Khamis, 16 Oktober 2008

Perkauman - bilakah kau akan pupus?


Cerpen terbaru Chamil Wariya dalam Utusan Melayu bertajuk Politik Baru YB J, memperlihatkan akan usaha-usaha pengkhianat negara ini yang terus-menerus mahu mewujudkan keadaan tidak senang antara kaum. Cerpen ini tidak lebih dari satu hasutan halus kepada 'pemuka-pemuka' bangsa untuk mengambil tindakan fizikal yang tidak bertamadun demi menghapuskan lawan dalam politik. Membaca cerpen terbaru Chamil Wariya ini, hilang terus rasa hormat aku terhadap beliau. Aku berdoa agar Allah lindungi hati anak-anak muda Malaysia dari sifat perkauman yang cuba diwariskan oleh golongan tua nyanyuk yang semakin hampir ke liang kubur ini.


1 ulasan:

Syahir berkata...

Isu rasis di Malaysia tidak boleh dikatakan orang UMNO yang rasis. UMNO perjuangkan hak orang Melayu, Raja2 dan Islam. Yang lain2 mereka boleh berkrompromi sejak Merdeka. Jika orang Melayu bising ttg hak mereka akan dianggap rasis, tetapi jika masy. Cina perjuangkan skolah Cina, Bahasa Cina dan lain2 tidak dianggap rasis.

Sekarang berlaku ketidakadilan untuk menamakan kaum lain sbg rasis. Sy fikir Melayu sudah byk bertolak ansur dengan lain, cuma kalau soal hak istimewa Melayu, Islam dan Raja2 usah disentuh...krn ia merupakan isu sensitif.

Pertemuan majlis raja2 tempoh hari telah memberikan signal sekali lagi bahawa kita perlu ingat sejarah lama kemerdekaan tanah air sebelum dan selepas.

Bayangkan jika Melayu ekonomi lemah, sudah tentu masy Melayu menjadi cemburu thdp kaum lain. Kita tidak mahu ia berlaku.

Sy ada tulis artikel ttg konsep Bangsa Malaysia yang sbnarnya wujud dalam visi 2020 yng digagaskan oleh Tun Mahathir di mana hanya dapat direalisasikan sekiranya orang Melayu kat dan berjaya dapat at least 30% kek ekonomi negara. Once ia terjadi, maka kita nak scrap semangat DEB by 2020 pun takpalah.

Ok bro, selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Syahir
Berani Berubah