Selasa, 3 Februari 2009

Sibuk...


Minggu ini ternyata sibuk untuk aku. Hujung minggu yang baru lalu, aku sibuk mengemas dan ber'hijrah' ke kediaman baru. Dua hari suntuk aku bertungkus-lumus bersama teman-teman. Malang sekali kediaman baruku ini masih 'terputus' dengan dunia luar memandangkan tiada perkhidmatan internet yang dipasang lagi. Makanya blog ini juga bakal 'senyap' dalam beberapa minggu ini sehinggalah aku benar-benar 'bebas' dari segala kekangan ini. Namun dalam kita serba kesibukan ini - baiknya kita membaca buku yang saya pamerkan di atas ini - Polemik Islam dan Dasar Pemerintahan karya Ali Abdul Raziq



Moga berjumpa lagi di kala ada kelapangan......


2 ulasan:

Hanif Amir berkata...

Salam.

Sdr, di mana saya boleh dapatkan buku ini ya? Dulu pernah terlihat di MPH, tetapi belum bernafsu untuk memilikinya. Kini ia sudah tiada dan sukar sekali untuk ditemukan.

r_feev berkata...

Salam,
Sila berkunjung ke pejabat IKD di Jalan Telawi, Bangsar. Ada di jual. Pejabat terletak di atas Pejabat Pos Jalan Telawi, Bangsar...