Selasa, 3 Jun 2008

Salam Kembali...


Enam hari berada di luar Malaysia benar-benar menyeksa jiwa ini kerana ketiadaannya berita mutakhir dari tanah air. Barulah terasa benar diri ini akan perasaan cinta dan rindu yang amat mendalam akan tanah airku Malaysia dan mereka yang bernaung di bumi bertuah ini.

Pengembaraan ku ke 'pesisiran emas' di benua yang terletak di hemisfera selatan baru-baru ini telah mengajar ku beberapa perkara tentang tamadun hidup manusia dan cara sebuah kerajaan yang baik tentang bagaimana mereka menjaga kebajikan rakyat mereka yang memang terlampau jauh standardnya jika dibandingkan dengan Malaysia. Dari segi pendidikan, kesihatan dan juga ekonomi. Keadilan dan ketegasan bergerak seiringan di benua ini dan kestabilan tetap tercapai.

Namun begitu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Insyallah dengan beberapa perubahan yang berlaku sekarang di Malaysia, kita yang bakal menerajui negara menjelang 2020 akan mampu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih baik dan bertamadun dengan mentaliti rakyatnya yang kelas pertama. Insyallah dan saban hari saya berdoa.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali bangsa itu sendiri mengubahnya"


Tiada ulasan: