Sepanjang 12 tahun lepas negara mencatatkan belanjawan di dalam keadaan defisit dan lompong yang wujud sebanyak RM40billion menjadi antara sebab utama mengapa ekonomi negara berada dalam keadaan parah-seperti yang disebutkan olih beberapa pakar ekonomi. Jumlah pelaburan asing juga tidak meningkat sejak dekad lalu; dimana jumlah pelaburan asing ke negara kita pada 1991 adalah 22% dan pada 2008 mencatatkan peratusan yang lebih rendah iaitu 21%-menunjukkan ianya dalam keadaan statik.
Royalti yang diterima Kerajaan Umno-BN dari Petronas berjumlah 270 billion lesap akibat ketirisan,kebocoran perbelanjaan Kerajaan terutama sekali pasca 1998. Dana negara digunakan untuk membina dan membeli peralatan atau perkakas yang tidak langsung produktif kepada kehidupan Rakyat terbanyak; sebagai contoh pembelian kapal selam Scorpene, kapal perang, program Angkasawan dan lebih merugikan pembinaan sebuah Istana YDP Agung yang baru yang bernilai lebih RM1billion. Ini tidak termasuk lagi contoh perbelanjaan negara lebih RM65 juta utk program Biro Tatanegara dan saluran dana yang tidak telus kepada JASA, sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan yang berfungsi sebagai agen untuk program-program yang dianjur olih Umno,MCA,MIC. Dan contoh-contoh ini hanyalah puncak kepada 'iceberg' yang lebih besar.
Maka dalam keadaan yang serba gawat ini, dek kerana urustadbir ekonomi yang tidak bertanggungjawab olih kerajaan Umno-BN, maka perancang-perancang ekonomi dan pembikin-pembikin polisi dari kerajaan Umno-BN tidak nampak cara lain selain mengembalikan beban ini kepada rakyat dengan memperkenalkan GST.
Hujah kerajaan bahawa GST ini hanyalah ibarat bersalin kulit bagi cukai barangan sebanyak 5% dan cukai perkhidmatan 10% yang sedia ada merupakan satu lagi pembohongan terbesar kerajaan kepada Rakyat Malaysia. Hakikatnya, dengan pengenalan GST, walaupun pada kadar 4%, tetapi jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai adalah lebih banyak. Jika sebelum ini, jumlah barangan yang dikenakan cukai adalah 2-3 daripada 20 barangan yang kita beli, maka selepas pengenalan GST kelak, kemungkinan semua barangan yang kita beli akan dicukaikan. Makanya beban kita sebagai pengguna bakal bertambah berat.
Kerajaan juga berjanji, bahawa selepas pelaksanaan GST, cukai pendapatan individu dan cukai korporat akan dikurangkan. Hakikat yang kita tidak boleh lari adalah hasil kutipan cukai menyumbang kepada lebih 30 billion setiap tahun. Maka adakah masuk akal jika kerajaan mengatakan bahawa mereka mahu mengurangkan cukai individu jika kerajaan sekarang ini tidak memiliki dana yang mencukupi. Dan jika dihitung, cuma 15% dari Rakyat Malaysia yang membayar cukai. Olih itu selebihnya, rakyat teramai tetap tidak mendapat manfaat potongan cukai andai ia berlaku. Nyata satu lagi janji palsu daripada kerajaan Umno-BN yang tidak henti-henti cuba untuk memperbodohkan Rakyat. Usaha mereka itu nampak gayanya semakin hari semakin mendekatkan mereka kepada kehancuran yang mereka sendiri taja.
Hakikatnya dengan pengenalan GST, kerajaan membebankan Rakyat dengan dipaksa menanggung kesilapan yang hasil dari kebejatan mereka dalam mengurus ekonomi. Di dalam sibuk melaungkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak buat ke sekelian kali gagal memberikan makna pada slogan retorik ini!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan