Ahad, 2 Ogos 2009

Demonstrasi Anti ISA

1 Ogos 2009 - Hari ini sekali lagi pertembungan antara rakyat dan pihak gerombolan yang dipanggil Polis Di-Raja Malaysia berlaku di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kali ini lebih 200 tangkapan dilakukan; namun semuanya dari pihak Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Ketua Polis Negara dengan pantas mengesahkan bahawa mereka dari pihak Pro-ISA tidak terlibat dengan perhimpunan ini. Media massa pula seperti yang dirancang terus memaparkan rakaman keluhan peniaga yang kerugian dan beberapa orang awam yang tidak dapat mengunjungi jualan murah di Sogo. Penganjur dipersalahkan kerana menimbulkan kacau-bilau dengan merusuh.

Persoalan yang bermain di minda saya adalah, adakah demonstran yang merusuh atau pihak polis yang sepatutnya bertugas menjaga keamanan dan ketenteraman yang telah 'merusuh'? Apakah peniaga akan terganggu dan kaki 'shopping' kesangapan jika demonstran dibenarkan berarak secara aman? Jika polis tidak mengepung jalan dan melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air; apakah yang dipanggil kacau-bilau ini akan berlaku?

Nyata sekali lagi dalam sejarah, dari semua bukti video dan gambar yang ada pada hari ini, pihak gerombolan dengan mewakilkan PDRM telah dihantar untuk 'merusuh' dengan menghalalkan kezaliman dan kekejaman terus berlaku. Rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu.

Nyata hari ini telah terus mengubah persepsi saya mengenai Malaysia. Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional bukanlah sebuah negara muslim yang dimiliki orang Malaysia dan demokratik, tetapi Malaysia adalah sebuah - Negara POLIS! Dan jika ditanya lagi, maka siapa yang memerintah Malaysia - dengan bangga saya akan menjawab PRDM - Polis RAJA Di Malaysia!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: