Rabu, 11 April 2007

Misi Bantuan untuk Mangsa Banjir di Johor



Pada 1 hingga 2 Januari 2006 yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menghantar misi ke-2 untuk membantu mangsa banjir di Johor. Misi ini merupakan misi yang kedua dihantar daripada ABIM Pusat bagi membantu mangsa banjir di Johor, sejak musibah tersebut menimpa Negeri Johor pada 19 Disember 2006. Bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan, pakaian dan perubatan. Misi pertama telah dihantar pada 23 Disember 2006 yang lalu di Segamat. Misi kali ini telah diketuai Khairul Anuar Musa, AJK PKPIM Pusat. Dua kumpulan telah dibentuk bagi menjayakan misi ini. Kumpulan A yang diketuai oleh Khairul Anuar, dianggotai oleh Dr. Sitti Sulhoon Mohamed, Ahmad Abdul Jalil Mohd Razali, Hamzaleen Mohamed dan Raja Zahanizah Raja Alang Hassan.Manakala Kumpulan B yang diketuai oleh Shirajuddin Sirat (Pengurus GPM), dianggotai oleh Dr. Dahlia Abdul Malik, Suaibatu Sya’adiyah Hodari, Afif Bahardin, dan Naim Marzuki Abdul Malik.Dr Mohd Saifullah Alhany Abdul Halim (Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam ABIM) telah memberikan taklimat kepada semua ahli misi sebelum mereka bertolak. Secara umum, misi kali ini telah merawat seramai 93 orang sepanjang 2 hari ini. Tempat yang menjadi tumpuan operasi kali ini adalah di Kampung Jawa, Sek. Keb. Gombang, dan Perkampungan Orang Asli, Kampung Sentosa di Lenga serta Kompleks Sukan Pagoh.Bantuan makanan dan pakaian telah diagihkan kepada penduduk di Perkampungan Orang Asli Kg. Sentosa.Misi ini dianggap berjaya mencapai sasarannya. Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t., semua yang terlibat dapat menjaga keikhlasannya membantu mereka yang sangat memerlukan.
Dari kanan: Sya’adiyah, Dr Dahlia, Hamzaleen, Dr Sitti Sulhoon, Raja Zahanizah, Dr Saifullah, Shirajuddin, Khairul Anuar, Ahmad Abdul Jalil, Naim Marzuki & Afif
-berita ikhsan dari GPM online-

Tiada ulasan: