Ahad, 29 Jun 2008

Kenyataan Media Anwar Ibrahim dari Kedutaan Turki

JUNE 29, 2008, KUALA LUMPUR, MALAYSIA

I am issuing this statement from within the embassy of the Republic of Turkey in Kuala Lumpur. I was transported to the embassy earlier this morning fearing that my personal safety was in danger. I thank all those who offered to assist me in this time of need and am grateful to the Turkish Ambassador for extending an invitation to seek refuge within the Embassy.

Since the March 8th elections, numerous credible sources from within the government and military intelligence have advised me that certain agents from within Barisan Nasional leadership have initiated plots to cause harm to me or my family or my supporters. I have been told that my assassination has not been ruled out as means to subvert the people’s will and bring an end to the transformational changes taking place in Malaysia.

Notwithstanding the threats which are intended to silence my voice, I intend make public new evidence implicating that the Inspector General of the Police Musa Hassan and the Attorney General Gani Patail engaged in criminal acts of fabricating evidence in cases launched against me in 1998.

The allegations that have been made against me on Saturday are nothing more than a replay of the events which transpired in 1998 when I was sacked from the office of the Deputy Prime Minister, jailed and beaten, and then charged and convicted by a kangaroo court for crimes which I never committed. This charade was orchestrated by a corrupt Barisan Nasional leadership which made use of the entire apparatus of the state power including its control of the judiciary, the police force, and its grip on the mainstream media. These actions are being repeated today to undermine the forces of reform and renewal which were unleashed in the March 2008 elections.

I would like to assure my family, friends and supporters in Malaysia that I am safe and remain committed as ever before to continuing the struggle for a free and just Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Anwar dituduh meliwat lagi!!!!

-petikan dari Malaysiakini.com -


Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa telah meliwat seorang pembantunya.

Laporan tersebut dibuat oleh mangsa yang berusia 23 tahun di balai polis Jalan Travers jam 6 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan laporan tersebut dibuat.

Difahamkan Anwar telah menemui beberapa pemimpin parti dalam satu mesyuarat tergempar lewat malam ini.

PKR telah menghantar SMS mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu Anwar, Saiful Bukhari petang tadi dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Ia menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Sementara itu, Anwar dijangka membuat komen mengenai krisis tersebut dalam satu sidang akhbar esok.

Sidang akhbar itu dijangka diadakan selepas Anwar menemui semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR esok.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa atau terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman tersebut dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.

Jumaat, 27 Jun 2008

Sepi...

- Cinta tidak hanya datang sekali -

Saya berpeluang menonton filem karya pengarah Khabir Bhatia ini pada hari pertama ianya ditayangkan. Sebuah filem yang mengisahkan akan kesepian tiga insan bernama Adam, Sufi dan Imaan ini mengisahkan akan cinta yang dicari, yang hilang dan yang akhirnya berganti.

Awal cerita mengenai Adam (lakonan Afdlin Shauki), seorang tukang masak berjaya yang masih belum menemui kekasih hati telah dipertemukan dengan Ilyana (lakonan Vanida) di sebuah majlis perkahwinan. Suasana romantis yang diwujudkan untuk dua watak ini berjaya mengusik hati saya sebagai penonton. Kehadiran Suzie (lakonan Nasha) menambahkan 'seri' akan kisah Adam dan Ilyana ini. Sufi (lakonan Tony) pula mengisahkan akan seorang suami yang hilang arah setelah kematian isterinya namun akhirnya menemui semula sebab untuk meneruskan hidup setelah bertemu dengan Marya (lakonan Eja) dan bagaimana taat dan setianya Marya sebagai isteri kepada suaminya walau hatinya telah terpaut pada Sufi. Namun di saat ada unsur 'kecurangan' di dalam watak Marya, saya agak kurang senang kerana ianya sedikit sebanyak mencemar watak 'isteri yang baik' Marya. Imaan (lakonan Baizura) yang masih dibayangi akan kekasih lamanya Khalil (lakonan Pierre) bertarung antara realiti dan fantasi apabila bertemu dengan Ean (lakonan Syed Hussein) menjadikan jalan cerita ini lebih menarik.


Saya harus memberikan pujian kepada Khabir Bhatia kerana berjaya melahirkan suasana yang cukup indah di dalam filem ini. Berlatar-belakangkan Kuala Lumpur, Khabir berjaya memberikan 'sentuhan ajaib'nya kepada seni sinematografi dengan melahirkan satu suasana yang cukup indah buat Kuala Lumpur. Syabas saya ucapkan buat Khabir. Pada saya Sepi adalah filem kedua yang benar-benar berjaya memaparkan atau mencerminkan keindahan sebenar bandaraya Kuala Lumpur selepas filem Cinta. Keseluruhan cerita ini bagus dan menyentuh hati.


Sepi - filem buat mereka yang putus cinta, belum menemui cinta atau kehilangan cinta. Buat mereka yang telah menemui cinta - Hargailah ia hingga ke akhir hayat anda.......


Selasa, 24 Jun 2008

Kesibukan...

Dalam beberapa hari minggu ini, kesibukan memenuhi jadual harian. Bebanan tugasan dan sesi pengajian sedikit sebanyak merentap semangat diri ini. Mula terasa sedikit sebanyak akan tekanan tahun akhir. Beberapa isu nasional yang berlaku sekarang ini hanya mampu saya ikuti dengan minat namun ulasan-ulasan terbaru mengenainya saya simpan kepada diri sendiri.

Ada teman yang bertanya mengenai program sambutan 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat. Sambutan berjalan lancar dan beberapa perkara yang diumumkan mengenai percapaian kerajaan PR menunjukkan betapa serius mereka ini dalam agenda merakyatkan ekonomi. Saya ucapkan syabas dan tahniah buat Tan Sri Khalid dan barisan exco kerajaan negeri kerana sedikit sebanyak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk 100 hari pertama. Namun yang menarik perhatian saya adalah mengenai OSCC atau One Stop Crisis Centre yang akan dinaik taraf untuk mengatasi masalah rogol, kesalahan seksual dan keganasan domestik. Saya rasa pihak kerajaan negeri perlu juga memikirkan apakah langkah-langkah perlu untuk mencegah jenayah-jenayah ini dari berlaku kerana bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur, tidak berguna lagi. Ada baiknya dalam 100 hari kedua ini YB Rodziah bisa memikirkan langkah-langkah preventif dalam mendepani isu-isu sosial ini.

Di majlis sambutan yang dihadiri oleh ribuan rakyat dan beberapa tokoh pembangkang dari PAS, PKR dan DAP ini, saya sedikit terkilan dengan cara bagaimana Dato' Seri Anwar Ibrahim dibawa masuk ke stadium kerana sedikit sebanyak ianya menghalang akses 'peminat' setia beliau untuk berjabat dan bertukar pandangan. Namun itu perkara kecil. Isu yang lebih menakutkan saya adalah apa akan berlaku kepada Pakatan Rakyat jika Dato' Seri Anwar Ibrahim ditakdirkan tiada lagi di muka bumi ini? Selesai sahaja Dato' Seri berucap dan perlu meninggalkan majlis lebih awal, hampir satu pertiga penonton yang hadir meninggalkan Stadium Shah Alam sedangkan masih ada dua tokoh yang akan berucap. Saya rasa kurang senang dan sedikit gusar akan kerjasama Pakatan Rakyat pada masa hadapan sekiranya ditakdirkan Dato' Seri tiada. Buat pendokong dan aktivis Pakatan Rakyat, saya cadangkan agar kita bermula dari sekarang untuk mempromosikan imej yang mampu meraih keyakinan rakyat bahawa kita ini berkerja sebagai satu pasukan dan tidak 'degil' mempertahankan ideologi masing-masing kerana Rasulullah sendiri mengajar toleransi antara semua kaum namun penuh berhikmah. Sikap kita perlu berubah dan perasaan syak wasangka itu perlu dibuang jauh-jauh.

Khamis, 19 Jun 2008

Membilang Hari...


Semalam SAPP telah mengemukakan cadangan untuk usul undi tidak percaya terhadap PM pada sidang Parlimen Isnin ini. Tahniah buat SAPP kerana berani bangkit memperjuangkan nasib rakyat Sabah. Beberapa akhbar media perdana hari ini mengelarkan tindakan SAPP ini sebagai satu pengkhianatan. Saya tidak tahu mengapa isu ini digelar sebagai pengkhianatan? Adakah apabila kabinet Pak Lah menafikan hak subsidi minyak kepada rakyat hingga menyebabkan kehidupan rakyat terus terhimpit tidak dikira sebagai pengkhianatan? Pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara negeri-negeri Pantai Barat dengan negeri Pantai Timur, Sabah dan Sarawak tidak dikira sebagai satu pengkhianatan? Saya hairan. Siapa khianat siapa??


Tahniah buat SAPP. Usaha anda insyallah akan membuka mata ahli Parlimen BN yang lain untuk mengikut arus perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat. Buat ahli, pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya kita persiapkan diri. Kita perlu terus-menerus menganjurkan dialog-dialog diantara semua parti Pakatan Rakyat bukan hanya diperingkat tertinggi tetapi juga diperingkat akar umbi. Perasaan, impian, harapan, ketidaksenangan dan apa jua perasaan yang disimpan antara semua ahli parti perlu dikongsi dan diluahkan dengan terbuka agar satu kata sepakat dapat dizahirkan demi kebaikan kerajaan yang bakal dibentuk dan lebih penting demi mentadbir negara dan negeri menjadi sebuah negeri yang berkebajikan dan jauh lebih baik untuk rakyat.


p/s- saya sekarang hanya membilang hari......

Selasa, 17 Jun 2008

100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat...




Minggu ini menjadi antara minggu bersejarah buat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat - 100 hari BERKUASA... Saya mengucapkan Selamat Berkhidmat untuk semua wakil rakyat dan ahli kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang baru.

Beberapa langkah drastik dan perubahan yang dibawa oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat bolehlah dibanggakan. Namun begitu masih banyak ruang yang boleh diperbaharui. Dalam usaha semua Menteri Besar dan Ketua Menteri membawa perubahan untuk rakyat negeri masing-masing, pasti ada puak-puak yang akan terus menerus menabur fitnah dan mengadu domba di antara kita. Bersabar dan terus setia berada dalam satu barisan. Amatlah rugi jika pakatan yang telah dibina hancur kerana duri dalam daging. Kuasa itu diberi oleh rakyat dengan harapan namun kuasa itu juga datang dengan ancaman dan 'tarikan nafsu'nya yang tersendiri. Tetapkan iman dan terus rapatkan barisan, teruslah setia kepada pemimpin yang kita pilih selagi mereka ini tidak menyeleweng dan tidak menyalahgunakan kuasa yang telah kita beri sebagai rakyat. Tegurlah mereka dan suarakan pandangan dan permasalahan anda kepada mereka kerana mereka ini saya percaya jujur dan ikhlas berkhidmat untuk kita bukan seperti beberapa pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.

Teruskan usaha anda dan terus membela nasib rakyat kerana jika anda gagal, saya dan jutaan rakyat Malaysia yang lain dengan sendiri akan menurunkan anda semua dari tampuk kekuasaan seperti apa yang berlaku pada parti Barang Naik pada 8 Mac lalu.