Rabu, 28 Mac 2007

kerjaya sebagai doktor??!!


hari ni terpandang hamba akan sekumpulan pelajar2 muda yang menyertai program 'pendedahan terhadap kerjaya doktor'...

satu program yang diperkenalkan ketika negara gawat dengan isu dimana pelajar cemerlang STPM gagal mengikuti pengajian perubatan dalam negara.. inilah titik tolak kepada pengenalan program ini... amat bagus kerana ianya mendedahkan para pelajar ini kepada kerjaya sebagai seorang doktor. hendaklah diingat bahawa kerjaya sebagai seorang doktor tidaklah se'glamour' yang disangka.. tiada kehidupan sosial dan kadangkala terpaksa bekerja lebih dari 24 jam pada satu - satu masa. melayan kerenah pesakit memerlukan kesabaran yang tinggi.. belum dikira lagi kerenah ahli keluarga atau kenalan pesakit. menerima hakikat bahawa sesetengah pesakit tidak dapat diselamatkan adalah lebih mudah daripada memberitahu pesakit berita bahawa dia meghidap kanser atau akan mati...tetapi melihat seseorang pesakit itu dapat dirawat dan pulih dan mampu meneruskan kehidupan memberikan kepuasaan yang tidak terhingga kepada seseorang doktor.

kerjaya sebagai doktor juga amatlah berbahaya dimana kita terdedah kepada bermacam - macam penyakit berjangkit... hospital kan tempat orang sakit dan mati?? ini pula kita sebagai doktor yang hari - hari pergi ke hospital untuk bekerja dan berurusan dengan pesakit yang ada beribu ragam jenis penyakit. hendaklah diingat doktor terdedah kepada penyakit TB, hepatitis dan jangkitan HIV kerana terdedah kepada pesakit2 berkenaan.

tekanan sebagai seornag doktor bukan hanya bermula apabila melapor kerja.. tetapi sejak dari di medical school lagi.. apa tidaknya.. buku yang perlu ditelaah ada lebih dari 20 dan semuanya tebal2 belaka. mengaitkan satu - satu ilmu, contohnhya anatomy, physiology, biochemistry, pathology, microbiology, parasitology dan pharmacology memerlukan pemahaman didalam semua subjek dan critical thinking yang mencabar jiwa dan raga. dengan tempoh pengajian yang lebih lama dan load yang byk.. kadangkala mampu menyebabkan kita menyerah ditengah jalan.. kehidupan remaja kita terpaksa dikorbankan demi mempersiapkan diri untuk menjadi seorang doktor.. amatlah sedih bila hamba menonton rancangan cinta medik yang langsung tidak mengambarkan kehidupan peljar medik.. sepatutnya pengarah cerita "dongeng' itu melakukan research yang lebih mendalam dan tidak memberi tanggapan yang salah kepada adik2 kita yang ingin menjadi doktor.

buat mereka yang ingin menjadi doktor - fikir masak - masak sebelum membuat pilihan dan tanamkan minat yang mendalam untuk menjadi doktor....

buat mereka yang sedang dalam proses menjadi doktor - selamat berjaya dan moga usaha kita selama ini akan menjadikan kita doktor yang baik dan berjaya satu masa nanti....

buat mereka yang telah menjadi doktor - tahniah dan teruskan kerja baik anda dan moga pesakit2 anda sembuh hendaknya dengan izin Allah swt......

5 ulasan:

Najwan Halimi berkata...

tuan doktor..blog tuan takde header tajuk. tambah la,cun skit.

anwy, suka la nama blog..qanun fi at dunia..

nabeela berkata...

assalamualaikum
terus terang saya katakan,saya seorang pelaja cmerlang dan
saya mmpunyai minat yang sedikit tentang kjaya doktor
tapi saya ingin mnceburi bidang ini sebab ada kbaikan dunia dan akhirat..lepas saya baca post ni saya cuma nak tahu, teruk sangat ke tahap bersosial sampai saudara tulis 'tiada kehidupan sosial'

r_feev berkata...

Salam nabeela,

Jika dilihat pada kebanyakkan pelajar perubatan di Msia khususnya, kebanyakkan mereka tidak ada kehidupan sosial 'sehebat' rakan-rakan lain yang sebaya dan tidak mengikuti pengajian perubatan. Namun itu semua hanya survey rambang. Yang penting adalah dirim kita sendiri dimana kita pandai membahagi masa dan tahap komunikasi kita yang penting..

Jawatan Kosong berkata...

Apa JawatanKosongKerjaKosong.com tawarkan?

Terlalu banyak websites menyebarkan jawatan kosong, kerja kosong, jawatan kerajaan. Tetapi kebanyakkannya sudah lapuk dan tidak terkini. Ataupun anda terlambat untuk melihat iklan tersebut dan terlepas peluang.

Jangan sia siakan potensi diri anda untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Daftarkan diri anda dengan JawatanKosongKerjaKosong.com. Kami akan menghantar iklan kekosongan pekerjaan dengan segera kepada anda. Update secepat mungkin kepada anda.


Daftar Sekarang

Tanpa Nama berkata...

personally i think kerjaya ni bahaya sebab kalau kita silap sikit je pasien boleh mati.