Jumaat, 14 Mac 2008

Ingatan buat semua YB Barisan Rakyat....


Dalam kita masih lagi meraikan kemenangan Barisan Rakyat di 5 negeri dengan dua darinya adalah tunjang ekonomi negara iaitu, Pulau Pinang dan Selangor adalah baiknya kita kembali berpijak di bumi yang nyata. Dengan tertubuhnya kerajaan-kerajaan negeri di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan hendaklah diingatkan kepada semua YB dari Barisan Rakyat bahawa cabaran yang sebenar telah bermula. Cabaran untuk membuktikan kemampuan sebenar pembangkang untuk mentadbir sesebuah negeri. Apa yang pasti rakyat akan menilai prestasi kerajaan-kerajaan negeri Barisan Rakyat dengan lebih dekat dan sedikit kesilapan akan memberi satu tamparan yang hebat kepada perjuangan ini.

Ingatan buat semua YB dari Barisan Rakyat adalah:
  • Ingat kepada Allah dan tidak lari dari pegangan agama, prinsip moral dan etika.
  • YB semua hendaklah berjiwa rakyat - bekerja untuk rakyat, berfikir untuk rakyat, berkorban untuk rakyat.
  • Jauhi rasuah, banteras rasuah dan hapuskan budaya rasuah.
  • Dengar kepada aduan rakyat - lebih mesra dan mudah didampingi rakyat.
  • Adil dan amanah kepada semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain.
  • Tidak mengamalkan salahguna kuasa, nepotisme dan kronisme.
  • Sentiasa berada di kawasan - 5 hari seminggu seelok-eloknya.
  • Membantu rakyat dan tidak mengamalkan pilih kasih tidak kira kaum atau agama.
  • Mengamalkan sikap proaktif dalam menghadapi masalah rakyat.
  • Bersikap aktif di dalam Dewan Rakyat dan berani menyuarakan permasalahan rakyat.
  • Menganjurkan forum-forum terbuka antara rakyat dan YB di setiap kawasan sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • Lawatan wajib dari YB ke setiap pelusuk kawasan merangkumi; sekolah, rumah-rumah rakyat, pasar awam, rumah ibadat dan sebagainya.


Tiada ulasan: