalah yang menaikkan harga minyak sampai kehidupan rakyat menderita. Negeri JOHOR tempat kelahiran UMNO tu pun gagal mempertahankan Pulau Batu Putih. Pemimpin UMNO yang saudara sanjung jugalah yang bertanggungjawab merosakkan integriti sistem kehakiman negara. Melantik pengganti yang lemah dan seterusnya menjahanamkan negara... Isu hak istimewa orang Melayu takkan timbul jika Pemuda UMNO tidak bersikap kurang ajar pada bangsa lain.

Itulah antara sejarah UMNO yang akan saya terus ingat. Inilah UMNO 'pejuang sejati' bangsa Melayu dan agama...Singkaplah sirah Rasulullah saw disaat membina negara Islam Madinah. Tiada apa yang uniknya politik Malaysia kerana Rasul dah menunjukkan kepada kita 1400 tahun dahulu.. rujuklah dan jadikan pedoman...

aku_abhandlung berkata...

dont make all difficulties pull us back from moving foward... no matter who is lying and who's telling truth, most importantly we know what are we fight for and stuggle to grab it...

Syahir berkata...

UMNO, MIC dan MCA wujud kerana ingin membela kaum mereka sendiri. Zaman itu, chaunivisme memang kuat di kalangan 3 kaum ini, terutamanya Cina.

British memahami bahawa mereka telah tersilap membuat dasar pecah dan perintah. Mereka telah banyak kaut hasil bumi tanah Melayu. Maka, mereka sudah ada kepentingan di sini.

Demi untuk elakkan kekeruhan antara kaum, maka British prefer 3 kaum ini buat parti masing2. Mana mungkin Malayan Union dilakukan jika orang Melayu menuntut hak yang dirampas. Dasar British memang membawa bencana khususnya orang Melayu.

Kenapa orang Cina lebih untung dari orang Melayu? kenapa mereka juga mendapat kekayaan dengan berkerja di lombong bijih dan tinggal di bandar?

Meskipun apa yang diwarisi selepas merdeka merupakan agenda british, tetapi UMNO cuba sedikit demi sedikit mendapat hak mereka. Contohnya terbaik, UMNO beli balik Sime Darby. BYk lagi yang UMNO buat.

Kena faham sejarah. British penjajah kita. Sebagai penjajah, kita kena pandai main diplomasi supaya Merdeka dapat dilaksanakan. British tak mahu PKMM dan lain2 kerana mereka bawa perjuangan radikal. Mereka ini kebanyakannya suka konsep Indonesia Raya.

Parti Perikatan ditubuhkan sebagai manifestasi kepada perpaduan. Meskipun dalamnya ada parti cina, melayu dan India. Bergerak secara interdependent tapi atas satu suara.

Kita kena faham, jangan anggap orang Melayu sekarang boleh terima konsep Malaysian Malaysia, konsep DAP sejak dahulu. DAP kata perjuangkan benda itu tapi dalam hati mereka bersifat chauvinism yang tak hormat keadaan, faktor sejarah bangsa Melayu yang bertuankan di bumi ini sejak beribu tahun lamanya.

Memang UMNO beri hak kerakyatan demi perpaduan. Ini kerana ramai dikalangan Cina dan India sudah berada di Tanah Melayu. Hati Melayu walaupun keras tapi mereka lebih tolerable daripada semua bangsa di dunia ini. Tapi dengan syarat, UMNO benarkan kerakyatan tetapi jangan persoalkan hak Islam, Melayu dan Raja2.

Saya nak tanya, kenapa ada pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor menghina azan dan lain2? Inikah yang cuba dibawa oleh mereka? Tak usah nak berselindung di sebalik parti PR jika mereka masih ada sifat rasis di dalam hati mereka.

Anda katakan sentimen saya ditanam oleh UMNO? saya rasa itu salah. Saya sudah kaji kedua2 pihak atas rasionalisasi saya. Saya juga dengar dari banyak sumber...tentang siapa yang berjasa di negara ini, siapa tali barut asing, apa itu komunis dan akarnya, sejarah Tanah Melayu yang sebenar, bagaimana empayar british merampas hak kita dan sebagainya.

Tentang institusi kehakiman. Jika Mahathir bersalah, kenapa kerajaan tak bawa kes itu ke Mahkamah? Kenapa nak sabitkan dalam Suruhanhaya ttg Lingam sedangkan proses Mahkamah tak digunakan? Jangan kita semua ingat Hakim itu maksum dan tak mempunyai skandal. Sebab itu Mahathir ada sebab remove semua Hakim yang disifatkan tak berguna ini.

Soal Batu Puteh, itu terserah macammana Dolah Badawi & Keri uruskannya. Bagi saya mereka perosak tanah air. Diberikan amanah tapi khianati amanah!

r_feev berkata...

Salam...

Saya ingin bertanya pada saudara syahir.. siapakah dia pemimpin PR yg telah menghina azan. Saya bukanlah ingin menghalalkan tindakan sesiapa menghina agama saya. Namun harus diingat.. byk lagi diantara ustaz-ustaz kita sehingga hari ini masih lagi menghina agama lain dengan ungkapan2 seperti menyapu tepung di dahi, bakar duit kertas untuk kaya dalam kubur.. ini adalah antara ayat2 sering dipakai dalam ceramah agama hinggakan ke atas mimbar ketika solat jumaat. Maka saya hairan kenapa kita melenting orang bukan Islam menghina agama kita tetapi kita boleh ketawa besar apabila kita menghina agama orang.. saya hairan.. tunjukkan saya apa bezanya kita dengan mereka... cuba fikir2kan...adakah agama kita akan dihina jika kita memelihara kesuciannya dengan mengamalkan Islam itu dlm erti kata sebenar...

Saya cukup suka bila saudara menyebut isu Raja Melayu.. tunjukkan saya mana kenyataan maaf Pak Lah dan UMNO terhdp YDP Agong dalam isu pelantikan MB Terengganu.. Siapa juga yang bertanggungjawab menggurangkan kuasa Sultan.. alah sapa nama Tun tu... Malas saya nak ingat...

Nampaknya saudara tak nak sentuh isu kroni.. saya menganggap saudara juga bersetuju dengan saya..

Prinsip saya jelas.. tuan biarlah yang adil dan membela nasib rakyat.. tak guna mempertahankan ketuanan jika Tuan itu korup, gila kuasa dan tamak haloba...

Sekian...