Khamis, 16 Julai 2009

Manek Urai - tamparan buat PAS

Nyawa-nyawa ikan, si pemborong ikan dari PAS memenangi PRK Manek Urai- hanya dengan 65 undi. Entah dimana silapnya tidak saya ketahui. Satu kawasan tradisi PAS, keputusan PRK ini mungkin satu bentuk 'kekalahan' yang pertama kali dihadapi Pakatan Rakyat sejak 8 Mac 2008.

Melangkah ke arah 'pesta' PRK Manek Urai, persediaan PAS dan peragaan diri mereka sebagai parti pilihan untuk memenangi PRK ini, telah dimulakan dengan langkah sumbang. Kenyataan seperti pengundi Manek Urai tidak memerlukan calon yang berpelajaran tinggi nyata adalah satu kenyataan yang bod dan tidak sensitif. Tindakan merendahkan ekspitasi pengundi pastinya telah menjejaskan trend pengundian terutam golongan muda yang rata-rata ke sekolah (sekurang-kurangnya SPM). Langkah sumbang yang pertama.

Seterusnya menuju proses pemilihan calon dan penamaan, PAS menampilkan seorang anak tempatan berserban dan berkerjaya sebagai pemborong ikan manakala calon BN pula merupakan seorang professional. Dibayangi isu pergeseran dalam PAS, pihak Umno bermati-matian menggunakan isu ini untuk menyerang PAS dalam kempen mereka. Tuan Guru Nik Aziz juga bermati-matian memulangkan semula bom-bom hidup yang dilontarkan Umno.

Namun mujur Nasharudin hadir setelah sihat dari satu pembedahan, memberikan sokongan kepada kempen PAS di Manek Urai. Isu royalti menjadi bahan jajaan PAS manakala 'ugutan' jambatan menjadi janji Umno untuk pengundi Manek Urai. Hasil dari pengundiaan ini menunjukkan, kedua-dua agenda yang dibawa parti bertanding, berada di minda setiap pengundi. Dengan keputusan 65 undi yang membezakan kedua-dua parti, pimpinan PAS pantas melatah menyatakan amalan politik wang merupakan penyebab utama kepada penurunan majoriti PAS dalam PRK ini. Tidak kurang dengan itu, pengundi muda juga disalahkan kerana terpengaruh dengan janji dan sogokan Umno.

Saya tidak terkejut jika kenyataan ini hadir dari pimpinan Umno kerana ini sememangnya budaya mereka selama ini yang mengugut dan menghukum pengundi, namun amatlah aya dukacita apabila ianya hadir dari pimpinan PAS sendiri. Janganlah terikut dengan budaya politik Umno yang menyalahkn pengundi. Cermin diri kita dulu sebelum menghukum mahupun mengecam pengundi. Apakah kita benar-benar layak untuk diberi kuasa? Kerana sepanjang tempoh setahun lebih yng lepas, kita lebih banyak bertelagah menentukan siapa lebih berpengaruh dan siapa lebih berkuasa. PAS ingin teraju, ditambah lagi dengan idea perpaduan, bibit perpecahan di kalanhan pimpinan ini yang sebenarnya merugikan rakyat kerna rakyat bermatian tetapi pemimpin senang-lenang 'mengkhianati' amanah yang diberi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tidak mngapa..
nyawa2 ikan pun..
PAS tetap menang..
takbirrr!!!!