Mahasiswa takut kepada dosen,
Dosen takut kepada dekan,
Dekan takut kepada naib canselor ,
Naib canselor takut dengan Menteri,
Menteri takut dengan Perdana Menteri,
Perdana Menteri takut dengan mahasiswa.
-Taufik Ismail-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jumaat, 13 Ogos 2010
Jumaat, 23 Julai 2010
Khamis, 6 Mei 2010
Hidup Mati
Hidup bukan panjang,
Bukan berkali bahkan sekali,
Ajal tiba tidak kau nanti,
Ketemu Pencipta dari jambatan ini,
Tapi aku dan kau dan kamu,
Tetap alpa dan leka,
Bahwa hidup ini bukan panjang,
Dan hanya tiba sekali,
Untuk disinggahi dan ditinggalkan lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bukan berkali bahkan sekali,
Ajal tiba tidak kau nanti,
Ketemu Pencipta dari jambatan ini,
Tapi aku dan kau dan kamu,
Tetap alpa dan leka,
Bahwa hidup ini bukan panjang,
Dan hanya tiba sekali,
Untuk disinggahi dan ditinggalkan lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Kota Seni
Sekian lama tidak mencatat di sini, malam ini terpanggil jiwa untuk mencatat apa yang aku rasa tidak patut dibiarkan diam-diam saja. Diam perkara ini maka musnahlah bangsa ini. Gagallah aku memainkan peran.
Diskusi yang bermula di ruang Twitter, akhirnya malam ini menjadi satu perbincangan bersungguh di sebuah tempat bernama; Jalan Telawi. Hasmi, Ammar, Hafiz, Najwan, Athari dan aku, ditemani panorama malam Bangsar yang indah jelita, Kota Seni menjadi antara topik yang diperbincang daripada sebahagian topik-topik lain yang tidak kurang pentingnya.
Apa dia Kota Seni? Penting sangatkah sampai dibincang-bincang? Siapa yang mahukan Kota Seni ini? Bila ingin dibina Kota Seni ini? Dimanakah pula lokasinya Kota Seni ini?
Kota Seni - ini bukan meja projek membina mahligai cantik-cantik. Jauh sekali dari membina miniatur-miniatur seperti Taman Budaya Islam di Pulau Duyong. Kota Seni bukan projek menyusun bata melibatkan kos berjuta Ringgit! Kota ini adalah 'kota' yang ingin dibina diatas asas idealisma dan budaya yang tinggi. Kota ini bakal menjadi penggerak utama kepada Reformasi Budaya membentuk sebuah masyarakat bangsa Malaysia yang cerah. Kebebasan berkarya diangkat bersama sekali memupuk nilai penghargaan seni yang tinggi - tidak kira apa bentuk dan genre seni itu dari musik, visual, audio, lukisan, filem, tarian atau apa saja yang dilihat itu seni.
Maka di Kota Seni nanti bakal adanya pementasan musik, tarian, karya sastera dan apa jua di pentas-pentas mini yang bakal dibina di beberapa tempat. Wayang pacak yang menayangkan filem-filem internasional dari serata dunia. Ada filem Peranchis, Jepun, Korea, dan pelbagai lagi untuk tayangan muda-mudi.
Kota Seni diharap bakal menjadi tuntutan baru. Gagasan yang untuk membentuk jiwa bangsa Malaysia ini, harus dirai; bukan dipandng sepi. Satu hari nanti, Kota Seni akan menjadi satu realiti dan mercu kepada agenda Reformasi Budaya ini!

Isnin, 5 April 2010
Ahad, 21 Mac 2010
Pidato Zaman Gila ~ Testamen Politik Anak Muda Malaysia
Tanggal 20 Mac 2010, Pidato Zaman Gila yang digagaskan oleh Republik Anak Muda telah melancarkan satu testamen penting dalam perjuangan Pemuda dan Pemudi Malaysia dalam mengejar cita-cita membina sebuah negara yang demokratik dan merdeka untuk warganya.
Lahirnya Testamen Politik Anak Muda Malaysia ini diharap bakal menjadi 'pedoman' dalam gerakan anak muda menuntut satu reformasi total akan arah tuju negara ini. Mewarisi legasi perjuangan nenek moyang kita didalam API, KMM, Awas, AMCJA - diharap semangat ruh gelora perjuangan mereka akan meresap dalam Jiwa setiap anak muda bangsa Malaysia hari ini untuk kita sama harungi dan tongkahi zaman yang serba gila ini!

Langgan:
Catatan (Atom)