alhamdulillah baru - baru ini result SPM telah diumumkan dan keputusannya agak membanggakan... tahniah pada adik2 yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya janganlah bersedih... result SPM bukanlah segalanya.. failing exam is not the end of the world...
namun dalam kesibukan kita membanding keputusan.. hingga tercetus lah budaya siapa paling ramai A... hingga seorang pelajar dari Batu Pahat diwar - warkan kononnya mendapat 19A1 padahal hanya 14A1... amatlah memalukan bangsa kita yang terlampau mengejar glamor bukannya kualiti.. pada pendapat saya tidaklah berguna langsung kita memiliki 24A1 sekalipun dalam slip keputusan jika kita tidak tahu apa lagi bidang yang ingin kita ceburi kelak... apa yang kita nampak hanyalah A yang bertimbun2 tetapi bila ditanya apa bidang yang ingin diceburi masih lagi ragu2 untuk dijawab... kementerian pendidikan dan sekolah2 perlu lebih menumpukan tentang plan kerjaya pelajar dan menyediakan pelajar2 ini dengan keputusan SPM selayaknya untuk mendapat tempat di dalam program itu.. contohnya untuk mengikuti program perubatan.. tidak semestinya dapat 24A1 baru boleh buat medic.. kalu dapat pun belum tentu bole buat medic kerana byk lagi peringkat yang perlu dilalui iaitu matrix atau A - level.. result SPM tak melayakkan lagi seseorang itu untuk menjadi seorang medical student...
untuk adik2 yang ingin mengambil SPM pada masa depan.. hendaklah adik2 merancang betul2 apa yang ingin dilakukan dan janganlah membuat tindakan untuk mengejar glamor semata - mata kerana akhirnya akan menjadi bahan cacian dan benci orang ramai... no matter how many As you have... if ur attitude is wrong.. YOU R STILL WRONG...
namun agak hairan kenapa tahun ini tiada pelajar cemerlang diumumkan... adakah tahun ini bukannya pelajar bumiputera... adakah seorang pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan paling cemerlang... nampaknya pihak kementerian telah mengamalkan sikap double - standard dan ini amatlah memalukan kerana kita terlampau taksub dgn bangsa kita sehingga kita tak nak mengakui kelelmahan kita... kita takut untuk acknowledge kejayaan bangsa lain.. padahal kita sudah lama tinggal bersama di negara ini.. seruan Pak LAh nampaknya hanya untuk golongan rakyat bawahan padahal pihak kementerian sendiri gagal untuk menjayakan perpaduan nasional...sepatutnya diumumkan siapa pelajar itu dan kita gunakan beliau untuk memberitahu adik2 yang lain tentang tips2 kejayaannya.. kenapa tika Amalina mendpat 17A1... bermacam2 buku dihasilkan kononnya rahsia kejayaan Amalina.. akhbar pun siap buat daily diary untuk dia.. sepatutnya setiap pelajar yang cemerlang dilayan sedemikian rupa tanpa mengira bangsa dan agama kerana mereka ini telah berusaha dan layak...
renung2kanlah.. kita sudah sama - sama tinggal dalam masyarakat majmuk ini untuk sekian lama... janganlah kerana takut untuk megakui kelemahan sendiri.. hubungan kita dengan orang Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan dll terjejas kerana tindakan bangsa kita yang tidak mahu belajar dari kesilapan dan kejayaan bangsa lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan