
Sabtu, 29 Mac 2008
Jumaat, 28 Mac 2008
Hujah mengapa AUKU perlu dimansuhkan...
HUJAH 1: NIAT AUKU DIGUBAL DEMI MENGEKANG AKTIVISME MAHASISWA
Terdapat beberapa faktor yang melatari niat AUKU diwartakan. Antaranya:-
* NIAT AUKU 1971 DIGUBAL UNTUK MENUTUP “PEKUNG” KERAJAAN
Contohnya :
- Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) isytihar manifesto sokong pembangkang dlm PRU ke-4 sehingga dikatakan antara punca yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei 1969.
- Demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pada 29 Ogos 1969
- Demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 – pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu bahasa Melayu & pendidikan.
Berdasarkan peristiwa-peristiwa tersebut Kerajaan lantas membentuk “Jawatankuasa Mengkaji Kampus” sehingga tergubal dan diwartakan AUKU pd 18 Mac 1971. Ini membuktikan niat auku digubal untuk menutup “pekung” kerajaan.
NIAT AUKU DIGUBALKAN DEMI MENAFIKAN HAK MAHASISWA BERSUARA & BERPERSATUAN DALAM ISU NASIONAL & INTERNASIONAL
Contoh:
- 14 Jun 1971 – demontrasi pertama oleh PMIUM (2000 orang mahasiswa UM & UKM) tentang lawatan Thanam Kitikachorn (PM Thailand) ekoran pembunuhan umat Islam Pattani. Ramai mahasiswa ditahan.
- 15 Jun 1971, 3000 orang dipimpin saudara Anwar Ibrahim (PBMUM) dipukul Polis ketika demonstrasi di luar UM. Lebih ramai ditahan.
- 16 Jun 2005, mahasiswa sekali lagi bersemonstrasi bagi mendesak kerajaan membebaskan pimpinan mereka.
- 17 Jun 1971, mrk diikat jamin RM500 perOrang oleh Prof Ungku Aziz & Dr. Ariffin Marzuki
- PMUM menaja demontrasi protes AUKU 1971 pada 15 Mei 1972.
- Kelab Sosialis UM (ditubuhkan pd 1973) kembali kuasai PMUM dipimpin oleh Hishamuddin Rais & DSAI tubuh ABIM 1971 demi membantu PMIUM (di bwh Siddiq Fadhil) & berjaya kuasai PKPM pd tahun 1974 bangkit memimpin mahasiswa nasional demo membantah c/tangan AS dlm Perang Arab-Israel pd 13 Okt. 1973, Polis-FRU sembur gas & 3 pemimpin ditangkap. 4000 mahasiswa sekali lagi berdemontrasi di depan kedutaan AS pada 16 Okt. 1974 atas maksud yang sama.
- Kemuncakkanya GM pada 21 Sept. 1974, 2.30ptg. PMUM menubuhkan Majlis Tiertinggi Sementara (MTS) mengambil alih UM sebagai bantahan tangkapan 5 aktivis termasuk H. Rais dalam Demo Tasik Utara Sept. 1974 dan Demontrasi Baling [seramai 400 orang] pada Nov. 1974 yang telah mengakibatkan 1000 mahasiswa ditahan polis & FRU. Ini membuktikan niat auku digubalkan demi menafikan hak mahasiswa bersuara dalam isu nasional.
HUJAH 2: AUKU BERTENTANGAN DGN SPIRIT (SEMANGAT) HAK ASASI MANUSIA (HAM) & PRINSIP DEMOKRASI
Terdapat beberapa contoh peruntukan yang contradic dan tidak munasabah. Antaranya:-
Contoh 1: Rujuk Perkara 15 (1), (2), (3), (4) & (5), AUKU - Penafian hak mahasiswa bersuara, berpersatuan, berpolitik & berparti.
Contoh 2: Rujuk Perkara 15A (1) & (2), AUKU Penafian memungut wang / beraktiviti & panalty/penjara
Contoh 3: Rujuk Perkara 15A (3), AUKU Campurtangan kuasa menteri / politik luar-parti
HUJAH 3: AUKU MEMPUNYAI UNSUR ZALIM
Contoh 1: Rujuk Perkara 15D (1) AUKU – pergantungan & pembuangan pelajar oleh pihak “Universiti”; yg dipertuduh atas sesuatu di mahkamah luar oleh walaupun masih belum dibuktikan kesalahannya. Fakta Kes: Isu “ISA 7” 2001
Contoh 2: Rujuk Perkara 16(C) AUKU – Peruntukan Kuasa Mutlak pihak “Universiti” ke atas mahasiswa. Fakta Kes: Isu Norlia Bte. Syukri Vs Universiti of Malaya, 1978
Contoh 3: Rujuk Perkara 15A (1), AUKU - Diskriminasi terhadap mahasiswa. Mahasiswa dinafikan hak untuk mendapatkan peguam. Tetapi dalam Akta Disiplin Dan Surcharge, kakitangan universiti dibenarkan.
HUJAH 4: AUKU MEMBUNUH BAKAT MAHASISWA
Fakta Pertama:
Prof. Madya Dr.Sanusi Osman dalam kertas kerjanya, "Mengapa Akta Universiti dan Kolej Universiti ditentang". Dalam kertas kerja tersebut, beliau menyatakan "penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat. Sungguhpun begitu, kelantangan kritikan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan, pendedahan di surat-surat khabar mengenai kecurangan dan pernyelewengan kerajaan, pendedahan terhadap pemimpin-pemimpin yang rasuah dan opurtunis yang disertai pula dengan demonstrasi di dalam dan di luar kampus menimbulkan perasaan kurang senang di kalangm elit yang memerintah".
Fakta Kedua:
Menurut Mohamad Suhaimi al-Maniri, “Dengan peruntukan ini mahasiswa tidak bebas lagi memperjuangkan konsep 'bersama rakyat' sepertimana yang dipelopori oleh rakan-rakan mereka sebelum akta berkuatkuasa. Mahasiswa selepas akta seolah-olah di'penjara' dikampus-kampus dengan kehidupan mereka yang tersendiri. Peruntukan 'ugutan' mental secara halus oleh pihak berkuasa boleh melemahkan pemimpin-pemimpin mahasiswa berbuat sesuatu kerana boleh ditafsirkan melanggar akta dan menjadikan mereka ragu-ragu dan bimbang sama ada apa yang dilakukannya bertentangan dengan akta ataupun tidak. Penderaan mental seperti ini sudah cukup untuk memberi kesan kepada aktiviti kemahasiswaan. Akibatnya kegiatan kemahasiswaan menjadi semakin suram dan tidak bermaya.”
Fakta Ketiga: Membentuk Budaya “Culture of Fear & Complesent Zone” Ke Atas Mahasiswa
Aksi Demontrasi Tasik Utara & Demontrasi Baling 1974 merupakan zaman keemasan mahasiswa. Namun, Pasca penggubalan AUKU 1975, pola gerakan mahasiswa semakin tidak bertaring. Buktinya, Peristiwa Memali 1985, mahasiswa tenggelam dalam menjuarai isu besar ini.
Sekiranya diteliti dengan jelas sebab-sebab penggubalan AUKU, jelas bahawa niat sebenar kewujudannya bukanlah untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran Universiti-universiti dan Kolej-kolej Universiti Awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya semata-mata.
BEBASKAN MAHASISWA, MANSUHKAN AUKU
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 - antara BADUT dan BERUK???

Namun di Malaysia, AUKU telah dengan terang merencatkan perkembangan mahasiswa hari ini. Kebebasan memilih dan bersuara tidak lagi menjadi keistimewaan untuk mahasiswa. Natijah dari pelaksanaan AUKU ini juga telah melahirkan generasi mahasiswa yang kebanyakannya tidak mempunyai jatidiri dan keyakinan yang mantap apabila menempuh alam pekerjaan. Hari ini jika kita lihat mahasiswa Malaysia yang berada di pasaran, komen-komen dari majikan kebanyakkannya mengatakan mereka tidak ada keyakinan diri dan takut untuk maju ke hadapan. Tidak mampu untuk berfikir secara proaktif dan lebih rela menerima arahan daripada membuat keputusan. Mengapa ini terjadi?? tak lain kerana AUKU...
Di IPTA saya sendiri yang terletak di Shah Alam, kebebasan untuk pelajar memilih MPP juga telah disalahguna oleh pihak universiti. Universiti saya ini yang tanpa gagal setiap tahun dimenangi oleh Pro-Aspirasi setiap tahun telah melaksanakan satu rencana kotor dan hina untuk merendahkan martabat pemikiran mahasiswa universiti saya. Pertama sekali semua pencalonan selain dari Pro-Aspirasi, maknanya yang tidak diluluskan oleh pentadbiran fakulti akan ditolak bulat-bulat walaupun syarat yang dikehendaki telah dipenuhi. Maknanya dalam erti kata lain, calon yang bakal bertanding telah dipilih dan telah disusun untuk bertanding. Mahasiswa tidak boleh dengan sendiri pergi mencalonkan diri sekiranya gagal mendapat label Pro-Aspirasi.
Kedua semua calon yang telah diterima untuk bertanding akan dihantar ke BTN untuk di'brainwash' bagi menjadikan mereka ini agen-agen parti pemerintah. Mereka ditipu dengan mengatakan bahawa jika Pro-Aspirasi menang di universiti, peruntukan lebih akan diberi kepada universiti berkenaan.
Ketiga pada hari pengundian, semua calon adalah mewakili Pro-Aspirasi dan mahasiswa dipaksa mengundi calon-calon 'badut' yang telah dipilih oleh pihak universiti. Maka akhirnya pilihan raya MPP menjadi pertandingan Pro-Aspirasi menentang Pro-Aspirasi. Namun tanpa segan-silu, pihak pentadbiran universiti masih mengarahkan pelajar untuk keluar mengundi, sedangkan kalau dilihat pada cara pilihan raya kampus itu dijalankan, ajar BERUK memangkah kertas undi pun dah cukup kerana pelajar tidak ada pilihan selain memilih calon-calon 'badut' ini.
Keempat, ketika diumumkan keputusan pilihanraya kampus, maka dengan bangga pihak pentadbiran universiti mengumumkan bahawa Pro-aspirasi menyapu bersih semua kerusi MPP di kampus pusat mahupun cawangan. Suratkhabar dipanggil dan tanpa segan mereka meraikan kemenangan mereka sedangkan apa yang dibuat secara terang telah memperbodohkan mahasiswa. Mereka dengan bangga mengatakan bahawa Pro-pembangkang telah tewas sedangkan sebuah pertandingan yang adil pun tidak dilaksanakan. Seterusnya 'badut-badut' yang menang ini dengan tanpa rasa malu dilantik menjadi MPP.
Maka dari senario di universiti saya ini, dapat dirumuskan bahawa pihak pentadbiran universiti dan kerajaan sendiri takut untuk memberikan kebebasan kepada pelajar untuk membuat pilihan. Menghalang mahasiswa untuk berfikir dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Martabat pemikiran mahasiswa dihina dan dilanyak dengan rasa takut dan penindasan. Hasil dari taktik kotor pentadbiran universiti saya ini juga, akhirnya wakil-wakil MPP yang dilantik gagal menjadi wakil kepada mahasiswa sebaliknya menjadi agen-agen universiti dan parti pemerintah untuk merekrut ahli-ahli cacai yang baru dan untuk buat memenuhkan program-program anjuran parti pemerintah. Begitulah hina dan jijiknya realiti politik kampus di universiti saya yang kononnya bertaraf dunia....
Khamis, 27 Mac 2008
Siapa dia Sultan di Terengganu???

Lelaki ini yang bernama Patrick Lim a.k.a Patrick Badawi merupakan proksi kepada Dinasti Abdullah, Kamaludin dan Khairy dalam membolot kesemua projek-projek mega (Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Monsoon Cup dan salah guna duit royalti minyak) di Terengganu dan badut yang digunakan tak lain tak bukan adalah Idris Jusoh sendiri... Daulat Tuanku Mizan kerana bertindak demi kepentingan rakyat...
Khamis, 20 Mac 2008
Kabinet Baru Malaysia - antara Selamat, Aman atau Makmur

Selamat - Selamatkah Umno dan Barisan Nasional dengan banyak menteri lama dan yang tewas dalam PRU 12 yang lalu disingkirkan??? Selamatkah kedudukan Pak Lah dalam pemilihan UMNO akan datang dengan menyingkirkan ramai teman-teman Najib?? Selamatkah Pak Lah dari kecaman wanita apabila polisi 30% wanita dalam jawatan pembuat keputusan dan polisi kerajaan dibelakangi?? Namun 'selamat' juga Khairy tidak jadi menteri....
Aman - Amankah negara jika pemerintahan negara terus diterajui mereka yang terbukti mempunyai salah laku moral dan etika sebelum ini seperti Tan Sri Muhammad Taib dan Tan Sri Nazri Aziz?? Amankah UMNO selepas ini apabila banyak pemimpin kanan mereka seperti Tan Sri Sheikh Radzi dan orang pertama dan kedua wanita tidak dilantik sebagai menteri?? Amankah antara semua parti komponen Barisan Nasional melihatkan pembahagian kerusi menteri?? Namun 'aman' lah juga akhirnya Perlis tanpa Shahidan Kassim...
Makmur - Makmurlah harapnya Malaysia selepas ini jika Kabinet baru ini dikatakan kabinet pembaharuan. Makmurkah hubungan di antara semua ahli Umno apabila jurang di dalam parti semakin kelihatan selepas pengumuman kabinet?? Makmurkah Barisan Nasional apabila ada ura-ura sesetengah ahli parlimen mereka berminat menyertai Barisan Rakyat?? Namun 'makmur' hendaknya seluruh rakyat yang bernaung di negeri-negeri Barisan Rakyat dengan Agenda Ekonomi Malaysia...
Rabu, 19 Mac 2008
Rasullullah... Pembawa Rahmat Sekian Alam..

"... Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam." Surah Al-Anbiya, ayat 107
Muhammad bin Abdullah adalah rasul yang terakhir diutuskan Allah kepada umat manusia. Baginda yang dilahirkan pada Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571M di Mekah. Diangkat sebagai rasul pada umur 40 tahun dan wafat pada usia 63 tahun.
Dalam kita menyelami usaha dakwah Baginda, pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui. Jatuh bangun Baginda dan para sahabat sesungguhnya menuntut pengiktirafan yang tak terhingga dari kita sebagai umat di akhir zaman. Mengamalkan segala ajaran dan sunnah baginda adalah sebaik-baik cara untuk kita menunjukkan kasih sayang dan keimanan kita kepada Baginda.
Baginda yang diutus ketika umat manusia di dalam kejahilan, telah berjaya membawa satu islah dalam diri umat manusia sehinggalah kita mencapai kejayaan tamadun, teknologi, sosial dan keselesaan hidup yang kita kecapi hari ini. Rahmat dan nikmat yang kita kecapi tidak mungkin hadir jika Baginda tidak diutuskan untuk membimbing umat manusia.
Namun begitu, di era kemajuan ini, masih ada lagi anak-anak muda kita terutama yang beragama Islam mula kembali ke arah kejahilan. Terjebak dengan najis dadah, rompak, rogol, sumbang mahram, dan yang paling sedih adalah murtad. Ada juga dikalangan mereka masih gagal untuk membaca Al-quran dengan fasih, apatah lagi berselawat. Tidak kurang juga yang langsung tidak mengetahui akan sirah Baginda.
Sempena menyambut Maulidur Rasul esok.. marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat ke atas Baginda dan mengambil masa untuk menyelami ajaran dan sirah baginda agar kita akan mampu melaksanakan sunnah dan ajaran Baginda dan dapat kita sampaikan kepada teman-teman dan adik-adik kita akan kehebatan seorang Rasul bernama Muhammad - Pembawa Rahmat Sekian Alam.....